1. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru- 2010. Bererti usia juga akan bertambah dan tidak ketinggalan juga usia blog ini juga akan bertambah menjadi setahun. Tak sangka dah setahun memegang status blogger dan alhamdulilah blog ini tidaklah terbengkalai begitu lama. Paling lama pun aku tinggalkan mungkin 2-3 hari tapi lepas tu mesti posting balik sebab taknak blog ni jadi macam rumah kosong. Kalau aku tak blogging ada 2 perkara sahaja: samada aku sibuk atau tak ada idea nak tulis. Yela nanti kalau aku tulis tanpa arah tujuan pun tak best jugak, sekurang-kurangnya setiap entri aku dapat memberi informasi dan 'kesegaran' idea-idea baru.
2. Bila tengok balik entri pertama jelas tujuan aku blogging ni hanya untuk memberi laporan berkenaan aktiviti kelab asasi undang-undang sahaja. Masa tu tengah jadi naib setiausaha jadi kenalah buat kerja sedikit. Tapi masuk sahaja bulan kedua blog aku ni dah bertukar orientasi dan menjadi lebih serius- politik. Tapi aku masih mengekalkan sentimen sebagai seorang blogger biasa; masih juga aku menceritakan hal-hal seharian dan juga berkenaan perkara-perkara yang kurang sedikit seriusnya.
3. Terdapat macam-macam jenis blog dalam dunia internet ni. Ada blog seperti diari peribadi- menceritakan tentang hal sendiri semata. Tak kurang juga yang ceritakan tentang aktiviti-aktiviti harian ( terutamanya para artis dan selebriti) dan ada juga yang berminat menulis akan isu semasa mahupun politik. Tapi menurut aku blog yang paling rendah statusnya adalah blog yang hanya menabur fitnah dan menyebarkan berita-berita palsu serta mengamalkan budaya ad hominem @ serangan peribadi.
4.Tak dinafikan bahawa blog adalah hak penulis untuk menulis apa yang disukai tetapi bak kata cikgu normah '' Orang akan menilai setiap bahan tulisan kita'' jadi secara tidak langsung blog juga akan mendedahkan identiti anda sebenar. Kalau sang blogger tu kaki fitnah kemungkinan besar dalam kehidupan sebenar dia pun suka menyebarkan fitnah. Jadi tak baguslah kalau seseorang membuat blog semata-mata untuk memalukan dan memburukkan orang lain serta menyebarkan berita-berita palsu.
5. Menjadi blogger selama setahun ini juga telah mengajar aku untuk sentiasa berlapang dada menerima sebarang pandangan daripada orang lain. Secara jujur aku sangat gembira bila dapat komentar daripada para pembaca, baik komen2 tersebut berbentuk pujian mahupun kutukan. Bererti dunia kita ini tidak membosankan; bayangkan kalau semua orang bersetuju dan hanya memuji apa yang kita buat. Seronok kalau dapat dengar pandangan mahupun kritikan walaupun kadang-kala kritikan tu hanya berbentuk serangan peribadi dan hanya sekadar untuk menyakitkan hati.
6. Blog juga telah menemukan aku dengan ramai orang tak kira latarbelakang apa sekalipun. Cuma aku mengharapkan supaya dapat lebih ramai kenalan daripada kaum lain serta dari luar negara. Bila dah ramai-ramai ni kadang2 xsempat nak menjenguk ke blog diaorang dan pohon maaf jika ada lagi blog member2 yang masih belum aku link. Insyallah akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.
7. Media perdana semakin hari akan mendapat sambutan yang semakin berkurangan kerana masyarakat sekarang lebih berminat menggunakan internet terutama blog dan laman web untuk mendapat berita sebenar. Secara jujur aku pun dah 'muak' dengan sesetengah media massa yang banyak menceritakan hal politik dan artis. Tak kisahlah kalau nak cerita pasal politik tapi kalau dah hari-hari politik, hari-hari asyik ceritakan keburukan orang itu ini, hari-hari asyik tunjukkan 'muka' orang yang cover kesalahan masa lampau dengan mengetengahkan lebih banyak kebaikan yang dia buat, sesiapa pun akan jadi bosan dan akan beralih ke media alternatif iaitu internet. Justeru secara jujur aku berpendapat blog akan menjadi tumpuan masyarakat di masa akan datang dan mereka akan lebih berminat untuk mendengar berita-berita dan story dari internet. Samada benar atau tidak yang penting mereka dapat tahu cerita dari pelbagai sudut dan pelbagai pihak.
8.Tapi kalau nak cari cerita atau news kat blog ini mintak maaflah sebab aku takda nak posting berita2 terkini yang penuh dengan informasi semata. Cara aku untuk menjadi seorang blogger adalah mudah: aku gabungkan berita atau informasi dengan idea serta pandangan aku sendiri. Kemudian aku serahkan kepada pembaca untuk menilai dan berfikir sendiri. Aku tak nak paksa orang supaya percaya dengan berita ataupun informasi yang diberikan sebab itu aku membuka ruang untuk berdiskusi dengan menyampaikan pendapat dan pandangan untuk setiap informasi yang aku ketengahkan.
9. Azam sebagai seorang blogger tahun 2010? Aku mahu mengetengahkan lebih banyak idea-idea baru dan segar, kalau boleh yang lain daripada arus pemikiran konvensional. Aku juga tidak akan menjadikan blog ini sebagai centre of politic tetapi akan menjadi sebuah blog yang lebih variasi, yang dapat mengupas lebih banyak isu-isu semasa selain daripada politik. Mungkin juga tentang hidup aku sebagai seorang pelajar dan juga sebagai rakyat Malaysia amnya.
10. Di bahagian atas blog ini disediakan satu 'kuasa' untuk para pembaca membuat pandangan sendiri tentang blog ini dan segala komentar, pandangan sangat dialukan dalam ruang komen di entri. Kadang-kadang bila kita dah jauh sangat berjalan tak sedar jalan kita tu lurus ke tidak jadi mendapatkan feedback daripada orang lain adalah sangat penting dan bermanfaat. Pada sesiapa yang masih belum ada blog sendiri diharapkan korang akan buat blog dan pada sesiapa yang ada teruskan menjadi blogger dan mudah-mudahan setiap tulisan kita akan menjadi manfaat kepada orang lain.
11. Persoalannya: Sampai bila aku akan menjadi blogger? sori takda rancangan nak 'berpencen' daripada menjadi seorang blogger buat masa sekarang.
PAS dah buat konvenyen blogger PAS 2009..Yang lain bila lagi?
nak mtk tlg tambah azam 2010 itu: membantu saya yg kekurangan info ttg isu politik negara..!! =)
ReplyDeleteSebagai bakal pemimpin negara, blog merupakan satu "platform" kepada kita untuk terus mencurahkan ideologi-ideologi bernas yang ada dalam benak fikiran kita. "Berblogging" juga boleh dikira satu perjuangan,namun ia bergantung kepada niat dan intipati blog kita. Sebagai anak muda yang masih lagi segar daripada bahana POLITIK MALAYSIA kita perlu terus kekalkan budaya sihat ini supaya satu hari nanti apabila kita menjadi pemimpin negara, SATU NAFAS baru, SATU GENERASI baru, SATU TAMADUN baru bakal dilahirkan. Dan pada ketika itu, kita warga MALAYSIA (Melayu, Cina, India) tidak lagi akan dipandang rendah oleh masyarakat dunia. Tahniah! =)
ReplyDeleteSejarah blog ni bermula dari Web log dan akhirnya menjadi We Blog. Menarik kan.
ReplyDeleteMemang ramai yang "blogging" dan setiap dari mereka mengambil peluang untuk meluahkan isi hati. Itu hak tuan punya Blog, jadi suka dengan tidak, kita perlu hormat Tuan Rumah. yang menariknya ialah ada tamu dan lebih menarik dapat komen (komen baik dan bermanafaat tentulah disenangi dari komen buruk dan meyakitkan hati)
Jenis jenis blog juga terpulang lah kepada tuan punya, yang mengarut pun ramai juga peminat, kerana biasanya itu lah "genre" blog menarik jenis orang tertentu.
Pada saya ia memberi peluang untuk menyampaikan mesej yang rapat pada diri saya. Terima kasih kerana sudi menyenguk serta komen di Cinta Alam Malaysia, kalau ada kelonggaran, semua dijemput juga ke Darul Haq (http://darul-haq.blogspot.com) dan shah alam-mycity.blogspot.com).
Idea yang menarik dengan dunia tanpa sempadan memperluaskan pengetahuan. Syarat utama untuk pembaca adalah membuka minda luas luas, kerana tidak semua yang ditulis(walaupun nampaknya macam fakta) itu betul dan tepat.
Setiap orang mempunyai ruang untuk mengutarakan idea masing masing, dan itu hak setiap individu. Kita perlu belajar untuk setuju dalam tidak bersetuju.
Salam tahun baru Hijarh,
ReplyDeleteTeruskan menulis.Menulis ada byk sebab..harap kita tak tergolong dlm golongan penulis fitnah ...
Seronok membaca catatan ini.Teringat diri send. Ingin sy rakamkan ucapan Terima Kasih, anda merupakan antara yg terawal mengikuti blog sy, dan sy percaya pengikut anda jg turut bertandang di laman sy. Good Luck!!!
jgn lupa thn baru hijr.
ReplyDeleteye blog... blog dah jadi medium utk saya meluahkan apa yg terjadi dlm seharian saya...saya juga belajar menjadi seorang penulis yg baik...
salam zharif...
ReplyDeletethanks for the comment...
neva noe that someone gona read it...
actually i juz post it for fun in the sake i miz my work place...haha...
but i really wanted to say im sorie to u...
last time i became quiet protective towards all my friends feeling including nina(panda)...
but then i noe my action is wrong towards u then...
hope u will accept my apologize...
by the name of good, im truely sorie...
assalammualaikum zharif
ReplyDeletedah setahun ya..
alhamdulillah..
blog masing2, gaya masing2,
terpulang.
tapi saya percaya,
tulis benda yang bermanafaat, untuk hari ini dan seterusnya.
kerana, insan yang terbaik di kalangan kita adalah yang sentiasa memberi manafaat pada orang lain.
tetapi sesekali mengarut, tak salahnya.
semoga sukses ya zharif dalam setiap yang zharif ceburi
assalammualaikum zharif
ReplyDeleteblog masing2, gaya masing2
terpulang.
dah setahun blog ini ya.
tahniah.
tapi saya berpendapat
tulis benda yang bermanafaat.
dan penulis mesti lebih banyak membaca dari menulis.
kalau asyik menulis tetapi tidak banyak membaca,
tulisannya menjadi mengarut (seperti tulisan saya selalunya).
so,
saya doakan zharif terus sukses.
Salam ziarah,
ReplyDeleteBanyak juga info dalam blog ni, keep it up!
Jika berkelapangan silalah ke blog saya
http://safaju.blogspot.com
salam z,
ReplyDeletesaya tulis blog hanya untuk luahkan apa yang kita rasa jer...
walaupun pernah timbul kontroversi jugak tentang apa yang kita tulis dalam blog ni, tapi kita tulis gak apa yang kita nak...
tapi lepas ni kena lagi hati2 la kan...
tapi tak salah kan luahkan apa yang kita rasa demi menenangkan perasaan kita sendiri???