Tuesday, December 1, 2009

Bukan Peribadi Cuma....


1. Ada satu peribahasa yang sangat mudah untuk diingati ''guru kencing berdiri murid kencing berlari''. Walaupun menggunakan perkataan guru dan murid tetapi peribahasa ini tidak terhad kepada golongan ini sahaja tetapi kalau dilihat dalam pandangan yang lebih luas ia bererti kalau nak tengok perangai pengikut tengoklah perangai ketuanya dahulu.
2. Aidiladha telah selamat disambut oleh umat Islam dan meskipun ancaman virus H1N1 masih wujud tetapi alhamdulilah tiada laporan kematian yang dicatatkan oleh jemaah haji negara kita. Cuma ketika jemaah haji lain sedang sibuk nak berlepas negara kita diserang 'virus' yang tidak kurang serius; kalau tak dirawat lagi parah daripada virus serangan fizikal: PHD( Perasaan hasad dengki).
3.Meskipun aku tak satu fahaman politik dengan Tok Guru Nik Aziz tetapi isu beliau ditaja untuk pergi ke haji tak perlulah nak perbesarkan sampai orang tu akhirnya terpaksa batalkan rancangan nak pergi haji. Tak baik sekat orang nak beribadat bukannya Tok Guru pergi Mekah nak buat bom ke apa. Cuma nak menunaikan rukun Islam yang kelima dan yang jadi masalahnya cuma ada orang nak sponsor dia pergi haji. Salahkah? Kalau orang tu nak sponsor biarlah dia nak sponsor bukan pakai duit orang lain pun. Kalau sponsor pun dah dikira sebagai rasuah nampak gaya tak bolehlah nak buat apa-apa aktiviti atau program yang memerlukan tajaan.
4. Ketua Pemuda UMNO Kelantan dengan 'tegas' meminta SPRM menyiasat isu tersebut dan menggesa Tok Guru Nik Aziz berundur. Bila kita dengar perkara macamni mesti ada yang sedang tersengih sebab ketua Pemuda negeri ini mungkin terlupa individu di dalam gambar di atas adalah ketua beliau yang menang sebab rasuah secara terang-terangan. Anehnya SPRM tak buat sebarang siasatan lanjut, cuma hukuman amaran diberikan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sebab itu aku tak back-up pun kenyataan ketua pemuda ni bila Ketua Pemuda Pas menyoalkan kenapa Pemuda UMNO tak suruh ketuanya berhenti. Daripada sibuk kecoh2 hal orang, aib sendiri dah terbuka. Kan dah susah.
5.Pada masa yang sama 6 ahli UMNO bahagian Kota Tinggi didakwa oleh SPRM atas tuduhan cuba merasuah supaya beberapa ahli lain tidak meletak jawatan dalam jawatankuasa Pemuda UMNO Kota Tinggi. Difahamkan seramai 18 orang meletak jawatan tanda protes kerana Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik termasuk tidak menghadiri persidangan Agung UMNO dan tidak melaksanakan sebarang aktiviti di bahagian tersebut.
6.UMNO ibarat sudah dirantai dan dikunci mulut untuk bercerita sebab rasuah sebab kalau ada ahli UMNO yang menuding jari kepada parti lawan kerana rasuah maka dengan mudah penyokong lawan akan membalas ''Ketua Pemuda UMNO pun rasuah jugak.'' Sama macam ludah ke langit akhirnya jatuh kena muka sendiri. Kepincangan dan 'kelam-kabut' dalam Pemuda UMNO perlu diselesaikan dan tiba masanya mereka yang bermasalah ini perlu dibuang terus; buat apa nak sayang-sayang sangat bukannya dapat tolong parti pun.
7. Dari segi meraih sokongan generasi muda secara jujur UMNO sudah ketinggalan berbanding dengan parti PAS. Ini berdasarkan pemerhatian, pergaulan dan sumber2 politik yang aku terima dan ternyata jika senario ini tidak diubah maka UMNO akan karam sebelum PRU yang akan datang. Sentimen anti-Ketua Pemuda UMNO masih menebal dan benarlah kenyataan bahawa ''UMNO has completely paralysed''
8. Ada juga berita timbul mengatakan sudah wujud 'team' dalam Pemuda sendiri dan sanggup untuk menjatuhkan lawan yang juga merupakan ahli UMNO sendiri akibat virus PHD ni. Sejauh mana berita yang aku dengar ni waallahualam dan tak perlu diulas lebih lanjut. Sebab lama-lama akan diketahui orang juga.
Kerana kejahatan tidak akan pernah menang. Walau selama mana pun ia berkuasa tetapi di penghujungnya kemenangan pasti akan muncul.Hanya masa yang akan menentukan.
Nothing personal, it's just politic!

5 comments:

  1. Hhuhuhuhu, yess, agree with you. Not to say bad things la tp sometimes SOME i repeat SOME of the UMNO members nie x pikiaq sangat. Depa nak cakap, bukan tujuan nak menegur atau memberi pandangan tetapi nak berpolitik SANGAT. kalau sampai AGAMA pown nak DIPOLITIKKAN adoi... apa la nak jadi ngan orang kita. Xda la nak kata aku ni bagos sangat tp kita kena bezakaan antara MEMPOLITIKKAN AGAMA dan MENGAGAMAKAN POLITIK........ adoi.... i really want to write about this but due to limited internet connection kat kg nie kena la bersabar... huhuhu btw nice opinion .. ;)

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    menulis dengan gaya seorang pemimpin yang berwibawa...bagus sekali
    PHD memang di sekeliling kita
    gambar si 'hensem' dalam entri ini menyakitkan mata sikit...

    ReplyDelete
  3. Zack,citer ko nih smelah ngn kisah penempatan banjir kt Kelantan arituh.. diowg nk compare Kelantan n Terengganu pdhal dua2 tuh under Kerajaan Persekutuan. Biro Keselamatan Negara. Dahtuh buta2 jew nk tuding jari kt Kerajaan Kelantan sbb petempatan sementara banjir x disediakan dgn baik. Ak rse diowg kne bljr bliklah MTC016.. state list n federal list n concurrent list. hak3!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)