Barisan MT UMNO yang baru akan dibentuk dalam masa kurang dari 24 jam. Sesungguhnya pemilihan MT kali ini bukan sahaja akan mempengaruhi survival UMNO pada masa akan datang tetapi juga kepada negara keseluruhannya. Sekiranya barisan MT yang baru ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dengan masalah disiplin atau skandal rasuah politik maka tidak hairan jika BN akan tewas lagi dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai pada 7 April ini. Bahkan lebih dari itu, masa depan UMNO pada PRU13 juga akan musnah kerana rakyat tidak akan lagi mempercayai parti ini untuk membela mereka dan ini memberi kesempatan besar untuk pembangkang mempengaruhi rakyat dan menyakini mereka bahawa UMNO memang parti rasuah.
Justeru saya mencadangkan supaya sistem pemilihan MT UMNO pada masa sekarang perlu direformasi dan diubah. Kenapa? Jika ia dikekalkan maka tidak akan ada cara untuk mengatasi gejala politik wang kerana sistem sekarang memberi kuasa kepada para perwakilan untuk mengundi, bukan AHLI UMNO keseluruhannya. Maka tidak hairan ramai perwakilan yang menjadi jutawan setiap kali menjelang pemilihan MT UMNO. Jika sistem pemilihan dibuka kepada 3 juta ahli UMNO maka adakah ruang kepada calon2 untuk menyogok setiap seorang ahli UMNO ini dengan puluhan ribu ringgit? Apabila sasaran adalah kumpulan besar maka kebarangkalian untuk berlaku politik wang sangat sukar dan minimal tetapi jika 'target group' adalah kecil dan terdiri daripada kelompok kecil maka gejala politik wang ini akan terus bermaharajalela dan tidak akan ada penghujung.
Kedua, mekanisme kuasa di tangan 3 juta ahli UMNO boleh dilaksanakan meskipun terdapat bantahan dari segi masa dan tempat yang terhad. Maka disinilah gunanya kemudahan teknologi masa kini. Bukankah UMNO mempunyai laman webnya sendiri? Melalui laman web inilah ahli-ahli UMNO berpeluang untuk mengundi dan butiran ahli seperti nombor keahlian dan nama akan direkodkan sewaktu pengundian melalui internet tersebut.Ini boleh dilakukan seminggu lebih awal sebelum perhimpunan agung bermula. Kemudian menjelang hari pemilihan melalui peti undi hanya ahli UMNO yang belum berkesempatan untuk mengundi akan dapat menunaikan tanggungjawab dan tidak akan timbul soal pengundi hantu atau undi dua kali kerana nama dan nombor keahlian para pengundi seudah direkodkan. Maka sesiapa yang sudah mengundi melalui laman web rasmi UMNO tidak akan dapat mengundi lagi pada hari pengundian melalui peti undi. Maka satu badan khas perlu diwujudkan untuk memastikan kelancaran sistem ini dan saya mengesyorkan supaya veteran2 UMNO diberi peluang untuk mengendalikan sistem ini kerana merekalah yang paling banyak berjasa pada parti dan bangsa.Mungkin ini memakan sedikit masa tetapi apalah gunanya jika pemilihan dibuat dengan waktu singkat dan tergesa-gesa tetapi menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap UMNO.
Reformasi sangat-sangat diperlukan dalam UMNO sekarang. Jika ditangguhkan dan tidak dilaksanakan maka kepercayaan terhadap UMNO terutama dari generasi muda akan terus terhakis dan tidak mustahil jika parti yang telah menumbangkan Malayan Union ini pada satu ketika dulu akan ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang.
Kita punya pandangan dan idea yang sama .
ReplyDeletei)Dari kaedah pencalonan/pemilihan sehinggalah sistem pengundian ...UMNO perlu tranformasi.
ii) Relevankah lagi sayap Puteri ??