Wednesday, March 4, 2009

LATE NIGHT FOOTBALL MATCH


Walaupun di rumah aku sering berjaga setiap tengah malam semata-mata untuk menonton bola dan sanggup bersorak sorang2 meskipun di waktu subuh kelak akan menerima sedikit tazkirah daripada the big bos tapi di uitm keadaan berbeza sedikit. Manala ada astro kat sini kan nak tengok bola pun dapat tengok yang Liga Malaysia jela. Kat dining pun kekadang jek bukak hampeh tol.So untuk menghilangkan kerinduan terhadap bola, maka ini adalah kali kedua aku bermain bola di tengah malam di stamford bridge UiTM kedah atau nama localnya malinja B.

Kalah game lepas dengan kehilangan kulit di ibu jari kaki kanan menyebabkan game terpaksa ditangguhkan selama tiga minggu. Dan apabila telah pulih tak ingat dunia terus je redah dari start sampai habis tak exchange dengan pemain lain.Permainan malam ini sungguh bagus dengan bantuan pertahanan daripada Lutfee dan memang dah jadi kepakaran aku untuk menjadi pertahanan dalam setiap game yang ada. Dan permainan tamat selepas menjadi mangsa wakenabeb oleh saudara ayam yang menutup lampu sebagai isyarat pak guard datang.Apapun puas hati dengan kemenangan besau 22-9 meskipun sandal aku putus sebelah isk

Ini merupakan gambar dua pemain dari malinja A yang di atas court adalah seteru tetapi dalam bilik merupakan member yang sangat berisi dan berkulit. Fairplay bebeh xdak simpan dalam hati punya. Err yang itu bun terpaksa dicensored atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan meskipun rata-rata pembaca blog ini sudah 18 tahun ke atas.
*Terasa muka kitorang berdua cam budak2 la plak.comel kan?

1 comment:

  1. hahaha.. comel lah yer.. yeah baby, kita meman defenders yg terbaik.. kalah teruk diaorng semalam... best2.. ;)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)