Memandangkan Presiden Amerika Barack Obama ada menyampaikan ucapan tentang Hari Wanita Sedunia jadi memandangkan saya sebagai bakal pengganti beliau sebagai the most powerful man in the world jadi tidaklah mahu saya ketinggalan dalam memberi sedikit perutusan khas berkenaan Hari Wanita Sedunia.
Every sucessful man there is a woman behind him
Sesungguhnya ayat tersebut merupakan satu hadiah daripada Tuhan kepada mereka yang bergelar wanita. Terbukti kejayaan setiap lelaki tidak dapat tidak pasti ada seseorang yang bernama wanita di belakangnya, yang akan menyokong,membantu,memberi harapan, semangat dan inspirasi di saat lelaki yang berjaya itu sedang menghadapi masalah, konfrontasi dan krisis.Maka tidak hairanlah betapa nabi kita Muhammad saw merasa kesedihan yang amat sewaktu kematian Siti Khadijah isteri tercinta saat baginda masih memerlukan sokongan beliau untuk meneruskan dakwah islamiah. Kini kaum wanita bukan sahaja perlu berada di belakang tetapi harus juga seiringan dengan kaum lelaki dalam membangunkan negara dan juga bangsa. Sektor2 pendidikan,sains,teknologi,kesihatan dan lain-lain lagi tidak dapat menafikan betapa wanita memainkan satu peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat kini. Bukan itu sahaja tetapi wanita juga merupakan golongan yang bertanggungjawab melahir dan mendidik generasi-generasi yang gemilang di masa hadapan. Sepertimana kata-kata seorang ahli falsafah 'seorang anak yang hebat datangnya dari seorang ibu yang hebat'. Maka jangan sesekali memandang bahawa golongan wanita yang hanya menjadi surirumah tidak memberi sebarang sumbangan apa-apa kepada dunia ini. Dunia menghargai mereka kerana berhasil membentuk sebuah masyarakat masa hadapan yang lebih berani, pintar,kompetitif dan lebih berhasil dari masa dahulu.
Diumpamakan wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki, bukan untuk dijadikan hamba dan bukan juga untuk menjadi pemerintah tetapi seiringan di sisi lelaki untuk bersama-sama mengecap kejayaan.Justeru wajarlah hari wanita sedunia menjadi satu alternatif untuk menghargai dan meraikan pengorbanan dan sumbangan wanita di dunia ini.
Saya mengucapkan selamat hari wanita sedunia dan moga Tuhan merahmati kita.
yeah,go zack... ;)
ReplyDeleteI really wanna say thank u but i'm not yet a woman..nape la tk de hari girl sedunia? huhu..
ReplyDelete