Selesai sudah Mesyuarat Perhimpunan Aung UMNO kali ke 59 semalam dengan pelbagai kejutan dan reaksi yang berlaku. Maka di sini eloklah kalau aku hanya mengulas beberapa isu yang hangat sepanjang perhimpunan ini berlangsung.
-KEMBALINYA DR MAHATHIR
Ini merupakan satu rahmat kepada UMNO kerana terbukti bahawa tun benar-benar mengotakan janjinya bahawa dia akan kembali kepada UMNO apabila berlaku peralihan kuasa dan ini sekaligus memadam cakap-cakap kosong bahawa terdapat masalah peribadi antara Tun dan PakLah. Tun masih setia dengan UMNO dan sokongan padu beliau kepada Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin memberi satu impak besar kepada rakyat kerana sejak pentadbiran Datuk Seri Abdullah, Tun sering mengkritik dan meluahkan kekecewaan terhadap UMNO yang semakin 'rosak'. Aku yakin bahawa kembalinya Tun ke dalam UMNO tidak akan menghalang beliau untuk terus memberi pandangan,saranan dan kritikan membina untuk kebaikan UMNO juga.
Kemasukan Tun Mahathir juga sedikit sebanyak dapat supress golongan yang cuba mengambil kesempatan untuk terus mengotorkan imej UMNO kerana UMNO sekarang ini terdiri daripada kumpulan 'bersih' dan kumpulan 'kotor'(atau kata lainnya perasuah politik). Jadi kehadiran Tun Mahathir dapat menguatkan team baru yang berjuang memulihkan UMNO dan mengecilkan pengaruh mereka2 yang cuba merosakkan imej UMNO dengan budaya rasuah. Ini sekaligus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan kerana seperti kita tahu pengaruh Tun Mahathir sangat kuat dan 'sihirnya' itu masih lagi menyihir rakyat Malaysia termasuklah diri saya sendiri. Jadi kekuatan UMNO sudah kembali. Harapan yang bermula dengan kemenangan Tan Sri Muhyiddin kini diperkuatkan lagi dengan kehadiran semula Dr.Mahathir. Kehadiran Tun sangat2 diperlukan untuk mengembalikan semula imej UMNO dan mungkin dapat mempengaruhi keputusan di tiga pilihanraya kecil yang akan datang.
Pindaan Perlembagaan.
-Cadangan untuk memberi peluang kepada lebih 60,000 perwakilan untuk mengundi MT UMNO akan datang dilihat sebagai satu perubahan yang positif. Tetapi pada pendapat saya adalah lebih elok jika peluang itu diberi kepada 3 juta ahli UMNO untuk menyuarakan pendapat mereka yang sebenar bukan melalui perwakilan.Mekanismenya ada saya jelaskan dalam post blog yang bertajuk ' Reformasi dalam pemilihan UMNO'
Selain itu juga kuota pemilihan haruslah dihapuskan jika sistem pemilihan akan datang memberi hak kepada 3 juta ahli UMNO untuk mengundi. Ini juga dapat memberi kebebasan kepada mana-mana bahagian untuk mencalonkan calon yang dirasakan sesuai untuk bertanding dalam jawatan2 tertentu. Sekiranya sistem kuota dikurangkan ia masih lagi boleh membawa kepada politik wang. Dua orang yang bertanding untuk satu jawatan pastinya akan cuba mempengaruhi bahagian2 untuk mengusulkan nama mereka untuk bertanding dan ini kemungkinan besar boleh membawa kepada rasuah politik. Jadi mengapa tidak akarnya dibuang sekali?Bukankah lebih bersih?
Isu-isu yang dibangkitkan
- Kebanyakan isu lebih tertumpu kepada PPSMI dan kedudukan Islam yang cuba diprovokasi oleh pihak2 tertentu. Setiap tahun perhimpunan UMNO akan muncul dengan isu2 berkaitan Melayu tetapi tidak ada langkah yang konkrit untuk menyelesaikannya. Kita tidak boleh biarkan isu ini hanya dibicarakan tanpa langkah penyelesaian. We must solve it at any cost. Mesti ada pelan2 tindakan yang tersusun yang diambil sebelum perhimpunan berakhir agar ia dapat membuktikan bahawa UMNO bersungguh-sungguh membela perjuangan agama,bangsa dan negara.
Khairy Jamaluddin
Pandangan saya terhadap beliau tidak berubah. Tetapi saya mengharapkan agar individu ini dapat membuktikan bahawa dia tidak lagi mengamalkan rasuah politik dan cuba mengubah persepsi orang ramai. Ia akan mengambil masa yang lama tetapi manusia boleh berubah. Terserah kepada encik Khairy untuk berubah atau tidak.
Sebuah langkah baru bakal bermula dan tiga pilihanraya kecil yang semakin menjelang akan menjadi kayu pengukur sejauh mana team baru UMNO ini mendapat sokongan rakyat.
'Rakyat tidak memerlukan parti baru untuk menggantikan UMNO. Rakyat perlukan wajah baru untuk mempertahankan UMNO'-Zharif.
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)