Tuesday, March 24, 2009

APA BEZANYA?

Laporan polis dibuat oleh Khairy Jamaludin kerana seorang penulis buku didakwa telah memfitnah beliau dan meminta sejumlah wang sebelum menerbitkan buku tersebut.
Datuk Seri Abdullah membidas taktik menjatuhkan calon2 yang bertanding dan menyatakan bahawa calon2 yang difitnah berhak untuk membuat laporan polis.
Memang betul.
Semua ada hak untuk mempertahankan diri.
Tapi persoalannya
Kenapa baru sekarang baru nak buka cerita ini?
Lembaga disiplin UMNO telah mendapati bahawa Khairy bersalah dalam rasuah politik dan diberi amaran.
Apakah laporan polis ini untuk membersihkan kembali imej beliau atau untuk mengalihkan perhatian perwakilan yang akan mengundi bahawa penulis buku tersebut mempunyai konspirasi dengan calon2 ketua pemuda yang lain untuk menjatuhkan beliau?
Tiada yang pelik.
Krisis kehakiman 1988. Pada penggal pertama Datuk Seri Abdullah sebagai PM di mana 90% kerusi parlimen adalah BN, tidak sekali krisis ini dibangkitkan.
Tetapi selepas menang dengan simple majority pada PRU 12, tiba2 krisis ini dibangkitkan semula.
Kenapa?
Bukanlah satu strategi yang berkesan apabila sesuatu kesalahan telah terpalit kepada diri kita kemudian untuk menutup malu maka dibangkitkan satu isu lain untuk mengalihkan perhatian orang.
Mungkin mereka memegang kepada prinsip Melayu mudah lupa
Tetapi Melayu tidak mudah lupa kepada mereka yang telah menjatuhkan maruah Melayu itu sendiri.

1 comment:

  1. perlu diingat dalam sesuatu peperangan ,kecekapan mengatur strategi kadangkala berupaya menjatuhkan lawan..hati-hati

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)