Dalam lecture law serius aku kebosanan- nak tulis sajak pun xde mood jauh sekali nak buat synopsis or settings untuk novel sebab tahap kesihatan aku masih lagi belum pulih 100%. So tengah dalam kebosanan yang semakin menggunung tetiba terdapat satu soalan yang betul2 menarik perhatian berkenaan sources of law.
‘’ Apakah kitab Taurat, Zabur dan Injil boleh dimasukkan sebagai sources of unwritten law sebab ia juga merupakan kalam dari Tuhan(word from God)?’’
Aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang Islam tetapi diharap jika terdapat sebarang kesalahan dalam penjelasan selepas ini harap diperbetulkan.
Kita sebagai umat Islam wajib percaya bahawa Taurat,Zabur dan Injil merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulnya yakni Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabis Isa as. Kitab Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad merupakan risalah terakhir yang diwahyukan oleh Tuhan. Selain menjadi panduan, Al-Quran diturunkan untuk membenarkan hukum2 yang terdapat dalam kitab2 terdahulu dan memansuhkan sebahagian hokum yang lain. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuhan dalam firman-Nya. Terdapat satu peristiwa di mana seorang lelaki Yahudi telah mengaku berzina walaupun sudah berkahwin kepada Nabi. Nabi Muhammad saw meminta lelaki tersebut dihukum mengikut ajaran Taurat dan didapati hukumannya adalah rejam sampai mati.
Namun seperti yang kita sedia maklum bahawa kitab2 ini sudah dicampuraduk antara hak dan batilnya. Tuhan sendiri menempelak dalam surah Al Baqqarah mereka yang menukar kalam Tuhan dengan hawa nafsu sendiri. Maka sudah pasti hukum2 yang terdapat dalam kitab tersebut juga sudah ditukar untuk kepentingan sendiri. Maka kalam daripada Tuhan(word from God) sudah bercampur dengan kalam daripada manusia(word from human).
Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dengan mempunyai peruntukan syariah. Sebagai umat yang berpegang pada ajaran Islam maka wajib kita menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam setiap hal termasuklah perundangan(insyallah aku akan memperincikan hal ini lebih khusus dalam blog bertajuk Hudud). Maka adalah lebih baik kita merujuk kepada sesuatu yang lengkap dan sempurna daripada sesuatu yang tidak lengkap dan sudah dicampuraduk oleh kepentingan manusiawi. Berkenaan kes Rasulullah tadi harus diingat bahawa waktu itu masih lagi terdapat pendeta2 Yahudi dan Nasrani yang berpegang teguh kepada kalam Tuhan dan mereka inilah yang dinamakan ahli Kitab. Antara ahli kitab yang terkenal di zaman nabi adalah Buhaira, Abdullah bin Salam dan lain2.
Maka secara kesimpulannya merujuk kepada situasi di Malaysia kitab2 terdahulu tidaklah boleh dimasukkan sebagai soruces of unwritten law kerana ia sudah di ‘void’ dengan ‘undang2 yang lebih tertinggi’ yakni Al-Quran
Al Haqqu mirrabbika fala takunan’na minal mumtarin
haha~
ReplyDeletethx z 4 the xplanation~
hee~
tujukan kat ikhwan~
dia tanya nie~