Sunday, March 1, 2009

SURVEY DI LOW YAT


*Nasib baik akak cun ade..kalau tak nak bakar je hotel tu sebab xkasi
aku buat survey..hampeh

Peristiwa ini terjadi sekitar jam 11 pagi bertempat di hadapan Low Yat sewaktu seorang pemuda bert-shirt Boycott Israel sedang berehat bersama seorang lelaki berusia 48 tahun di hadapan gerai starbucks. Meskipun terdapat godaan untuk merasai kenikmatan kopi di gerai tersebut tetapi naluri kuat tetap menentang apatah lagi sentimen anti-Israel jelas terpampang di baju yang dipakai. Ketika pertikaian minda antara seorang pelajar asasi undang-undang dan seorang pelajar master in defense sedang memuncak tentang persoalan samada kemungkinan untuk membina blok ekonomi Islam adalah mungkin, klimaks tersebut dimatikan dengan kehadiran seorang wanita yang berpakaian uniform. Dengan nada konfiden dia meminta kami untuk menjadi penilai kepada sebuah iklan pencuci mata(eyemo).Pada awalnya aku agak excited kerana dapat mengapplykan subjek psycho tetapi akhirnya hampa kerana usia minimum untuk menjadi calon penilai adalah 20 tahun. Satu diskriminasi yang tak boleh dimaafkan. Dalam bosan2 tu sempat la jugak aku ambik dua gambar untuk diletakkan dalam blog ini hohoho. Selamat menjamu selera mata anda!

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)