Monday, March 23, 2009

JANGAN PILIH DIA

Seperti yang dijanjikan-JANGAN PILIH DIA.
Siapa?
Calon isteri?
Calon menantu?
Oh tidak
Ia masih jauh untuk difikirkan.
Pemilihan MT UMNO khamis ini
Perasuah politik telah didedahkan oleh lembaga disiplin dan seramai 15 orang telah disenaraihitamkan daripada 900 laporan yang telah dibuat. Antara 15 orang tersebut merupakan mereka yang berporfil tinggi dan salah seorang daripada mereka telah dilarang untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Yang seorang lagi?
Hanya diberi amaran.
Tetapi kesalahan tetap sama; rasuah politik
Kenapa perlu ada double standard dalam mengenakan hukuman?
Kenapa perasuah politik ini masih lagi boleh bertanding?
Andaikata dia menang, apa akan jadi pada UMNO?
Apakah rakyat akan menerima UMNO lagi?
Apakah UMNO boleh menang pada pilihanraya akan datang?
Harus diingat bahawa pemilihan MT kali ini sangat bermakna kerana ia akan mempengaruhi masa depan politik Malaysia.
Dah tahu rakyat tak suka masih lagi bawa dia pergi ceramah untuk menyokong jentera pilihanraya.
Mungkin mereka adalah OKU(Orang kurang upaya)
Kerana sudah hilang pendengaran untuk mendengar suara2 di bawah.
Kalau pemilihan kali ini sayap utama parti ini diterajui oleh dia
Akan musnahlah parti, hancurlah bangsa.
‘’Wahai bapa kami peliharalah hak kami sementara kami membesar’’
Hak kami itu adalah memilih calon pemimpin yang berwibawa, bersih dan bertepatan dengan ciri pemimpin Islam yang sejati.
Tunaikan hak itu.
Dan kami akan tunaikan hak itu di masa depan pula.
Kuasa di tangan anda.
Kami hanya menunggu…

2 comments:

  1. azli shukri-mesej dari tempat tinggi
    zharif-mesej dari ??? ;p

    (tk de keje)

    ReplyDelete
  2. zharif-mesej dari tempat bawah hehe

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)