Saya masih sayangkan UMNO
Parti inilah yang telah menyelamatkan hak orang Melayu daripada dirampas oleh Malayan Union
Parti inilah yang telah menyediakan platform kepada saya untuk berjihad dan menimba ilmu dengan aman dan makmur.
Parti inilah yang masih bertahan meskipun sudah menjangkaui usia 63 tahun dan kekal relevan untuk memerintah negara.
Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Arwah datuk saya merupakan orang kuat UMNO bahagian Masai.Moyang saya merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis.
Tidak ada sebab mengapa saya perlu berpaling tadah dan keluar UMNO hanya kerana orang2 di dalamnya tidak lagi mementingkan perjuangan bangsa dan negara.Sebaliknya mereka lebih mementingkan wang dan kedudukan.
Tetapi inilah hakikat dilema yang dirasai oleh semua ahli UMNO dan rakyat.
Mereka berbelah bagi; mahu terus kekal menyokong UMNO atau keluar dan menyokong kem pembangkang.
Kalau terus kekal menyokong bererti mengiyakan kepimpinan yang penuh dengan rasuah. Tetapi kalau keluar bererti menghentikan perjuangan UMNO yang asal yakni demi agama,bangsa dan negara.
Memang manusia boleh berubah. Itu saya sangat akui. Tetapi untuk mengubah persepsi rakyat sangat sukar.
Contoh, mungkin orang menganggap saya pemalas dan saya cuba mengubah diri saya dengan rajin dan tekun berusaha tetapi persepsi orang untuk berubah akan mengambil masa yang lama; mungkin ada berpendapat bahawa perubahan saya itu cuma sementara atau tidak ikhlas.
Itu baru anggapan sikap malas. Tapi kalau telah terbukti bersalah dalam salahlaku rasuah adakah senang untuk mengubah persepsi rakyat terhadap diri?
Kalau di Jepun menteri2 yang terlibat dalam kontroversi atau skandal akan meletak jawatan secara terhormat.
Tetapi di Malaysia jawatan dan duit lebih bermakna daripada maruah dan masa depan perjuangan.
Saya masih berharap agar Datuk Muhkriz tidak tawar hati untuk meneruskan perjuangan membela Melayu dan UMNO kerana perjalanan karier politik datuk masih ada. Cuma belum sekarang. Tuhan ada rencana-Nya sendiri dan hujan tidak turun selama-lamanya. Cahaya matahari tetap akan muncul walau bagaimana sekalipun.
Ahli-ahli UMNO yang lain teruskan perjuangan bukan kerana menyokong individu2 tertentu tetapi fikirkanlah masa depan bangsa Melayu,raja2 Melayu dan agama Islam. Kita masih mengharap akan ada perubahan sebelum PRU13.
Tetapi jika tidak ada perubahan, para pembaca sendiri dapat mengagak apa akan terjadi.
Perjuangan Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir tidak boleh terhenti hanya kerana keputusan pemilihan UMNO semalam. Perjuangan mesti diteruskan.
Hak generasi masa depan masih perlu dipertahankan walau apa cara sekalipun.
Jangan sampai generasi akan datang menyalahkan kita kerana gagal memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu di tanah air sendiri...
'Kebenaran tetap akan datang maka janganlah kamu berada dalam keraguan'
Itu janji Tuhan.
Dan janji Tuhan tidak akan pernah berubah.
Teruskan perjuangan anda. Walaupun saya bukanlah penyokong UMNO, tetapi semangat anda untuk membersihkan UMNO, membawa UMNO ke pangkal jalan amatlah dihormati oleh saya.
ReplyDeleteSaya berharap anda akan berjaya dengan cita-cita anda.
salam singgah
ReplyDelete