Sunday, March 8, 2009

PERINGATAN UNTUK MELAYU



Atmosfera politik negara masih lagi belum tenang; kalau diimbas kembali selama tiga bulan pertama 2009 penuh dengan kontroversi dan hal-hal yang mengejutkan pentas politik negara kita yang melibatkan perwakilan daripada suku etnik Melayu di negara ini. Seakan-akan isu kuasa dan kedudukan ini lebih penting daripada isu yang lebih serius yang harus ditangani iaitu krisis ekonomi global. Ketika negara2 lain sedang sibuk bertungkus-lumus untuk menyelesaikan krisis ekonomi, di negara kita masih lagi sibuk naik turun mahkamah dan bertengkar di media tentang soal kelayakan untuk memegang kuasa.


Kenyataan Sultan Sharifuddin Shah, Sultan Selangor yang menyatakan rasa dukacita baginda terhadap sikap orang Melayu sekarang ini yang semakin berani mencabar dan mempertikaikan kuasa sultan menunjukkan betapa orang Melayu sekarang ini ada yang sudah dipengaruhi oleh kumpulan dari kaum lain yang sememangnya dari dulu sampai sekarang berasa iri dengan kedudukan orang Melayu di tanah ini. Kemudian terdapatlah satu organisasi yang menuntut hak imuniti Sultan dikembalikan.


Aku dah berkali-kali menahan diri untuk tidak memberi sebarang komen mahupun terlibat dalam bidang politik tetapi apabila senario masa kini yang telah mencampuradukkan politik dan hak orang Melayu maka tidak dapat tidak aku memberikan kenyataan untuk mempertahankan kedudukan kita di atas muka bumi ini. Sultan Sharifuddin sangat dekat di hati warga tentera laut; aku masih ingat sewaktu solat Jumaat di Masjid tentera An-Nur Lumut Perak, baginda menolak untuk di atas bantal yang disediakan sebaliknya duduk bersila sama seperti jemaah masjid yang lain. Baginda jugalah satu-satunya sultan yang bersuara mempertahankan kewibawaan Raja Azlan Shah sewaktu krisis politik di Perak dan baginda jugalah yang begitu prihatin terhadap institusi diraja. Aku sangat menghormati titah perintah baginda yang meminta umat Melayu harus kembali bersatu dan melupakan sejenak perbezaan ideologi dan politik demi menyelamatkan masa depan bangsa kita yang kelihatan semakin jauh tertinggal dalam pelbagai aspek. Mengembar-gemburkan isu remeh-temeh bukanlah satu eskapisme untuk lari dari kenyataan sebenar bahawa kita sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang telah menyebabkan jutaan orang di dunia sekarang ini memegang title penganggur.


Tetapi mempertahankan institusi diraja yang menjadi simbol ketuanan Melayu bukan bererti aku bersetuju dengan cadangan imuniti raja dikembalikan. Memang undang-undang sekarang memberi peluang kepada sesiapa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sultan tetapi prosedur yang akan diambil terhadap sultan sangat berbeza dengan masyarakat awam. Satu mahkamah khas perlu diadakan dan panel hakim yang dilantik pula harus mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja dan tiada tindakan diambil terhadap sultan melainkan dengan budi bicara Peguam Negara. Ini membuktikan bahawa tiada sesiapa yang harus 'superior' dari undang-undang. Kerana undang-undang adalah impartial; tidak memihak kepada sesiapa. Kita tidak mahu sejarah sultan Mahmud mangkat dijulang dan berakhirnya institusi diraja Nepal berulang kembali di negara kita masa kini.Kesimpulannya, institusi diraja benar-benar terbela dan terpelihara dalam peruntukan perlembagaan persekutuan artikel 182 dan 183

''Takkan Melayu hilang di dunia''
-HANG TUAH-

''Takkan Melayu hina di dunia''
-ZHARIF-

3 comments:

  1. baru bapak aku cerita pasal org melayu semalam.perjuangan melayu lah,ape lah.tgk2 kau post blog pasal ni.aku dgn kakak aku dah buat2 tidur kat seat belakang kereta semalam.haha.

    ReplyDelete
  2. aku plak tertido time mak aku bukak kaset ghazal dalam keta hahaha

    ReplyDelete
  3. aku plak tetido sebab aku memang ngantuk giler. (pehal aku nyibuk neh).

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)