Hari ini aku melakukan satu perkara yang dah lama aku x buat-menonton bola secara live. Dulu rajin jugak temankan ayah tengok bola kat dalam pangkalan tuh tapi sejak dah masuk uitm ni dah tak tengok dah. Tapi aku pun tak tahu team mana aku sokong; yang sana gol aku sorak yang sini gol pun aku sorak. Dan tujuan sebenar aku tengok tu pun sebenarnya nak ambik medal marathon jek lepas tu blah. Buhsan lak duduk sorang2 naseb baik Abe part1 ngan mawi ada sekali. Next time aku akan tengok team feveret aku Chelsea main kat Stamford Bridge, tapi bukan sorang2 la ngan isteri aku sudeyh hohoho.
Pagi2 lagi dah kena pergi ke Emerald Hotel untuk program selangkah ke FUU. Sekali lagi aku memainkan peranan kecil dalam program ini; memberi ucapan sebagai wakil presiden dan naib presiden yang tak dapat hadir pada program ini.Campur yang ini kompom ada 4 benda aku buat untuk sem ini dan dua sudah beres. Mula2 aku ingat program ini agak buhsan sebab banyak ceramah and bla2 but then okla agak santai dan tak terlalu meleret sangat.Cuma bila pergi tadi baru aku sedar yang nak join BLS tak terlalu susah but then when we want to pursuit LLB only half will succeed.Itu satu. Tapi yang bestnya semua lepasan LLB UiTM totally 0% of unemployment. Tiada pengangguran. Itu satu. Yang kedua ialah timbalan dekan HEP Dr Bahrin Othman selalu menyebut ‘ u are the chosen one’.
The chosen one?
Aku tak pernah tahu hal ini. Sebab dari start dapat tawaran untuk melanjutkan studi ke bidang undang2 ni pun aku dah memang blur tak tahu langsung.Tapi tula bila aku cakap camtu ramai orang tak percaya cakap aku penipu sebab result first sem aku lain macam. Apa yang menyebabkan aku tekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini adalah aku sedar aku dah tak banyak pilihan dan masa. Aku cuma ada dua; teruskan atau berhenti setakat di sini. Berhenti dengan cara tidak menghiraukan dan belajar dengan tidak sepenuh hati. Dan sebagai seorang anak tentera yang telah dididik untuk terus berjuang dengan penuh semangat berhabis-habisan aku tekad untuk jadi 100% as pre-lawrian. Dan kerana tekad itulah telah membawa aku sampai ke hari ini. Dan the word as the chosen one mungkin juga bertepatan untuk kita as pre-lawrians kerana dari 10,000 permohonan kita yang terpilih. Dan the chosen one inilah yang akan mengubah orde dunia kerana tamadun manusia hanya boleh dibentuk dengan adanya keadilan dan ketelusan dalam menegakkan undang2.
Dan sekali lagi aku telah berceramah panjang.Dah rupa macam calon bertanding pilihan raya pulak. Anyway next blog aku akan menyentuh isu ni plak: JANGAN PILIH DIA
Pilih siapa?
dude,event ape nih?
ReplyDeleteprogram selangkah ke fakulti undang2..dr bahrin othman ada datang
ReplyDeleteowh.. :) comel kan die? :P ehehehe..
ReplyDelete