Thursday, March 26, 2009

INI BUKAN SUARA SEBENAR

Khairy menang.
Ternyata perwakilan UMNO kali ini lebih mementingkan wang daripada masa depan UMNO dan negara.
Mungkin mereka tidak membaca suratkhabar atau televisyen bahawa Ketua Pemuda UMNO sekarang adalah salah seorang daripada 15 ahli UMNO yang terlibat dalam rasuah politik.
Tetapi beliau hanya diberi amaran. Tidak seperti Datuk Ali Rustam yang dilarang bertanding terus.
Wujud konspirasi untuk membenarkan dia menang? Hanya Tuhan saja tahu.
Saya melahirkan kekecewaan yang sangat terhadap keputusan kali ini meskipun terubat sedikit dengan kemenangan Datuk Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO. Tetapi ia tidak dapat mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO kerana 'nila setitik habis susu sebelanga'.
Ya orang Melayu akan taat kepada ketua mereka sejak zaman berzaman.
Tetapi orang Melayu juga berpegang kepada ' Raja adil disembah raja zalim disanggah'.
Keputusan ini akan mempengaruhi masa depan UMNO dan negara. Dan juga tiga pilihanraya akan datang.
Kalau menang, maka MT UMNO yang baru ini akan diangkat sebagai wira.
Kalau kalah, maka ia adalah satu bentuk demokrasi. MT UMNO xbersalah.
Rakyat sedang memerhati langkah UMNO seterusnya. Mereka akan meluahkan perasaan sebenar mereka di PRU13 akan datang.
Jika tidak ada perubahan dalam UMNO sebelum PRU13 maka tidak mustahil kerajaan akan bertukar tangan.
Dan keputusan ini sangat menggembirakan kem pembangkang kerana hal ini akan dijadikan bahan untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi.
Gesaan reformasi dalam pemilihan UMNO sangat2 diperlukan sekarang sebelum PRU yang akan datang.
Kuasa bukan di tangan perwakilan.Kuasa di tangan rakyat.
Mungkin selamat di dunia. Tetapi tidak di akhirat.
Terima kasih kerana telah 'memelihara' hak kami wahai bapa2 kami sekalian.
Terima kasih.
Tetapi perjuangan belum selesai!

3 comments:

  1. hmm...
    UmNo dah agak x lame la klu camni..

    huh, x taw la...bnyk pening wOo..

    ReplyDelete
  2. bagus pandangan saudara..jelas saudara ikhlas dan jujur

    ReplyDelete
  3. bagi salah tak bagi kalah...
    Akan tercatitkah sejarah laluan mudah utk menjadi PM paling muda ??

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)