Thursday, March 19, 2009

HIKMAH DI TENGAH MALAM

Malam ini aku sangat penat sangat kerana masih lagi dibelenggu dengan masalah kesihatan. Rasa macam nak tidur awal tetapi ada something yang membuatkan aku rasa tidak tenang. Lantas aku menunaikan solat Isyak dan memanaskan air untuk minum milo. Then aku mencapai novel yang dibeli pada 7 Mac lepas. Nasib baik aku terlupa nak bawak time pegi lawatan kalau tak kompom2 dah habis baca dah. Rupa-rupanya ada hikmah dan petunjuk yang Tuhan nak berikan kat aku malam ni. Berkenaan dengan cinta(lagi??). Lantas aku buka blog dan rasa syukur sekali lagi terbit di hati apabila Encik Azli Shukri iaitu Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Kuala Kangsar dan bekas editor majalah dewan masyarakat telah menjadi salah seorang ‘partner’ dalam blog aku. Okeh aku tak mau bercerita pasal politik lagi sebab takda isu yang sepanas isu yang baru diposkan pagi tadi. So aku nak bercerita tentang hikmah yang aku perolehi daripada novel kitab cinta Yusuf dan Zulaikha nukilan saudara Taufiqurrahman Al-Azizy. Ye dia seorang novelis Indonesia dan korang mesti pelik sebab apa aku lebih suka membaca tulisan novelis Indonesia. Selain daripada perkataan dan jalan cerita yang hebat novel Indonesia rata2 bernafaskan spiritual dan menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan Islam. Antaranya adalah berkenaan soal zina hati. Ini yang aku perolehi dari novel tersebut.
Perbualan antara ayah Zulaikha dan Ustaz Iqbal Maulana

‘’Ke mana-mana sahaja dia akan menyebut nama Yusuf,wajah Yusuf sentiasa terbayang2 di matanya. Innalillah bukankah pada begitu puteriku telah melakukan zina mata?Kerinduannya yang mendalam itu bukankah telah menunjukkan zina hati? Maaf ustaz saya bertanya begini…’’

‘’ Pakcik yang penting sekarang Zulaikha sudah beransur pulih. Dan semoga harapan dan doanya termakbul.Tentang soalan pakcik tadi yang saya ketahui dalam agama kita terdapat perbezaan pendapat. Sebahagian pendapat menyatakan bahawa mengkhayalkan dan merindukan seseorang yang bukan mahramnya adalah satu bentuk perzinaan yang kecil Dan sebahagian lagi menyatakan bahawa perbuatan itu bukan zina’’

‘’ Mengikut pendapat ustaz?’’
‘’Saya memilih pendapat yang kedua.’’
‘’Alasannya?’’
‘’ Sebab apa salahnya kerinduan?Zina dan bukan zina merupakan hokum syariah tetapi bagaimana syariah itu memandang persoalan perasaan manusia?Apakah syariah boleh menghukum perasaan seseorang?Rasulullah pernah bersabda bahawa ketika seorang lelaki melihat seorang perempuan yang bukan mahramnya lalu muncul hasrat dalam dirinya maka pesan Rasul agar dia kembali kepada isterinya. Apa maksudnya ini?Maksudnya erti cinta, rindu dan kasih saying kepada pasangan bukan mahramnya adalah fitrah.
Bila syariah menghakimi fitrah itu sama ertinya menentang hokum Tuhan. Jadi syariah hanya boleh mengingati seseorang agar berhati-hati.Syariah tidak boleh menghapuskan perasaan melainkan membataskan dan mengarahkan perasaan itu agar sesuai dengan landasan agama dan kehendaknya.
Dalam hal ini masalahnya bukan lagi Zulaikha itu telah melanggar syariah atau tidak tetapi masalahnya hanyalah kekurangan atau kelemahannya dalam mengawal emosi dan hatinya sendiri.’’

Juga aku selitkan pesanan ustaz tersebut apabila Zulaikha menelefon beliau kerana tidak dapat lagi menahan rasa rindu dan cinta pada Yusuf.
‘’ Engkau tidak menyekutukan Allah dengan cara itu. Sebaliknya melalui cinta dan rindumu pada Yusuf menjadikan kerinduanmu kepada Allah semakin bertambah tidak berkurang sedikitpun.Itu menunjukkan bahawa kamu sudah melakukan perkara yang sebaik-baiknya dalam agama.
Tetapi kamu harus waspada dan berhati-hati. Walaupun di tengah-tengah kerinduan itu muncul kemuliaan kerana kamu tetap merindukan Allah dan saya khuatir ketika kerinduan kamu semakin memuncak kepada Yusuf itu kamu menutup kerinduanmu kepada Allah.Jangan sampai kamu tertelan oleh cinta dan kerinduan itu sedemikian rupa. Sehingga kamu lena terhadap Tuhanmu yang Satu. Jangan sampai perkara itu berlaku.

Nak tahu lebih lanjut beli je buku ni. Nak pinjam?Tunggu pakcik habis dulu yek..

3 comments:

  1. "Tetapi kamu harus waspada dan berhati-hati. Walaupun di tengah-tengah kerinduan itu muncul kemuliaan kerana kamu tetap merindukan Allah dan saya khuatir ketika kerinduan kamu semakin memuncak kepada Yusuf itu kamu menutup kerinduanmu kepada Allah.Jangan sampai kamu tertelan oleh cinta dan kerinduan itu sedemikian rupa. Sehingga kamu lena terhadap Tuhanmu yang Satu. Jangan sampai perkara itu berlaku."
    *seram*
    ade org nk bg ija pinjam buku tu tak? hehe..

    ReplyDelete
  2. ada..insyallah nanti orang tu kac ija baca k =)

    ReplyDelete
  3. Salam.Tq visit my blog.
    Sy juga meminati novel-novel genre begini .I bukan shj berinfo ,relax dan menjana minda namum ada elemen jiwang-jiwang. Sy ada semua novel karya Habibburaham ( Ayat-ayat cinta).
    Bab pinjam ni...dah byk kali terkena , akhirnya tak mau lagi simpan kat ofc.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)