Wednesday, March 18, 2009

DILARANG, GANTUNG, AMARAN

Berikut adalah senarai 15 ahli UMNO yang telah dikenakan tindakan disiplin kerana mengamalkan rasuah politik. Sumber dari Berita Harian

* Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan timbalan presiden)

* Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim (digantung 3 tahun)
* Ketua Wanita Bandar Tun Razak, Salmah Pin (digantung 3 tahun)
* Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bukit Katil, Saadun Basiron (digantung 3 tahun)
* AJK Umno Bukit Katil, Rosli Hasan (digantung 3 tahun)
* Naib Ketua Puteri Umno Bukit Katil, Zalina Ismail (digantung 3 tahun)
* Ketua Pemuda Umno Maran, Mohamad Najuib Mohd Shahaimi (digantung 3 tahun)
* Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad, (digantung setahun)
* Ahli Umno Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail (digantung setahun)
* Timbalan Ketua Bahagian Kuala Krai, Amran Mat (digantung setahun)
* Ahli Umno Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zin (digantung setahun)
* Timbalan Ketua Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (amaran)
* AJK Umno Bahagian Paya Besar, Mohd Zaili Besar (amaran)
* Naib Ketua Bahagian Paya Besar, Mohd Sohaimi Jusof (amaran)
* Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (amaran)

Kenapa dihitamkan nama yang teratas dan terbawah?Sebab kedua2nya high profile dan sangat dikenali rakyat Malaysia. Kenapa berbeza tindakan? Aku tidak ada jawapan untuk itu. Seharusnya hukuman untuk pengamal rasuah politik mestilah selaras dan seragam; samada Dilarang bertanding atau dibuang terus. Kalau hanya setakat diberi amaran ia tidak menghalang individu tersebut untuk terus mengamalkan budaya 'kotor' ini. Kalau hanya digantung maka selepas tamat penggantungan individu tersebut masih lagi boleh terlibat lagi dalam budaya ini. Kalau dilarang bertanding maka pada pemilihan akan datang calon tersebut masih lagi boleh bertanding atau dia boleh bertanding untuk jawatan lain yang lebih rendah.
Hakikatnya mereka masih lagi ahli UMNO.
Budaya rasuah politik telah ditebang tetapi akarnya masih lagi ada...Selagi akarnya ada selagi itu UMNO akan diterus dibelenggu imej rasuah dan akan kehilangan mandat rakyat satu ketika nanti waalahua'alam.

4 comments:

  1. ramai gle..
    tukar je org tak ley ke?
    org2 camtue mcm lah ad effect sgt klau stakat gantung2 neyh..
    *bengang*
    smuge dorang dpt blasan kat akhirat.
    *teremo*

    ReplyDelete
  2. macam yang z cakap..pokoknya sudah ditebang tapi akarnya masih ada..
    itulah politik
    kalau z jadi presiden dah buang dah diorang..buat apa nak simpan orang camtuh

    ReplyDelete
  3. tgok la presiden skrg camne..
    2 x 5 je..
    tk pe ke ckp psl politik ney?

    ReplyDelete
  4. boleh je..tak de masalah pun.
    Dah menantu dia takkan dia nak kasi hukuman berat...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)