Saturday, May 16, 2009

SIAPA MALAIKAT DAN JIN?


1. Saya berkesempatan untuk menonton filem Angels&Demons lakonan Tom Hanks semalam bersama abang saya di TGV KLCC.

2. Dua jam yang berbaloi.Itulah apa yang saya rasa tatkala keluar dari panggung wayang. Meskipun filem itu didasari tentang agama kristian tetapi sejak duduk di kerusi panggung saya sudah menguatkan diri saya sendiri: tonton dengan mata hati.
3. Filem ini lebih baik dan ringkas berbanding Da Vinci Code. Filem Da Vinci Code yang juga mencetuskan kontroversi pada hemat saya memberi satu pandangan positif kerana ia ingin menunjukkan bahawa Nabi Isa atau Jesus adalah manusia biasa; bukannya anak tuhan seperti yang dipercayai oleh penganut kristian meskipun filem itu juga bertentangan dengan kepercayaan Islam tentang Nabi Isa(yakni Nabi Isa tidak berkahwin)

4. Saya tidak ingin mengulas atau membuat review tentang filem ini tetapi jalan ceritanya sungguh berliku dan adventuring yakni tentang bagaimana Profesor Langdon(Tom Hanks) berusaha mencari dan menghentikan sabotaj kumpulan Illuminati(yang menentang pihak gereja) ketika waktu pelantikan pope yang baru. Dan filem ini tertumpu kepada 4 klu yang perlu beliau cari dan selesaikan.

5. Ada beberapa perkara menarik yang boleh diambil dari cerita ini iaitu:

i)SAINS DAN AGAMA
- Jelas filem ini menunjukkan wujudnya dilema dan jurang antara agama Kristian dan sains. Pihak gereja sedaya upaya untuk menolak perkembangan sains yang dikemukakan oleh ahli saintis seperti Galileo dan sebagainya. Ini berbeza dengan ajaran Islam yang sememangnya tidak menolak kewujudan sains bahkan kitab suci Quran sendiri merangkumi ilmu2 sains yang sangat mengagumkan. Renungkanlah sendiri maksud surah yaasin yang sering kita baca setiap malam Jumaat bagaimana Allah menjelaskan perihal peredaran bulan dan matahari, fasa-fasa bulan serta kejadian manusia yang akan kembali menjadi lemah ketika tua sebagaimana keadaannya yang juga lemah ketika muda. Bahkan saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina,Al-Khawarizmi dan Al-Ghazali juga merupakan seorang ulama.

ii)DENDAM
-Tahun 1866 pihak gereja telah menangkap golongan Illuminati(yakni yang menentang pihak gereja dan berpihak kepada sains) dan mengecop di dada mereka dengan bara panas tanda salib sebelum membunuh mereka. Dalam filem itu pula menunjukkan bahawa golongan Illuminati itu membalas dendam dengan membunuh kordinal2 atau paderi.

iii)SENIBINA
-Menonton filem itu memberi saya peluang untuk menjelajah ke dalam arkib gereja dan melihat arca-arca gereja yang ada sesetengahnya kelihatan 'lucah' seperti patung2 lelaki yang bogel serta ukiran ST.Theresa yang dalam ghairah. Walau apa pun ternyata senibina gereja mereka sangat unik,kompleks dan penuh rahsia di bawah tanah.

Akhir sekali filem ini juga mengajar saya bahawa manusia itu tidak sempurna baik ahli akademik mahupun mereka yang berlatarbelakang agama. Sebagai manusia kadang-kala kita terdorong untuk menggunakan kedudukan atau status untuk mendapatkan kepentingan sendiri(contoh yang paling nyata adalah Carmelengo lakonan Edwin Mcgregor)

Bahkan saya berpendapat juga filem seolah menyindir Amerika Syarikat.Kenapa? Sudah ramai mengetahui bahawa peristiwa 9/11 adalah rekaan negara Uncle Sam ini. Banyak bukti dan sebab telah dikemukakan betapa serangan WTC dan Pentagon itu bukanlah dari orang luar tetapi ciptaan Amerika semata. Sebab apa?Supaya mereka boleh menjadi hero di mata dunia untuk memerangi pengganas yang mereka ciptakan itu. Mereka mencipta satu keadaan supaya imej hero itu dapat dikaitkan dengan Amerika Syarikat dan supaya seluruh dunia berlindung di bawah keselamatan Amerika. Dan sekali lagi watak Amerika ini dilakonkan dengan begitu baik oleh McGregor.

Meskipun saya seorang beragama Islam tetapi itu bukanlah sebab untuk kita tidak mempelajari agama lain. Ambillah contoh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan bacalah buku The Choice tulisan beliau maka anda akan tahu betapa pentingnya untuk mempelajari dan mempunyai pengetahuan tentang agama lain.
Gunakan mata hati!

3 comments:

  1. ni aku marah ni kau dpt tgk.aku pergi tadi ticket semua selling fast pastu bila aku sampai counter,sold out.damn son.best ah movie dia?hopefully its as good as the book.da vinci code was a bit dissapointing.

    ReplyDelete
  2. ak rase bohsia lg best..ok sah ak menipu..

    ReplyDelete
  3. Semakin akak membaca tulisan Z, semakin akak merasa kagum dengan Z. Z mengingatkan akak pada abang sulung akak, pemikirannya sangat mendalam, analisisnya sangat tajam dan pengetahuannya sangat luas. Hanya saja Abang Long akak tu tak pandai menulis, jadi ilmu dan buah fikirannya hanya dapat dicedok bila berbual dengannya. Sedikit sebanyak akak terasa dipengaruhi oleh Abang Long dalam beberapa aspek, terutama tentang perspektif kita melihat percaturan hidup ini.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)