Thursday, May 7, 2009

DI MANA KESUDAHANNYA?

1. Sidang ADUN Perak berlangsung pada hari ini. Banyak pandangan dan pendapat yang dikeluarkan oleh pemerhati2 politik dan rakyat Malaysia-tidak perlulah saya memperincikan satu per satu insiden yang berlaku sepanjang hari ini dan komentar2 daripada beberapa pemerhati politik yang telah saya baca.Di penghujung petang ini fikiran saya menuju ke satu soalan:di mana kesudahan drama politik ini?

2. Rakyat Malaysia sangat prihatin dengan keadaan politik semasa.Tidak kurang juga yang sudah mencapai status politiking. Saya sendiri tidak mahu dilabel sedemikian kerana politiking merupakan satu perkara yang kurang penting pada hemat saya. Ya politik tetap politik tetapi apabila terlalu seronok sangat bercerita pasal politik semua kerja tak boleh buat.

3. Hari ini sahaja sudah beberapa orang ditahan sepanjang ADUN berlangsung.Blog-blog rakyat Malaysia juga amnya sudah mula penuh dengan cerita dan persepsi masing-masing mengenai sidang ADUN yang baru tamat sebentar tadi. Akhirnya, sidang tersebut ditangguhkan ke satu masa yang tidak diberitahu(unspecified time)

4.Nak politik, politiklah. Tapi urusan lain masih kena buat. Seperti saya sendiri pun memang berpolitik tetapi fokus utama masih lagi kepada pelajaran. Kita cuma berpolitik bila waktu tertentu sahajalah-bukan sepanjang masa. Saya sendiri pun mula prihatin dengan keadaan politik apabila isu krisis perlembagaan Perak timbul kira-kira tiga bulan yang lepas. Tapi tidaklah sepanjang post blog saya bercerita pasal politik, siapa yang menang siapa yang kalah siapa yang betul siapa yang salah. Hanya berpolitiking bila ada isu2 yang penting dan apabila tiba pilihanraya sahaja.Bukannya setiap hari, setiap masa dan setiap saat.

5. Saya terfikir juga mereka yang berhimpun di sekitar bangunan persidangan hari ini-apakah mereka semuanya tidak bekerja?Atau hari ini merupakan cuti umum kepada negeri Perak?Politik itu cuma alat sahaja bukannya matlamat.Hasilnya apa yang kita dapat hari ini?Ada sebarang tanda-tanda perubahan dalam kematangan politik di negara kita?

6. Saya tidak menyalahkan sesiapa cuma pada saya politik itu isunya nombor dua sebab isu pertama yakni isu2 semasa masih lagi perlu diberi perhatian-kegawatan ekonomi, masalah VSS, serangan penyakit selsema babi, masalah mat rempit, masalah sosial, isu pendidikan,kualiti institusi pengajian tinggi di persada dunia, peningkatan pencapaian CGPA dan kualiti moral di kalangan siswazah dan pelbagai lagi. Itu yang seharusnya menjadi keutamaan kita bukannya politik.

7. Apakah kesudahan bagi isu pentadbiran di Perak ini?Kalau DUN dibubarkan akan ada pilihanraya lagi.Masalah pilihanraya kat Penanti dan Kota Alam pun masih lagi belum selesai. Atau mungkin semuanya akan selesai selepas pilihanraya umum kelak?Kalau begitu apa akan terjadi kepada negeri Perak sepanjang tempoh untuk menunggu PRU nanti?Apakah semuanya akan beres setelah mahkamah memutuskan siapa yang sebenarnya MB yang sah?

8. Semua ini memakan masa. Biarlah yang terlibat sahaja selesaikan isu ini.Mereka yang locus standi sahaja yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan kemelut ini.Sementara kita, sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini perlu memfokuskan kepada tanggungjawab kita sebagai pekerja di bidang masing-masing. Perlu mahir 'balance' antara politik dan kerjaya. Tidak perlu berpolitik sepanjang masa sebab isu-isu yang saya sebutkan sebelum ini masih menuntut perhatian kita semua.

9.Politik cuma alat, bukan matlamat. Meskipun terdapat perbezaan masih punya persamaan.Sama-sama Melayu, sama-sama Islam dan sama-sama rakyat Malaysia!

Jadi cuba fikirkan, di mana kesudahannya kemelut politik ini?Adakah cakap-cakap politik kita ini mempunyai pengaruh dalam menentukan ending drama ini?

10 comments:

  1. pabila mereka yg lantang bersuara tanpa hala tuju dan mereka yg menyokong menbabi buta bertemu, inilah yang berlaku..

    ReplyDelete
  2. i saw this on tv.kecoh gila.malu je ada yang degil nak duduk dekat seat yg no longer their's.kelakar pun ada.haha.

    ReplyDelete
  3. sepatutnyer orang2 politik ni lebih concern kan isu2 yang lebih penting macam macam mane nak improvekan ekonomi rakyat so,rakyat takde la tertekan sangat dengan kegawatan ekonomi sangat..

    ReplyDelete
  4. haha. Isu politik ni memang seronok utk dibahas. Tapi ingat, ada mata2 yg sentiasa melihat. Salah taip, badan binasa. :)

    ReplyDelete
  5. rakyat perak sudah bosan dengan PKR

    ReplyDelete
  6. Demokrasi yg dikelirukan..
    ingatan kpd yg ada kuasa, PM pesan 'rakyat diutamakan' skrg mereka sdg 'mengutamakan' diri sendiri,rakyat dikemudian.
    Alang ,Maaf, benar kdg2 mmg tak nk tulis yg -ve tp tercatat jg..setuju?

    ReplyDelete
  7. aku tgk berita semalam, pihak kerajaan terpaksa dduk di kerusi pembangkang sebab pembangkang x nk bangun....lawak pulak tengok tapi begitu la keadaan politik kat perak sekarang...malu pun ada jugak..xtw nak cakap apa dah.

    ReplyDelete
  8. malaysia oh malaysia.. bila la nak berubah.. sangat small minded bila tgok kelakuan diaorng semalam~

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Very impressive, when there is a young man who can wisely think and judge and throw his opinion critically. :-) Akak juga sangat minat politics, in fact my husband involves secara langsung in politics. Tapi kita tak berpolitik hari-hari dan semberono. As a student, core business kita adalah belajar. Sebab tu akak tak tolong pergi merayu undi atau korbankan masa studies untuk attend ceramah politik.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)