Thursday, August 13, 2009

TANDA KITA PEDULI!


1. Ketika kuliah Global issues semalam mengenai kemiskinan perkataan pertama yang aku cari adalah Palestin. Malangnya perkataan tersebut tidak tersenarai ke dalam negara-negara miskin, jauh sekali negara2 sederhana mahupun kaya. Anehnya,Israel tergolong dalam negara yang 'upper income' country.
2.Mengapa negara Palestin tidak tersenarai dalam hal ini?Statistik yang dikeluarkan adalah daripada agensi antarabangsa yang sepatutnya lebih peka akan hal ini.Apakah penduduk di semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta yang rata-rata adalah penduduk miskin termasuk dalam negara Israel?Kalau begitu sudah tentu Israel tidak layak mendapat status upper income country.
3.Semua tahu bahawa penduduk Palestin di Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang dahsyat.Mereka dipenjara di tanah air sendiri, bekalan makanan dan ubat-ubatan disekat dan tiada pintu masuk untuk menghantar bekalan tersebut.lebih menyedihkan negara Islam yang bersempadan dengan Gaza juga enggan membantu.
4.Satu pergerakan Free Gaza Movement sedang berusaha menghantar bekalan asas kepada penduduk Gaza dengan menggunakan jalan laut. Ditambah pula dengan musim sejuk yang bakal datang, penduduk Gaza terutama kanak-kanak kemungkinan besar akan menghadapi ancaman maut jika bekalan kemanusiaan disekat. Justeru pergerakan ini memerlukan sekurang-kurangnya 5 kapal untuk menghantar bekalan ke penduduk Gaza.
5. Saya percaya ramai yang sudah menonton berita semalam akan hal ini. Dalam entri ini saya akan sertakan no akaun Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War supaya semua warga Malaysia yang prihatin dapat membuat amal bakti kepada saudara-saudara kita di Palestin. No akaun MAYBANK 512334306634
6.Perdana Global Peace Youth yang dijangka dirasmikan sekitar bulan November akan turut membantu pergerakan ini menghantar bekalan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Sejurus selepas perasmian akan diadakan beberapa aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk mengumpul dana dan disalurkan ke Free Gaza Movement. Salah satunya adalah pelancaran tabung'1 Ringgit For Gaza' yang akan difokuskan khas kepada pelajar-pelajar universiti untuk menyumbangkan amal bakti. Tabung tersebut akan bergerak ke serata IPTA dan IPTS bersama program-program yang akan dirancang lebih lanjut. Sementara itu kemungkinan juga PGPYO akan menganjurkan 'Run For Peace' iaitu marathon keamanan dan penyertaan masyarakat Malaysia dalam marathon ini juga akan membantu untuk mengumpul dana kepada penduduk Palestin.Satu pelaburan kemanusiaan sejagat dan tanda solidariti kita membela mereka yang ditindas dan mempertahankan hak-hak mereka yang cuba dihapuskan oleh penjajah Zionis dan sekutu rapat Amerika.
WE KNOW THE EVIL. WE DARE TO FIGHT IT.

1 comment:

  1. usaha yang sangat baik...
    usaha begini menyuburkan keyakinan generasi seperti saya terhadap pemimpin2 akan datang...
    masih ada rumput2 hijau di balik lalang di sekeliling...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)