1. Salah satu soalan yang ditanya ketika wawancara Bernama tempoh hari adalah ''Kenapakah kita harus membantu orang luar?Kenapa PGPYO perlu fokus kepada isu Palestin, tidak kepada isu2 dalam negara?''
2. Kenapa kita perlu mengorbankan diri untuk orang lain?Ditamba pula orang lain itu bukanlah seseorang yang kita kenal apatah lagi pernah tidak pernah berjumpa sekalipun.
3. Kenapa kita harus meninggalkan zon selesa dan turun ke dalam gelanggang perjuangan semata-mata untuk kepentingan orang lain?
4.Adakah berbaloi untuk kita mengorbankan diri sendiri, cinta dan harta hanya kerana untuk menyelamatkan orang yang tidak kita kenali?
5. Apakah penting untuk kita berjuang agar nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi ini dapat dirasai oleh penduduk-penduduk yang masih menderita kerana peperangan dan penindasan?
6.Berbaloikah mengorbankan masa kini untuk mengejar impian di masa depan?Jika ya mengapa masih ramai antara kita yang masih lalai dan alpa, terus berhiburan seolah-olah hanya hari ini sahaja yang tinggal untuk bergurau-senda dan berhibur tanpa batas?
7. Jika hiburan masih menjadi kiblat, tidur dan berbual masih mengisi kebanyakan waktu bererti anda masih belum merasakan bahawa ia adalah berbaloi untuk mengorbankan diri demi kepentingan sejagat. Atau mungkin anda sendiri berfikir tidak berbaloi untuk berkorban demi masa depan sendiri. Jika itu terjadi maka anda akan termasuk dalam orang yang benar-benar tidak mementingkan kehidupan dan hidup seperti pelarian yang terbuang di dunia ini.
8.Salam merdeka yang ke-52.Pertahankan dan sebarkan kepada sejagat kerana ia adalah hak milik kepada yang bernama manusia.Silalah jawab soalan di bawah untuk dijadikan check-list kita:
*Is it worth to sacrifice ourselves just because to save anonymous?
*What you have done lately to serve our country and humanity?
salam merdeka Malaysia!
pengorbanan dalm mempertahankan hak saudara muslim tidak boleh diukur dari kaca mata material...
ReplyDeleteberbaloi atau tidak, kena ditanyai di sudut hati kecil, adakah iman yang menjawabnya atau nafsu yang dikekang oleh duniawi...
yang empunya diri sahaja yang berhak menjawab
jika menyelamatkan satu nyawa itu berbaloi..tiada salah saya atau sesiapa menggadaikan nyawa dan harta benda sendiri...
ReplyDelete