Sunday, August 23, 2009

SYURGA DAN NERAKA

1. Rasa bagus juga apabila pilihanraya diadakan waktu puasa kerana kurang sedikit caci-maki, kutuk-mengutuk dan fitnah-memfitnah.

2.Tetapi saya masih tidak faham akan pendekatan yang dibawa oleh PAS terutama Tok Guru Nik Aziz yang membawa sentimen 'UMNO kafir', 'Siapa undi UMNO tak masuk syurga' etc. Ini bukan kes baru tetapi merupakan hujah PAS sejak dahulu lagi.Jadi tak perlulah terkejut apabila Tok Guru Nik Aziz menggunakan hujah yang sama dalam pilihanraya di Permatang Pasir kali ini.

3. Siapakah yang dapat pastikan dirinya masuk syurga?Siapakah yang berhak untuk mengatakan orang itu masuk neraka?Apakah pengetahuan kita sebagai seorang manusia dapat mengetahui siapa yang masuk syurga dan siapa yang masuk neraka?Bahkan Malaikat Ridhuan dan Malik sendiri tidak tahu siapa yang masuk syurga atau neraka.Kerana pengetahuan akan ahli syurga dan neraka hanyalah di dalam pengetahuan Allah swt.

4.Adalah sesuatu yang sangat merugikan kepada 1.3 billion umat Islam yang tidak tinggal di Malaysia kerana tidak berpeluang masuk syurga disebabkan tidak dapat mengundi PAS. Dan adalah satu perkara yang malang kepada rakyat Malaysia yang mengikuti ilmu agama di sekolah2 sekitar Malaysia kerana ajaran Islam yang terkandung dalam silibus pelajaran yang disediakan oleh UMNO adalah sesat dan kafir.

5.PAS hanyalah parti politik. Mereka menimbulkan ketakutan dalam diri rakyat bahawa sesiapa yang tidak mengundi PAS akan dihumban ke dalam neraka. Kalau dulu PAS mendakwa UMNO bersekongkol dengan parti kafir tetapi kini mereka pula membela DAP. Apa kenyataan Tok Guru Nik Aziz apabila pemimpin DAP secara terang menolak hudud?Bahkan pemimpin PAS sendiri mempersoalkan samada PAS mahu menubuhkan negara Islam atau tidak. Mereka sanggup berlembut dengan orang bukan Islam tetapi bersikap keras dengan sesama Islam. Kerana menurut mereka, matlamat menghalalkan cara.Demi mendapat undi dan menang dalam politik maka agama sendiri diperalatkan untuk kepentingan sendiri.

6.Syeikh Yusuf Qardhawi sendiri menegaskan bahawa isu mengkafirkan sesama Muslim adalah suatu perkara yang berbahaya dan berpunca daripada pemikiran2 yang ekstrim. Untuk membaca lebih lanjut sila ke klik sini.

7.Syurga dan neraka...Siapa yang boleh pastikan Tok Guru Nik Aziz automatik masuk syurga?Siapa yang boleh katakan pemimpin PAS adalah maksum dan tidak akan dihitung dosa2 mereka di padang Mahsyar kelak?Siapa yang boleh jamin pengundi2 PAS tidak akan masuk neraka? Siapa di antara anda, pembaca blog sekalian dapat menjamin diri anda akan masuk syurga dan tidak masuk neraka?

8. Islam adalah agama yang luas.

12 comments:

  1. salam...

    hmmm...

    isu yg sgt sensitif...

    sebenarnya masa Nik Aziz mengeluarkan fatwa tu dh wat nina terfikir, kenapa senang2 jer beliau nak mengklasifikasikan siapa yg masuk syurga dan siapa yg masuk neraka....

    smpai kalau nina balik kelantan especially umah nenek nina...kerana PAS sgt kuat propagandanya di KElantan n nenek nina penyokong PAS mnybabkn nina rasa sgt ttkan bler dgr mama n nenek bertegang urat sbb POLITIK...

    ReplyDelete
  2. ssghnya kta bknlh ssiapa untk mnn2kn d'mna ssowg e2 akn d'tmptkn kelak..suma 2 keja Allah..

    GAMBATE!!!

    ReplyDelete
  3. Memang pelik bin ajaib kan..
    kenapa seorg tok guru boleh berkata seperti itu..
    nak kata cetek akal..xkan xpenah baca kitab? ke hadis..
    boleh suke ati dia plak nak tentukan sape msuk neraka n syurga..
    ni dah jadi kes berat nih..
    niat tok Aziz ke arah mane? menyesatkan manusia..(istigfar)
    Anyone tolong lah betulkan akidah dia..xkan desperate nak menang, sampai syurga n neraka pun mjadi alat politik..

    "Tok, udah2 le tu..rambut pun dah beruban, muka pun dah berkedut..dah tua tok..ape tok dpt main politik..bukannyer dpt 'Tun'..sebaiknya tok kuatkan la ibadah tok..jgn leka tok..jgn fanatik sgt..Ingatkan tuhan tok..bukan undi~ "

    ReplyDelete
  4. kena dengar balik ceramah/kata2 tok guru ni...
    ntah betul ke tidak...
    janganlah kata2 orang diambil bahagian pangkal sahaja atau bahagian ekor sahaja...

    tak taulah zaharif ...manusia yang berpolitik ni ramai yang tertipu dan menipu

    ReplyDelete
  5. btul ke Nik Aziz cakap macam tu?
    bkn ape, media selalu mengkotak-katikkan ape yg org ckp tuk kepentingan diorg atau pihak2 tertentu...
    Cthnye, dlm berita, dgr die ckp, siapa yg mengundi pas msk syurga saje, tp lps tu di'mute'kan...x dgr smpai abis pun...
    same gak bile Tuk Guru Nik aziz ade ckp psl Allah itu Gangster, surat2 khabar utama hanya quote psl 'Allah itu Gangster' dan bknnya the whole thing yg die ckp...
    dlm bel313 pun kita ade blaja yg sesuatu bleh jd flawed bile x diambil sume yg dikata...
    sama cam ajaran Islam sekarang...rmai umat Islam x ambil sume ajaran Islam...ambil mane yg diorg nk je...puasa tp x solat, solat tp amik rasuah n mcm2 lg...sedangkan sepatutnye, "Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya"...

    Adalah lebih baik kita mendengar keseluruhan ceramah Tuk Guru nik Aziz, mengenali die sebaiknya(siapa dia sebenarnya) dan mengkaji semua sumber dahulu dan setelah itu barulah menghakimi ape yg dikata....sebab tu x nampak keindahan Islam yg x sama dgn agama lain...

    *di akhir zaman ini kebanyakan pendapat dan kata-kata ulama' sering diketepikan...mlah fatwa yg dikeluarkan pun diikut hanya bile perlu dan mahu....

    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  6. *ayat : "sebab tu x nmpk keindahan Islam yg x sama dgn agama lain" sepatutnya berada di perenggan yg sebelumnya...;D

    ReplyDelete
  7. WAAHHH.. MY BRO Z//.... respect u laaa... agree with ur critics on th "tok Guru"

    ReplyDelete
  8. thanx zharif..selamat b'puasa jgk..:-)
    GAMBATE!!..

    ReplyDelete
  9. media suke memperkotak-katikkn nik aziz statement nk jdikn controversi...same goes to harakah n suara keadilan,nk tarik pengundi,bermacamla2 cara dipraktikkan..dan in membuat rakyat muak..nik aziz is someone who have the broad knowledge about islam,i bet more than most of our politician..so for he to state such things,is it reasonable?tepuk dada tanye selera..

    ReplyDelete
  10. bodohlah siapa yg percayakan kata2 nik aziz tu.

    ReplyDelete
  11. "..nik aziz is someone who have the broad knowledge about islam,i bet more than most of our politician.."

    sy setuju dgn saudara ezwar hanya utk sebaris ayat ini sahaja. kerana bg saya, baik bagaimana hebat sekalipun atau setinggi mana sekalipun ilmunya, namun harus diingat bahawa dia tetap seorang manusia yg terikat dengan kepentingan politik.

    dan hal ini menyebabkan dia tidak mampu utk menegakkan Islam secara menyeluruh. hakikat betapa nik aziz gagal utk sekurang2nya menegur sahabat pakatannya yg menghina Islam menyebabkan ramai yg berasakan org politik tetap org politik, xkisahlah dia tu ulama ke, doktor ke, engineer ke, lawyer ke, sama je. sbb field dorang adalah politik.

    dan nik azizlah yg menyebabkan wujudnya istilah mempolitikkan Islam. dan malah lebih agresif lg ramai yg mengecam nik aziz kerana 'melacur'kan Islam. beberapa situasi dan perkara yg berlaku sememangnya melukakan hati umat Islam di malaysia. namun inilah nik aziz yg perlu kita buat 'semakan semula'.

    ReplyDelete
  12. media massa sekarang banyak yang kita tak boleh nak sah kan kesahihan nya.
    betolkah itu pernyataan TG Nik Aziz sebijik2?
    kita tak tau.
    kita tak tau apa pernyataan panjang Tg nik aziz.
    kita sebagai yang confirm tak tahu apa2, mestilah tidak menggelabah dalam hal ni.
    kalau tidak, kita pon sama saja dengan orang2 lain..
    kalau pasti sah dan benaaaar, barulah kita boleh war2kan.
    kalau tidak nanti, bukan saja pahala tak dapat dalam membincangkan hal sebegini..
    dosa pula yang diterima..
    wallahu'alam. salam ramadhan.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)