Friday, August 7, 2009

BERPISAH LEBIH BAIK



1. Sesuatu yang berlaku pasti ada tujuan. Juga sebab-musababnya.Bodoh jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara tanpa tujuan dan atas dasar 'suka-suka'.Yang menjadi perbezaan adalah samada tujuan itu dizahirkan secara terang-terangan atau disembunyikan.

2.Apakah tujuan PAS menyertai Pakatan Rakyat? Adakah PAS memerlukan PR untuk membantunya mentadbir negeri Kelantan?Kerana tiada campurtangan PR lah Kelantan dapat ditadbir dengan baik oleh PAS. Negeri-negeri baru yang dimenangi sewaktu Pilihanraya Umum dahulu melibatkan PKR dan DAP. Hasilnya timbullah isu-isu baru yang bukan sahaja menggoncang keutuhan Pakatan Rakyat tetapi mencabar pendirian sebenar parti PAS.

3.Apakah tujuan PAS menyertai Pakatan Rakyat semata-mata untuk mendirikan negara Islam jika kerajaan Barisan Nasional kalah dalam PRU akan datang? Karpal Singh wakil DAP sudah terang-terangan memberitahu seluruh rakyat Malaysia termasuk tok guru-tok guru PAS tentang pendiriannya mengenai hukum hudud yang menjadi agenda utama PAS sekiranya mentadbir Malaysia''Hudud?Over my dead body.''

4.Bahkan ahli PAS sendiri Datuk Seri Nizar meragui akan hal itu. Sewaktu beliau masih berkuasa dalm sidang DUN Perak beliau sendiri bertanyakan kepada wakil pembangkang(waktu itu diketuai oleh Datuk Tajul Rosli) apakah ada dalam transkrip PAS menyatakan bahawa PAS mahu mendirikan negara Islam? Nah itu sendiri dikeluarkan dari lidah ahli PAS. Sekarang timbul lagi persoalan:Bagaimana pula dengan pendirian PKR?Apakah PKR sanggup mempertahankan ideologi PAS dan mengenepikan DAP dalam soal ini? Saya tidak fikir seseorang yang pernah secara terbuka menyokong Salman Rushdie akan menyokong idea negara Islam PAS. Dan apakah PAS sanggup mengenepikan prinsip mereka semata-mata untuk mendapat sokongan DAP?

5.Sekali lagi apakah tujuan PAS menyertai PR? Jawapan yang mungkin mudah unuk difahami oleh rakyat Malaysia adalah: PAS menyertai PR hanyalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Itu sahaja.

6.Ramai penyokong PAS memberi pendirian ''Kami sokong PAS.Kami tak sokong DAP atau PKR''. Itu mungkin benar.Tapi adakah pemimpin anda yang akan diangkat menjadi PM jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU akan datang?Adakah DAP akan berlembut hati membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud? Memang undi anda untuk PAS tetapi kemenangan PAS bererti kemenangan kepada pemimpin PKR yang selama ini mengidam jawatan Perdana Menteri dan juga kejayaan DAP untuk melaksanakan konsep Malaysian Malaysia.Apakah PAS benar-benar menang?Mungkin menang kerana dapat menumbangkan kerajaan 'kafir' UMNO tetapi tidak dalam melaksanakan idea negara Islam di Malaysia.

7. Saya tidak meminta PAS untuk menyertai UMNO tetapi setelah melihat situasi pasca pilihanraya di mana berlaku banyak 'straight fight' antara PAS dan DAP maka cara terbaik adalah PAS berpisah dari PR dan bergeraklah sendiri. Itu lebih baik. Lagipun yang menimbulkan masalah adalah negeri-negeri yang dikompromi bersama DAP dan PKR contohnya di Kedah dan Selangor.Tetapi tidak ada masalah langsung jika PAS mentadbir sendiri contohnya negeri Kelantan.Justeru adakah PAS memerlukan PR untuk membantu dari segi pentadbiran?Saya tidak fikir begitu. Bahkan Kelantan boleh dianggap satu tanda kejayaan PAS mempertahankan ideologi Islam mereka.Tetapi di negeri-negeri lain nampaknya PAS terpaksa berkompromi dan melepaskan pendirian mereka semata-mata untuk mendapat tempat dalam PR.

8.Adalah tidak mustahil satu hari nanti jika PR menang dalam PRU akan datang hukum hudud tidak akan dilaksanakan.Jangan terkejut kalau tok guru PAS hanya menjawat jawatan menteri kabinet yang 'biasa-biasa' sahaja. Jangan terkejut jika akhirnya nanti ideologi dan prinsip sebenar perjuangan PAS akan bertukar.Akhirnya penyokong2 PAS sendiri lama-kelamaan berasa kecewa dan menganggap PAS dipergunakan untuk agenda DAP dan PKR. Jika PAS tidak mahu bergabung dengan BN kerana MCA menentang prinsip negara Islam maka adakah DAP menerima prinsip negara Islam PAS?

9.Lebih baik bergerak sendiri. Itulah jalan terbaik untuk PAS. Mungkin PAS merasa puas jika BN kalah dalam PRU akan datang tetapi apakah PAS tidak kisah jika prinsip kenegaraan Islam yang diperjuangkan selama ini tidak menjadi kenyataan meskipun PR sudah berkuasa?Berapa banyak lagi PAS harus mengangguk dan mengiyakan kesalahan DAP?

Sekali lagi..apakah tujuan PAS menyertai PR?

never let someone be your priority if that someone only assume you as his option.

7 comments:

  1. hmm...(senyum lebar2)....no doubt...

    ReplyDelete
  2. Baru tau mana intan mana kaca, mana emas mana suasa..Kekadang bila dah terdesak manusia tak peduli siapa ,maruah dan harga diri diletak ketepi, cepat ler insaf !!

    ReplyDelete
  3. Anu War hilang ...

    Tolong kesan di mana dia berada sekarang

    berita lanjut di

    http://anwaraljuburi.blogspot.com/2009/08/anwar-hilang.html

    ReplyDelete
  4. salam...

    hmmm...
    seriously why PAS need to join as allies in PR?

    kenapa PAS negeri lain tak ley nak ikut jejak langkah PAS Kelantan mentadbir??

    adakah pemimpin PAS negeri lain perlu balik ke Kelantan perlu balik berguru dengan PAS Kelantan??

    hmmm..
    =]

    ReplyDelete
  5. Salam zack..

    ko betul Z..PAS bole hidup sendiri tanpa DAP and PKR..wlupon makan mase yg agak lama, klu PAS benar2 ikhlas yakin cmfirm diorg bole capai kehendak diorg..

    ReplyDelete
  6. asssalamualaikum
    saudra dan saudari
    kita imbau balik sejarah islam tatkala nabi muhammad preaching his dakwah to madinah,adakah pemerintahan ketika itu islam?
    tidak
    tapi,kerana belum ade titik akhir yang menyimpulmatikan gerakan islam.maka islam dapat berkembang disitu
    perlu untuk saudara fahami,meski karpal singh dan pembangkang yang lain mempunyai pendirian sendiri terhadap hukum hudud,namun,perkra itu masih belum belum terjadi dan menjadi realiti
    bermakna wujud ruang dan peluang untuk islam itu berkembang..belum ade titik akhir,,sedangkan didalam umno da lbh 50 tahun kita merdeka hudud tak dpt jugak dilaksanakan.
    ikut cakap sape?cakap ALLAH?cakap MANUSIA?
    fikir2lah
    memang kalaupun bn yang didasari perlembagaan sekular itu tumbang,sekalipun kerajaan baru xdpt bwk islampas akan keluar pr,sebab tak bawak islam,tetapi kerana masih ade ruang danpeluang untuk islam berkembang,maka perjuangan itu kekal ade,,mane lebih baik,dia berpeluk tubuh diperbodokan umn atau berjuang menentang kejahilan melalui ruand dan peluang yg ade?

    ReplyDelete
  7. saudara mizi
    Saya melihat perkara ini dalam ruang sekarang dan akan datang. Mengapa PAS berdiam diri dan tidak mempertahankan prinsip mereka sebaik sahaja DAP menegaskan mereka tidak mahu hudud? Memang benar perkara itu belum terjadi tetapi apakah kita yakin DAP boleh berubah semata-mata untuk memenuhi tuntutan PAS?Apakah Karpal Singh yang menganggap PAS hanya 'rakan kecil' dalam PR(kerana kerusi DAP lebih banyak dalam PR) akan menerima hudud? Justeru apa bezanya nanti pemerintahan PR dengan pemerintahan BN sekarang?
    Kita mahu perubahan.Mahu mengikut acuan Islam.Tetapi adakah ini menjadi realiti jika PR memerintah? Sudah pasti DAP lebih mementingkan Malaysian Malaysianya.PKR pula tak fikir apa, cuma nak jawatan PM sahaja.PAS pula macammana?
    walaupun perkara ini belum terjadi tetapi adakah anda yakin DAP akan menerima prinsip negara Islam PAS?Anda yakin boleh terjadinya perubahan?Jika isu arak pun dah masuk campur bagaimana dengan isu-isu yang lebih besar?
    Sebab itu saya mencadangkan supaya PAS bergerak sendiri.Contoh terbaik di Kelantan.Bandingkanlah negeri kelantan dengan negeri2 yang diperintah dengan campuran PR.
    Dimanakah ruang dan peluang PAS dalam PR?Buktikan mereka mendapat ruang dalam PR untuk memperjuangkan Islam. Jangan sebut Kelantan sebab Kelantan sejak sebelum PAS menyertai PR lagi telah memerintah.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)