Wednesday, August 12, 2009

PERIBADI ATAU UMUM?


1. Dunia undang-undang adalah satu dunia kebebasan untuk mengekspresikan cara pemikiran, pandangan dan prinsip.Kadang-kala ia bertentangan dengan pegangan agama sendiri, hanya tetap dan tegus pendirian sahaja yang akan terus kekal dengan prinsip sendiri meskipun dianggap sebagai konservatif,orthodoks dan tidak layak untuk memasuki dunia undang-undang.
2. Isu penghinaan terhadap agama Islam kembali hangat dan kali ini ia melibatkan negara Malaysia dan rakyat Malaysia sendiri. Perdana Menteri mengarahkan supaya penulis blog yang bertanggungjawab dalam penghinaan ini ditahan di bawah akta hasutan dan blog2 mula dipantau dengan perhatian yang serius.
3.Saya sendiri tidak pasti apakah akta hasutan itu akan membawa seseorang ditahan di dalam ISA. Menurut saya jika benar isi kandungan tersebut benar2 menghasut dan menghina maka wajarlah dia dihukum mengikut lunas undang-undang.
4.Ada yang berpendapat itu satu tindakan yang wajar.Ada pula yang menentang kerana ia menutup hak kebebasan bersuara.Namun saya tidak akan menyentuh akan perihal menutup kebebasan bersuara dalam entri kali ini kerana saya lebih cenderung dengan persoalan yang sering timbul juga dalam dunia undang2 apabila berkaitan dengan soal agama iaitu ''apakah agama ini satu urusan peribadi(private matter) atau urusan umum(public matter)?
5. Urusan umum atau public matter bererti kerajaan memainkan peranan dalam urusan agama. Ada pihak yang menyokong dan ada juga yang berpendirian agama hanya satu urusan peribadi dan tidak perlu ada penglibatan daripada kerajaan atau pemerintah. Meskipun dunia undang2 adalah hitam putih tetapi sesiapa yang mengatakan hitam tidak boleh sama sekali menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada yang mengatakan putih dan begitu juga sebaliknya. Penghormatan ke atas idea setiap individu sangat penting dalam undang-undang dan individu tersebut akan berdiri atas prinsip dan kepercayaan masing-masing.
6. Pendirian dalam isu ini sangat jelas; urusan agama bukan sekadar urusan peribadi semata tetapi ia juga menjadi urusan umum dan penglibatan kerajaan atau pemerintah sangat penting dalam konteks ini. Bahkan Allah sendiri dalam Al-Quran menegaskan ''Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.'' Jika urusan agama adalah semata-mata peribadi maka sudah tentu firman Allah tidak akan meliputi ''keluargamu''. Dalam sebuah negara maka penduduknya adalah sebuah keluarga dan Rasulullah sendiri berpesan bahawa setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas pimpinannya(orang yang dipimpin). Digariskan juga bahawa salah satu tanggungjawab seorang pemerintah adalah amar makruf nahi mungkar(mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran).
7. Ada yang berpendapat bahawa solat, zakat, puasa dan sebagainya adalah urusan peribadi. Itu benar. Tetapi apakah seseorang itu bisa bersolat jika tidak diajarkan kepada mereka cara-cara hendak bersolat di sekolah?Apakah seseorang itu tahu perihal zakat, puasa dan hal2 yang dianggap peribadi itu jika buku2 panduan untuk semua itu tidak diterbitkan?Bagaimana solat jemaah hendak didirikan jika kerajaan tidak memberi peruntukan untuk membina masjid dan tempat ibadat?
8.Sesungguhnya penglibatan kerajaan dalam urusan agama sangat penting kerana jika tidak maka masyarakat akan menjadi jahil dan buta. Informasi dan pengetahuan tentang agama tidak dapat disampaikan, ilmu2 agama tidak dapat diajar dan pelaksanaan Islam dalam peringkat yang lebih tinggi seperti zakat harta,baitulmal dan undang-undang pasti tidak dapat dilaksanakan. Maka di sinilah peranan pemerintah sangat penting dalam melaksanakan ajaran agama.
9. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa seseorang yang tidak bersolat dan tidak berpuasa tidak perlu dihukum kerana perkara itu adalah antara urusan dia dan Tuhan. Berkenaan perihal solat maka public matter itu akan difokuskan kepada tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak2 supaya bersolat dan ini sendiri dipesan oleh baginda ar-rasul. Jika tidak berpuasa itu dan meninggalkan solat jumaat misalnya dengan menunjuk2 di tempat awam maka sewajarnya mereka diberi peringatan dan hukuman kerana perkara itu bukan sahaja mencemarkan imej Islam tetapi memberi pandangan yang negatif tentang agama.Jika perkara2 jahat dan maksiat disebarluas kepada umum maka apakah akan jadi kepada sesebuah masyarakat itu sekiranya kerajaan tidak dibenarkan campurtangan?
10. Saya bercakap dari segi konteks agama Islam kerana saya juga seorang yang beragama Islam dan lebih daripada itu kerana negara kita merupakan sebuah negara Islam. Jika hendak dilihat lebih meluas tentang perkara ini, kerajaan atau pemerintah juga bertanggungjawab menjaga hak2 minoriti agama lain dan tidak boleh membiarkan hak2 tersebut dicabuli. Rasulullah sendiri pernah bersabda ''Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmi maka seolah-olah dia menyakiti aku''. Nah di sinilah terletaknya fungsi pemerintah untuk memastikan tidak ada sesiapa yang ditindas atau dihina mahupun didiskriminasi atas sebab perbezaan agama. Bahkan penganut bukan Islam juga perlu dipelihara keselamatan untuk mereka beribadat dan sesiapa sahaja individu yang cuba untuk menganggu dan memprovokasi hak2 minoriti agama lain perlu sahaja dihukum sebagaimana jika hak agama Islam diganggu dan diprovokasi.
11.Jika ada yang ditahan di bawah akta hasutan kerana menghina agama Islam maka sesiapa yang menghina dan memprovokasi agama lain juga harus ditahan di bawah akta tersebut. Bukankah Allah suka kepada keadilan dan mengingatkan manusia ''Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum membuat kamu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada kaum tersebut.''
12. Agama adalah sesuatu perkara yang penting dan bukanlah menjadi sub-factor bahkan ia menjadi core factor kepada sesuatu perkara. Dan soal samada ia adalah private atau public matter akan terus menjadi satu endless mind argument kerana seluruh umat manusia tidak mempunyai satu cara berfikir.Apa yang penting adalah kepercayaan dan pendirian teguh akan sesuatu hal yang kita percaya bahawa itu benar dan sekali lagi, menghormati pandangan dan pemikira orang lain sangat penting kerana perbezaan itu tidak bererti perlunya permusuhan yang melampaui batas.

4 comments:

  1. seronok bila bce n post mcm ni ble nak dekat2 bln ramadhan.
    sbg muhasabah diri.

    ReplyDelete
  2. agama adalah urusan umum & ursan pribadi..d'mana owg d'skllng or owg t'dkt wjr dan hros mngor mreka (owg islam) yg m'abaikn sruhan agama islam..wlpn sbg sowg shbt..kta hros sling mngingtkn...e2 adlh yg t'baek..
    urusan pribadi d'mna owg e2 sndri b'tnggngjwb mnunaikn sruhan agama n mngglkn lrngn agama..xp'lu bgga jka m'bt maksiat coz ini mnjthkan mruah agama islam e2 sndri..

    ReplyDelete
  3. pernah seorang bapa muslim datang ke sekolah marah2, kerana katanya sekolah memaksa anaknya mengambil Pendidikan agama islam dalam PMR .. sedangkan beliau merasakan tidak perlu anaknya belajar agama islam...

    ada pula yang datang marah2, kerana anaknya yang bersekolah di sesi petang dipaksa solat oleh guru (solat zohor dan asar memang wajib berjemaah di sekolah cikgu bagi pelajar sesi petang)

    adoi... cikgu pun pening ngan kerenah mak bapak sekarang

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)