Monday, August 17, 2009

MEMBAZIR

1. Sebelum menceburi bidang politik perkara pertama yang anda perlu ada: telinga yang pekak.

2. Ini kerana anda perlu mengabaikan beberapa kritik dan komen yang tidak mempunyai sebarang unsur2 membina tetapi lebih kepada serangan untuk menghancurkan impian anda.

3. Selama setahun menjadi blogger saya dah berjumpa dengan ramai manusia sebegini dan anda pasti masih ingat dengan nama tracy.Sebolehnya saya tidak mahu membalas melalui ruang komentar kerana ia adalah hak eksklusif para pembaca blog jadi saya membuat keputusan untuk membuat satu entri mengenai satu komen yang diberikan oleh blogger Dollah.

4. Anda pasti terkejut apabila komentar beliau tidak ada kena mengena dengan entri blog lepas. Tapi ia adalah rentetan 'peperangan' yang terjadi di blog mayakhairy.blogspot.com. Pemilik blog tersebut begitu kritis dalam menunjukkan perihal sebenar seorang manusia bernama Khairy Jamaluddin.Malangnya beliau sendiri teruk dihentam oleh beberapa penyokong pro-Khairy termasuklah salah seorang penyokong tersebut adalah saudara Dollah yang turut meninggalkan komen di entri blog saya yang lepas.

5. Saya tidak bertujuan untuk menjadikan blog saya medan perbalahan dan pertikaman lidah yang tidak intelektual ie bodoh. Adakah perlu medan blog ini dijadikan tempat untuk bertikam lidah tentang perkara yang tidak membina langsung?Kalau begitu ia akan menjadi satu pembaziran dan saya sendiri terfikir bahawa entri ini juga merupakan satu pembaziran untuk 'menjawab' kritikan penyokong Khairy Jamaluddin ini.

6.UMNO sudah karam.Satu kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh orang yang tegar mempertahankan saudara Ketua Pemuda UMNO. Mungkin ia tidak disebarkan oleh media tetapi jika anda melihat perkembangan internet dan cerita dari mulut ke mulut maka anda akan dapati ada dua perselisihan yakni satu pasukan yang menyokong Khairy dan satu pasukan yang menentang Khairy. Kenapa ada yang menentang secara terbuka?Jawapan mudah: Ingatlah kembali bagaimana saudara ketua pemuda ini menang jawatan ketua pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

7.Mungkin ada yang sinis mengatakan bahawa bukan Khairy seorang yang rasuah. Tetapi adalah satu yang memalukan apabila terang-terangan anda didapati bersalah dan masih juga hendak bertanding, tidak mahu menarik diri. Jawatan adalah lebih penting daripada maruah diri sendiri dan kalau ada sesiapa yang meminta bukti maka saya fikir anda perlu bertanya kepada Lembaga Disiplin UMNO tentang hal ini. Malah saudara Khairy tidak menafikan keputusan lembaga disiplin tersebut.Jika ada beliau membuat statement yang menafikan keputusan tersebut(bukan tuduhan/dakwaan) maka dengan senang hati saya ingin baca.

8. Saudara Dollah bukan orang yang pertama yang memandang saya sebagai orang yang tak cukup umur untuk mengundi. Ya mungkin betul untuk masa sekarang tetapi tidak untuk pilihanraya akan datang kerana jika pilihanraya yang lepas adalah pada tahun 2008 maka ada kita ambil tahun 2012 sebagai pilihanraya umum yang akan datang.

9. Umur untuk mengundi adalah 21 tahun. Pada tahun 2012 saya sudah berumur 22 tahun dan melepasi had kelayakan untuk mengundi.Bukan saya sahaja tetapi juga junior-junior saya yang berada di part1 asasi undang-undang.Andaikan mereka-mereka yang sebaya saya adalah sekitar 2000 orang dan junior saya pula sekitar 2000 orang juga( yang pasti angka sebenar adalah lebih tinggi) maka semua sekali ada 4000 pengundi baru di Malaysia dan sudah tentu satu undi pun dapat mengubah kerajaan di negara ini.

10. Bayangkan jika sikap kepimpinan UMNO mempunyai perangai sebegini yang tidak melihat jangka masa panjang dan yang terperangkap dengan keadaan sekarang.Janganlah terlalu sombong mengatakan undi 4000 orang itu tidak bermakna kerana jika betul tidak bermakna kemudian tak perlulah nak berkempen sana-sini meminta pengundi yang masih 'freshie' ini untuk mengundi parti anda.Biarkan kami tidak mengundi atau membuat undi rosak ataupun biarkan kami mengundi parti lain kalau benar undi 4000 orang ini tidak bermakna.

11. Dan sudah tentu 4000 orang ini tidak semuanya terliur dengan duit 5 ribu setiap seorang untuk dijadikan 'tiket' kami ke neraka. Tidak semua benda boleh dibeli dengan wang; hanya orang yang sanggup menggadai maruah sahaja yang sanggup memberi dan menerima rasuah.

12.Kalau karam kena balik ke pelabuhan.Ganti apa yang rosak.Kalau kerosakan itu disebabkan oleh orang yang menaiki kapal itu sendiri maka orang itu harus dibuang dari menaiki kembali kapal tersebut.

13.Dan sudah tentu saya tidak mabuk ketika menulis entri ini kerana baru sahaja habis solat Zuhur.

14. Pembaziran?Banyak sekali dalam entri kali ini.

4 comments:

  1. . "Dan sudah tentu 4000 orang ini tidak semuanya terliur dengan duit 5 ribu setiap seorang untuk dijadikan 'tiket' kami ke neraka. Tidak semua benda boleh dibeli dengan wang; hanya orang yang sanggup menggadai maruah sahaja yang sanggup memberi dan menerima rasuah."

    ~haha, x kenal siapa saudara Dollah, but setuju dgn Z..~

    ReplyDelete
  2. Salam Zharif...

    Hidup Zharif..perjuangan yg belum selesai dan akan bermula tak lama lagi kan..akak suka pandangan zharif tu..begitu sharp dan bernas..

    Mmg sepatutnya lebih ramai anak2 muda spt Zharif lahir kat dunia nie...

    Syabas dik..

    ReplyDelete
  3. nasib baik cikgu dilahirkan perempuan...so, adalah alasan untuk tidak menyukai politik...
    tapi...
    sebenarnya tidak patut cikgu begitu kan...

    bagai mana pun,
    bila di pikir2...
    penjajah dulu mengaut hasil negara kita untuk dibawa ke negaranya, kalau dinilai sikap mereka ini, mereka masih lagi terhormat, kerana semangat cintakan negaranya...

    tapi

    kita sekarang dijajah oleh bangsa kita sendiri..yang mengaut hasil negara untuk poketnya dan kaum kerabatnya... alangkah hinanya mereka

    lagi satu

    ada kalangan kita ni sering memperlekehkan orang lain, sehinggakan anak2 masing2 pun berperangai begitu di sekolah...

    zharif...
    seperti yang saya sebutkan...
    we know who is wiser and who is dumber..
    just by hearing them talking...

    ReplyDelete
  4. too much negative connotations are associated with the very entity of politics;

    some say it's inevitable,this charade of mindless feud and quarrel over the matter of opinions.

    but its all just a case of chauvinism,self indulgent and egoistic claim of homosapiens who places minor critic over it's groups' opinions as threats.

    A code of ethics needs to be set out between parties, yet alone bloggers in the matter of expressing one's opinion may it be individualistic nor representing the group as a whole.

    Ok ak xtaw ap yg ak baru tulis.gudday.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)