Sunday, August 2, 2009

BERBALOIKAH?


1. Rakyat berhimpun sekali lagi. Bersuara menggunakan jalan dan lokasi awam. Tahniah kerana telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia yang lain terperangkap dalam kesesakan jalan raya pada hari minggu dan berjaya membantutkan niat mereka2 yang ingin membeli-belah di pasaraya Sogo dan Kompleks Pertama.Tahniah kerana telah menyebabkan keluarga yang hendak bercuti bersama di sekitar Kuala Lumpur terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menghabiskan masa bersama ayah dan ibu tercinta. Kudos juga diberikan kerana telah memberi idea untuk pelancong-pelancong asing memberi pandangan mereka tentang Malaysia kepada negara asal.
2.Berbaloikah?
3. Bagi aku demonstrasi jalanan merupakan satu cara 'provokasi' untuk polis melepaskan gas pemedih mata dan bertindak keras. Akhirnya ini dimanipulasikan sebaiknya oleh pihak pembangkang dengan mengatakan tindakan polis menzalimi rakyat. Adalah jugak akhirnya bahan untuk pembangkang gunakan sewaktu pilihanraya kecil di Permatang Pasir nanti. Satu tindakan yang bijak setelah ketandusan idea untuk membawa isu baru.PPSMI telah dijawab oleh kerajaan. Jadi tinggal ISA sahajalah yang boleh dijadikan isu.
4.Apa tujuan demonstrasi ini?Sekali lagi apa tujuannya? Mengisi masa hujung minggu?Mungkin. Atau mungkin mereka tidak sabar menunggu dengan lebih lama akan jawapan kerajaan mengenai isu ini.Sedangkan akta ISA ini akan dibahaskan di Parlimen untuk digubal dan dipinda kelak. Sekali lagi saya tanya: Apa tujuan demonstrasi jalanan ini?
5. Secara pandangan umum ISA ini ditentang kerana satu; motif politik.Dari kacamata aliran pembangkang ISA ini dilihat menzalimi pemimpin2 mereka dan menyekat kebebasan mereka dalam negara demokrasi. Itu sahaja, politik. Bukannya soal tempoh penahanan perlu dikurangkan ke, tempat tahanan perlu dipindah ke tidak sama sekali. Ia kerana politik.Itu sahaja.
6.Berulang kali saya tegaskan ISA hanya perlu digunakan sebagai 'reservation action' dan hanya digunakan untuk menahan pengganas sahaja, bukannya untuk menahan aktivis politik atau pihak lain. Jika mereka yang cuba menganggu keharmonian kaum dan kestabilan negara maka bicarakan mengikut prosedur mahkamah dengan menggunakan prosedur jenayah(criminal procedure).Juga perlu ada 'clear distinction' apakah perbuatan yang boleh disabitkan dengan Akta Hasutan(Sedition Act).Apakah ISA digunapakai bersama akta ini? Perlu ada penjelasan yang terang mengenai penggunaan ISA itu sendiri. Tapi anehnya mengapa kita lebih suka berdemonstrasi di jalanan untuk menunjukkan kita tidak setuju dengan cara penggunaan ISA ini? Mengapa tidak boleh hanya berhimpun di satu dewan atau tempat besar dan menyerahkan memorandum kepada PM atau TPM dengan aman? Mestikah kia berdemonstrasi untuk mencapai tujuan yang diinginkan?Apakah sudah tidak ada jalan lain untuk memberikan pendapat dan pandangan kepada kerajaan?Mengapa tidak menggunakan pungutan suara secara aman?Apa perlu sampai ada situasi seperti dalam gambar tersebut?
7. ISA masih relevan.Itu pendirian aku.Tetapi ia tidak boleh dieksploitasi untuk kepentingan politik. ISA hanya perlu untuk menghalang ancaman pengganas, ancaman subservif, ancaman yang akan menumpahkan darah masyarakat awam.ISA hanya bertindak ketika negara diancam dengan pihak bersenjata yang bertujuan untuk mengancam keselamatan rakyat negara.
8. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah menyokong agar ISA ini dimansuhkan. Tapi jangan lupa bahawa beliau adalah bekas Perdana Menteri yang ketika memegang jawatan selama 2 penggal mempunyai kuasa penuh untuk memansuhkan akta tersebut.tetapi mengapa beliau tidak gunakan kuasa sebagai pemimpin untuk memansuhkan akta tersebut?Mengapa selepas bersara baru nak bersuara perkara ini?Di bawah pentadbiran siapakah blogger ditahan dalam ISA?Saya menyatakan pandangan peribadi yang ikhlas; ketika pentadbiran Tun Abdullah rakyat diancam dan ditakutkan dengan penggunaan ISA jika menentang kerajaan. Tak kira samada anda blogger, aktivis politik atau sesiapa pun jika didapati mengeluarkan sentimen berbaur hasutan dan menentang kerajaan maka ISA lah jawapannya.Selama dua penggal pentadbiran berapa ramai yang telah ditahan ISA?Silalah klik wikipedia mengenai ISA dan anda boleh mengira sendiri berapa yang telah ditahan selama dua penggal pentadbiran beliau.
9. Jika saya salah, maka keputusan pilihanraya 2008 akan membetulkan saya. Rakyat tidak puas hati dengan ancaman sebegini lantas menterjemahkannya ke dalam kertas undi. Apa yang kerajaan dapat? Menang dengan majoriti mudah; bukan 2/3.
10.Mereka menyangka demonstrasi memansuhkan PPSMI berjaya lantas menggunakan kaedah yang sama untuk memansuhkan ISA.Tetapi demonstrasi bukanlah jalan yang bijak untuk menyuarakan sesuatu.Ia sekadar satu bentuk provokasi supaya polis bertindak keras dan dimanipulasikan sebagai menzalimi rakyat dan tidak lain hanyalah satu cerita baru yang akan digunakan untuk kempen politik akan datang.
11.Sekali lagi, berbaloikah?

14 comments:

  1. xb'bloi..!
    dmonstrasi yg d'adakn hnya m'brkn ksn ngtf kpd rkyt..
    sptotnya kta b'pkrn lbh t'bka & m'mkrkn apkh k'gnaan @ k'pntngn ISA..
    ISA hnya untk mnhn pnggns (mcm z ckp) d'smping m'mstkn k'amnn ngra t'jmn..

    ReplyDelete
  2. amazed wif ur words lar zharif!!
    suke btul bce prkara2 yg mcm nie..
    blh tmbh pngtahuan..org nie kura2.
    ade sikit lmbt..hehehe..
    teruskn!!

    ReplyDelete
  3. tq sbb byk benda akak tau pas baca entry kamu ni...
    bagus2...sila update lagi k...
    thnks!

    ReplyDelete
  4. salam...

    hmmm...smlm nina memang xsempat nak follow this issue...but

    whether it is relevant or not...

    hmm...If we are saying that ISA irrelevant, nina bley cakap sebab ISA is being abused...
    thats the problem in our country, ISA is misused...

    tapi kalo ISA is relevant, if and only if the ISA is not being misused....
    kalo the original main purpose of ISA is maintained without interfering from others especially by political party, hmm...i should say it is relevant....

    =]

    ReplyDelete
  5. Dia org ni xde keje lain ke?

    cuba cuti-cuti ni blk kg ke? p jenguk dusun ke, p bawak anak bini piknik ke atau p library..tak pun layan blog ni kan !
    pe la asik nk menyusahkan org lain..

    ReplyDelete
  6. well maybe it is worth it for the opposition to show that government is not that effective in handling this issue..

    but such idiotic of those people, just because want to become jaguh kampung they sacrificed others earning..well human is ignorance..

    ReplyDelete
  7. ISA tidak perlu dimansuhkan tetapi perlu dipinda supaya lebih effective dan mampu menjamin kestabilan dan keselamatan negara. Tindakan pembangkang mewujudkan isu provokasi ini memang satu agenda hitam bagi menjatuhkan kerajaan.

    Tengoklah tindakan BIADAP dan LIAR fanatik pihak pembangkang yang betindak membabi buta, menyusahkan orang awam dan pihak keselamatan.
    Malahan polis dipersalahkan kerana cuba menyuraikan perhimpunan. Memang tak berbaloi dan tindakan tanpa akal daripada pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  8. salam. sy melihat kebanyakan post saudara membuktikan bahawa saudara merupakan seorg yg sgt pro-kerajaan. (hanya mengikut pandangan sy. maaf jika tersilap.)

    sy melihat isu ISA ini sebagai isu yg sgt2 besar berbanding dgn isu PPSMI kerana ISA ini lebih bersifat politik. bg sy, kita perlu melihat dr pelbagai sudut dan segi sebelum kita menghukum samada ISA ini wajar atau tidak wajar untuk diteruskan.
    dan pendapat serta pegangan sy, ia tidak wajar diteruskan dlm erti kata lain, dimansuhkan. kerana kita melihat ISA sebagai suatu akta dimana kuasa penuh diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menangkap sesiapa sahaja yg dilihat boleh mengancam keselamatan negara tanpa perlu merujuk kepada mahkamah.

    sebab asbab mengapa ISA ini perlu untuk kita mansuhkan, apabila kita melihat sepatutnya kuasa menghukum sesiapa perlu kita letakkan pada mahkamah dimana segala perbicaraan akan dilakukan disitu. kerana memnadang dr perspektif Islam pula, telah digariskan setiap kesalahan itu perlu kepada perbicaraan yg adil. maknanya, apabila kita membawa title sebuah negara Islam, kita perlu meneliti adakah tindakan mengekalkan ISA ini tidak menentang apa yg digariskan agama? jgn hanya melihat dr sudut politik kerana politik tika ini bukan suatu yg bersih dan boleh kita dibanggakan lg. berkaitan isu perhimpunan ISA yg dikatakan haram oleh sesetengah pihak, bg sy ia memberikan kesan kepada tindakan kerajaan untuk memansuhkan ISA. lagi pula kebanyakan tahanan ISA terdiri dr ahli2 politik pembangkang. tentu isu ini diketengahkan mereka bagi mendapat equality dr segi hak memberi pendapat.

    lihat saja isu PPSMI, jika tiada asakan dan demonstrasi pembangkang, mungkin smpai bila2 ia tidak akan dimansuhkan. kita muhasabah kemabali, jika kerajaan kita ini bersih dan suci, tidak akan ada satupun pertikaian dr pihak pembangkang dan mungkin tidak wujud istilah pembangkang itu sendiri.

    cara apa lagi yg kerajaan mahukan? kalau isu Tuan Guru Nik Aziz menjemput melakukan perdebatan terbuka pun sudah ditolak, nk berbincang atas meja bagaimana? maknanya, kedegilan dan keegooan kerajaan yg menimbulkan isu tidak puas hati dan sebagainya.wallahualam.

    ReplyDelete
  9. semua orang merasa idea dan prinsipnya perlu diwajarkan...
    ada kala, ketidak puasan hati berlaku disebabkan kurang faham... ada kala disebabkan tiada respons...
    dalam apa cara pun...
    perlu hikmah dalam tindakan...

    yang memerintah juga
    perlu memuhasabah diri...
    kenapa, mengapa dan di mana silapnya
    jangan hanya
    mengharap orang faham dan akur sahaja...

    yang tidak puas hati pun
    perlu benar dalam tindakan...
    bijak dalam urusan...

    ReplyDelete
  10. Salam...ne,ada yg xfaham sikit ne..
    anggota mana yg paling ramai terlibat dalam 'PARTY' ne?
    1)pelajar2 IPT?
    atau
    2)kaum BUMIPUTERA?

    Betulkah mereka yang terlibat ini adalah dalam kalangan mereka 'lembu yg dicucuk hidung'?

    apa pendapat Z?

    ReplyDelete
  11. rda- ISA wajar untuk mengekang tindakan keganasan atau subversif.Akta ISA tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bahkan saya sendiri menentang ISA kerana ia dimanipulasi untuk kepentingan politik tetapi jika ISA digunakan untuk menghalang dan menahan pengganas maka ia adalah wajar

    abd qayum-rata-rata adalah kumpulan penyokong atau ahli parti pembangkang.Mereka ni terlalu fanatik dan ingin membuktikan sokongan mereka terhadap parti.

    ReplyDelete
  12. sokong ISA diteruskan...cuba byangkan negara kita tanpa ISA? senang2 je kena jajah balik...betul tak?

    ReplyDelete
  13. z, betul apa yg z ckp.
    ISA untuk mengekang keganasan. tp bagaimana pula dgn keadilan. keganasan bukan baru sahaja wujud di atas muka bumi ini. sudah lama, kita lihat sejarah sudah cukup membuktikan.bagaimana hitler dlm sejarah keganasannya. tp, apa jua jenayah yg dilakukan, walau membunuh pemimpin sekalipun, tetap memerlukan perbicaraan. niat tetap tidak menghalalkan cara. walaupun, ISA dikatakan untuk menghalang pengganas, tp apabila caranya bertentangan dgn kehendak agama, ia tetap tidak wajar.

    seterusnya, subversif yg bagaimana yg diukur? perlu dititikberatkan. jika berlaku ketidakadilan dalam memberi ukuran, maaknanya ia tidak wajar kita teruskan. kenapa setakat ini, kebanyakan tahanan ISA yg kita dengar dr gol. pembangkang? kerana mereka merasakan tiada keadilan yg dibawakan. melihat penyampaian media sahaja sudah cukup membuktikan bagaimana arus perdana dimonopoli kerajaan 90%. sbb tu pembangkang menggunakan langkah lain seperti blog untuk mengkritik kerajaan bagi membuka minda rakyat. tp apa yg kita lihat setiap statement yg dibawakan oleh pembangkang dikatakan fitnah lansung ditahan ISA. itu ketidakadilan yg paling jelas yg kita nmpk. sedangkan kerajaan bebas berkata buruk berkenaan pembangkang melalui media. wallaualam.

    ReplyDelete
  14. berbaloi?tya yg pg tuh.
    xpe la hikmah jugak deorg buang masa wat tu at list polis o fru ade sket keje serta dpt apply ape yg deorg belajar kalo tak asik tgk negara luar je bergolak mcm tuh.tahniah la wat pihak yg wat tu.serampang bermata2.tahniah juga kpd yg pg kerna mostly malay.n islam.mebi bg deorg islam ade mangajar deorg utk demonstrasi.pasni bole la bdak2 ipta/s bole wat gak kalo tak puas ati ngn hal ehwal pelajar..bravo la deorg ni..kip up a gud wok!..penat2 demonstrasi kalo kene h1n1 baru taw..adoi.
    wat la byk lagi!tahniah.huih

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)