1. Salah satu perkara yang paling aku suka ketika berada di semester ketiga ini ialah apabila melihat Miss Izzati tersenyum(jangan salah faham. Dia lecturer saya =p). Aku pula tercegat saat menunggu jawapan beliau yang berakhir dengan persetujuan menggantikan tempat aku sebagai speaker of house untuk debate hari selasa.
2.Ahad di Johor, Isnin di Kedah,Selasa di Kuala Lumpur dan Rabu di Kedah kembali. Jika anda tidak percaya dengan perkara yang bakal aku lakukan ini sila jangan baca lanjutan blog ini.
3. Ketika aku menulis blog ini aku sudah berada di Johor Bahru, malam pertama Ramadhan Al-Mubarak. Satu perkara yang paling aku suka ialah berbuka beramai-ramai terutama bersama keluarga dan aku rasa semester ni paling kerap aku balik. Salah satu sebab berikutnya ialah senang untuk aku bangun sahur sebab mak aku boleh kejutkan haha.Nak harapkan aku bangun sendiri memang x dapatla.
4. Pagi tadi aku berada di Kuala Lumpur, mesyuarat sejam bersama En.Ram di pejabat Global Peace yang terletak di bangunan Yayasan AlBukhary berdekatan Masjid Negara. Sepatutnya mula 12 tengahari tapi delay kepada 12.30 sebab En.Ram baru habis bermesyuarat dengan Tun Mahathir. Hari ni juga aku berkenalan dengan hi committee global peace yang lain dan mereka semua sangat supportive untuk menubuhkan Perdana Global Peace Youth. Berita baik kepada semua ahli PGPYO yang akan menghadiri conference of war hujung oktober ini: special seats akan disediakan kepada ahli PGPYO dan En.Ram akan cuba sediakan informal gathering with Datuk Mukhriz. Conference ini sangat penting kerana dua hari yang terakhir akan menyaksikan tribunal of war, mahkamah untuk membicarakan jenayah perang dan aku sendiri tak tahu macammana nak describe benda tu.Yang penting ia sangat berguna kepada student2 law. Berita baik kedua: Cuti semester nanti aku tidak akan lagi memegang status jobless kerana akan bekerja di Pejabat Perdana Global Peace sebaik sahaja tamat final exam nanti.
5.Bila dah sibuk dengan Global Peace maka minat aku terhadap dunia perdebatan terpaksa dihentikan buat seketika, tak dapat nak join apa2 pertandingan debat dalam waktu terdekat ni sebab fokus aku 200% untuk PGPYO. Dan kenapa aku kena balik ke Kedah hari Isnin adalah sebab assignment debate BEL 332. Lepas2 habis je debate aku kena balik semula ke Kuala Lumpur.
6. Hari Selasa pukul 10 malam di rancangan Bernama TV, ringan2kanlah diri anda untuk menghadap tv yek. Sebabnya aku dapat interview dalam talkshow berkenaan tajuk ''youth and NGO''. Something regarding with volunteerism and PGPYO of course. Alhamdulilah, satu demi satu pintu rezeki dibuka untuk mendapatkan sokongan demi menjayakan PGPYO. Kalau niat kita lurus dan betul pasti Tuhan akan tolong.Dan inilah salah satu buktinya.
7.Tak percaya? Anda harus percaya kerana anda telah membaca entri ini..dan terima kasih kerana telah mempercayai penulis blog ini!
gudluck bro...
ReplyDeletehappy ramadhan :))
ReplyDeletebila bernama tv tu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ramadhan,Z
nie yg nina kejelousan teramat nie...
z dpt sahur ngn family...=[
nyway gud luck 4 ur busy week...=]
Kenapa saya ketinggalan updates tentang anda? Hiba rasanye.. pada masa yang sama, berbangga dengan percapaian anda. Teruskan usaha! :) Selamat berpuase Zack!
ReplyDeleteBtw, if you need me to help you, text me taw! Jgn buat keje sorang2 =D
wah..Syukur..
ReplyDeleteSemoga byk lagi peluang2 dibuka oleh Allah swt terutama dalam bulan puasa nih..
bestnya dapat terus keje..xmembazir masa..z sangat bertuah..
Hani ucapkan selamat berjaya..^^
berbangga membaca entri ini
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan
selamat beribadah...
salam ramadhan..bznye bln puase ni..
ReplyDeletenyway gud luck ngn apa yg z sdg ushakn..salah stu ibadah jgk..moga mndpt k'brktn dri Allah..rgi jgk coz xdpt tgk bernama tv..
GAMBATE!!!
Alhamdulillah...
ReplyDeletebersusah dahulu bersenang kemudian.. :D
salam ramadhan.