Friday, August 28, 2009

ARAK VERSI MALAYSIA 2009

1. Bulan Ramadhan bererti bulan yang sangat panas. Rasanya erti bulan ini tidak terletak pada makna keadaan alam tetapi juga keadaan semasa yang melanda negara Malaysia. Kita menyambut bulan Ramadhan dengan satu isu yang dekat dengan umat Islam; arak.

2. Exco Selangor dari parti PAS Dr Hassan mencadangkan supaya pegawai masjid diberi kuasa untuk menahan orang Islam yang meminum arak.Tapi itu tidak menarik perhatian saya kerana saya lebih suka melihat respons 'musuh dalam selimut' PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.

3.Samada betul atau tidak kenyataan yang dikeluarkan saya serahkan pada pembaca untuk membuat penilaian masing-masing sebab hingga ke hari ini tuan empunya badan yang memberi komen Teng Chang Kim iaitu adun DAP Sungai Pinang tidak pula membuat saman ke atas akhbar NST berikutan kenyataan yang beliau keluarkan berbunyi seperti ini '' Pas is arrogant and snobbish by suggesting fundamentalist values just like what they did in Terengganu between 1999 and 2004 which eventually led them to lose the state''

4. Apa masalahnya dengan fundamentalist values?Bukankah ini soal urusan akidah umat Islam dan bukankah arak telah menjadi kunci segala kejahatan?Jika kunci ini diberikan berleluasa maka akan rosaklah umat Islam keseluruhannya. Memang individu diberi hak untuk pandai menjaga diri dan tahu mana yang baik atau buruk tetapi dalam undang2 ada yang disebut Paternalism of morality di mana tanggungjawab kerajaan dalam membendung perkara2 yang merosakkan moral.Jika semua individu Muslim bertindak meminum arak maka apa yang akan terjadi kepada masyarakat Islam di negara ini?

5.Kekalahan PAS di Terengganu tidak boleh diukur dengan alasan fundamentalist values semata.Kalau begitu kenapa Kelantan yang juga mengamalkan fundamentalist values boleh diperintah PAS selama 19 tahun dan masyarakat bukan Melayu boleh menerima perkara ini?


Kartika

1.Undang-undang Islam didirikan atas dasar adil dan belas kasihan. Telah banyak tercatat dalam sejarah Islam bagaimana pemimpin2 Islam khasnya Khulafa Ar-Rasyidin dengan teliti menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Pernah terjadi satu peristiwa di mana Saidina Umar Al-Khattab membebaskan seseorang lelaki yang mencuri unta majikannya kerana majikan tersbeut tidak membayar gajinya dan juga peristiwa Saidina Ali menyerahkan kembali perisainya yang telah menjadi hakmilik seseorang lelaki Yahudi.

2. Dalam Islam hukuman bagi seseorang yang minum arak adalah sebatan sebanyak 40 kali(jika salah sila betulkan).Dan hukuman tersebut hendaklah dijalankan di hadapan sekumpulan orang beriman supaya dijadikan pengajaran.

3.Saya tidak tahu kenapa isu saudari Kartika dan hukuman ke atas beliau perlu disensasikan hingga hukum agama dijadikan bahan laris akhbar di pasaran. Timbul ulasan pelbagai pihak yang meminta supaya beliau merayu dan hukuman dikurangkan. Menurut saya kalau tuan punya badan dah setuju buat sahajalah sebab ia atas kerelaan sendiri tanpa paksaan. Lagipun hukuman sebat dalam Islam tidak seburuk yang dibayangkan apatah lagi Islam menggariskan adab2 dan syarat2 untuk melaksanakan hukuman. Ini pernaha saya kupas dalam dua entri blog yang lepas khusus membicarakan soal hukum hudud.

4.Dan yang pasti bukan Kartika sahaja orang Islam yang meneguk arak di Malaysia ini. Cuma yang berbeza mereka di luar sana belum lagi ditangkap dan nama mereka tidak dikenali. Hukuman dalam Islam adalah bukan untuk mendera dan menzalimi tetapi memberi pengajaran dan peringatan kepada pesalah serta umat Islam seluruhnya.

3 comments:

  1. di Malaysia ini segala isu menjadi sensitif...
    kerana masing2 merasa ilmu di dada lebih hebat dari orang lain...
    kalau si kafir yang menempelak memanglah amat kita faham,
    tapi kalau yang mengaku muslim pun seia sekata dengan golongan yang buta islam ini, tak taula nak kata apa...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Saya lebih suka melihat kenyataan musuh dalam selimut Islam yang terbesar iaitu UMNO.

    Dengan mempermainkan slogan Takbir kepada Take Beer, dan kini hasut orang Melayu di sek 23 sehingga mengarak kepala lembu..

    Pelik bila para pemimpin umno cabar selangor kuatkuasakan arak, dan buat kenyataan PR halakan arak sedangkan ini adalah warisan pemerintahan mereka,malah negeri yang masih mereka perintah arak begitu berleluasa.

    Tak PELIK bila DAP bukan islam tak faham isu fandemental atau akidah, tetapi yang membingbangkan bila umno yang mengaku islam buat halangan.

    ReplyDelete
  3. kenapa umno? ???
    pekak buta atau bisu mereka ni????

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)