1. Ketika negara masih hangat dengan cerita politik(memang sentiasa hangat pun) aku klik ke yahoo Malaysia dan terpampang isu utama mengenai hasrat kerajaan Malaysia untuk buat penapisan internet(internet filter).
2.Ada suara pro dan cons.Itu normal.Isaac Newton sendiri pernah berkata ''untuk setiap perkara yang berlaku akan ada daya yang menolak dan menyokong''. Yang menjadi isu utama di sini adalah keperluan untuk menapis internet dan apakah perkara-perkara yang tersenarai untuk ditapis.
3.Pendirian aku di sini sangat jelas: Malaysia memerlukan penapisan bahan-bahan kandungan di internet.Di sini letaknya kebijaksanaan untuk menapis:
A) Penapisan bahan-bahan internet berunsur pornografi SAHAJA.
- Kita sepatutnya lebih awal melaksanakan perkara ini. Semua orang tahu laman web apa yang mempromosikan pornografi dan seks songsang. Ini perlu diberi perhatian.Ada kemungkinan besar berleluasanya masalah seks bebas, rogol dan gay/lesbian adalah disebabkan dunia tanpa sempadan yang diamalkan ketika melayari internet. Tapis segala macam website2 yang mengandungi bahan lucah tanpa sebarang kompromi.Agak memalukan apabila negara bukan Islam(negara China) telah lama melaksanakan perkara ini.Kita sebagai sebuah negara Islam bila lagi nak buat?
-Jangan timbulkan isu negara Malaysia negara berbilang kaum dan tak sesuai jika pornografi ditapis.Isu pornografi berkaitan dengan isu moral secara umumnya dan ia tidak diterima oleh masyarakat di negara ini. Sepertimana yang pernah disebut oleh seorang timbalan menteri bukan Melayu apabila mengulas isu gay(jika tidak silap saya) beliau menegaskan budaya gay bukanlah budaya Malaysia dan tidak diterima umum. Begitu juga dengan pornografi. Kita tidak boleh menerima perkara ini menular kepada anak-anak yang masih kecil dan ibu-bapa pastinya lebih arif tentang hal ini.
B) KANDUNGAN ANTI-KERAJAAN
-Ini yang menjadi permasalahan utama jika penapisan internet dilaksanakan oleh kerajaan.Pendapat saya ringkas: Menulis blog dan laman web adalah hak kebebasan seseorang. Seseorang bebas memberi sebarang pendapat dan ekspresi tentang isu semasa dan politik. Kita memerlukan pendapat yang berbagai barulah hidup kita tidak hanya mempunyai satu dimensi. Kadang-kala apa yang disebut 'anti-kerajaan' adalah luahan perasaan dan masalah rakyat yang perlu diberi penekanan dan dipandang serius oleh kerajaan.Inilah yang dipanggil 'check and balance'. Kita mahu rakyat didahulukan maka dengarlah suara rakyat melalui media internet. Mana yang dianggap sebagai 'nonsense' atau hanya sekadar untuk menunjukkan kehebatan menggunakan kata-kata kesat maka tak perlulah dilayan. Ambillah perhatian terhadap mereka yang betul2 menyuarakan masalah dan kritikan membina kepada kerajaan.
-Tidak mustahil jika golongan 'anti-kerajaan' ini akan bertukar kepada menyokong kerajaan jika kerajaan prihatin dengan masalah yang mereka dihadapi. Kebanyakan yang 'anti' adalah kerana mereka menganggap suara mereka diabai dan tidak didengari tetapi jika kerajaan prihatin, ambil kira pendapat mereka,menyelesaikan masalah mereka sudah tentu mereka berasa lega dan puashati. Tidak semua yang 'anti' kerana hal politik tetapi ada juga kerana hal-hal sosial dan kebajikan. Jika kerajaan menapis suara mereka yang dipanggil 'dissent' ini dalam internet bertujuan untuk mengurangkan kumpulan dissent ini maka saya fikir itu tidak akan membantu. Kekerasan tidak banyak membantu. Memadam api dengan menggunakan api juga adalah perbuatan yang salah dan kurang bijak. Gunakan pendekatan 'zig-zag' maka akan dapat hasilnya.
C)MENYELURUH
-Penapisan ini mestilah menyeluruh.Janganlah hanya untuk kakitangan kerajaan atau untuk sesetengah kelompok masyarakat sahaja. Penapisan ini mesti meliputi seluruh lapisan masyarakat yang menggunakan internet samada secara dial-up, wireless(wifi), broadband, streamxy dan sebagainya.Pantau jika ada individu yang cuba untuk melanggar pelaksanaan ini.Barulah efektif dan yang paling penting juga penguatkuasaan. Gubal akta mengenai penapisan internet ini dan berikan hukuman berat kepada mereka yang menggunakan software2 untuk memintas masuk ke dalam penapisan internet ini.
Sekali lagi ditegaskan penapisan internet ini sangat-sangat diperlukan untuk menapis bahan-bahan pornografi, hubungan songsang dan segalam macam perkara yang meruntuhkan moral dan akhlak masyarakat. Bukannya penapis itu yang salah akan tetapi yang menggunakan penapis itulah yang menentukan penapis itu digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Jangan takut akan ancaman dari suara-suara barat kerana mereka sebenarnya malu jika budaya meruntuhkan akhlak ini tidak mendapat sambutan. Tercalarlah imej 'white men burden' mereka.
Salam...
ReplyDeleteFiltering the internet? why sekarang baru terfikir?
kenapa tidak sebelum ini?
then,
juz a simple question,
jika blogger juga dikekang, ditapis,
adakah kebebasan bersuara akan wujud?
atau adakah kerajaan lebih senang menangani demonstrasi jalanan?
salam.
ReplyDeletesy bersetuju dgn apa yg bakal diusahakan kerajaan. sbb perkara ini sepatutnya telah dilakukan sejak dulu lagi bagi menangkis masalah moral lebih2 lagi dikalangan anak muda. bg kebebasan bersuara pula, sy yakin kerajaan tidak bodoh dlm membuat keputusan. kerana internet terutama sekali laman blog merupakan wadah utama yg digunapakai oleh rakyat Malaysia untuk meluahkan pendapat mereka. jadi sudah pasti kerajaan kita memikirkan baik buruk dlm membuat sesuatu.
walaupun usaha ini sepatutnya wujud dr dulu, bagi sy tidak mengapa. berikan peluang pd kerajaan kita. semoga setiap apa yg dilakukan berdiri dgn keadilan bersamanya.
wallahualam.
biar lambat tidak mengapa...
ReplyDeletetapislah...jika boleh
terutama pornografi...
namun begitu....
manusia adalah makhluk yang kreatif
benda yang disekat itulah nanti yang akan berlambak di pasaran...
yang pentingnya ialah
penguatkuasaan...
salam...saya sokong dgn apa yg krjaan sdg ushakn..
ReplyDeletewlpn lmbt..at least ada usha untk lksankn..
pnpsn ptot d'bt t'utma pornografi..spya bdk2..t'utma bdk bwh umo mhupn rmaja xmdh t'jbk dgn p'kra2 ngtif..