Sunday, August 9, 2009

STPM


1. Lima kematian telah dicatatkan di Johor akibat selsema khinzir(perkataan yang lebih sopan) atau H1N1.Satu kematian dicatatkan di UiTM Segamat Johor akibat penyakit ini. Al-fatihah untuk Siti Aisyah Koestiadi, pelajar jurusan Ijazah perakaunan di UiTM Segamat.
2.Sejak UiTM diberi cuti seminggu aku dah mula terfikir akan satu hal iaitu kesan daripada cuti tersebut.Pelajar-pelajar akan balik dan kemudian akan terdedah dengan kelompok mereka2 yang mungkin telah diinfeksi dengan H1N1 ataupun ada pelajar2 yang pergi ke luar negara bercuti dan balik ke semula ke kampus dengan membawa penyakit tersebut.Justeru tindakan memberi cuti nampaknya tidak memberi sebarang kesan yang efektif sebaliknya lebih ramai yang disyaki menghidap penyakit ni(sehingga membawa kematian) sebaik sahaja kampus dibuka. Dengar cerita kat UiTM Kedah pun dah kena tapi kuarantin jela. Dan yang peliknya mostly kena adalah perempuan.Kenapa ek?
3. Keadaan semakin menekan. Semua orang sudah takut untuk keluar atau menjalani rutin harian. Tapi kalau sekadar takut tanpa mengambil sebarang tindakan pun tak guna juga. Nampaknya kerajaan kena lebih agresif untuk menangani masalah ni.
4. Salah satu caranya mungkin melarang rakyat Malaysia untuk pergi ke negara yang sudah diserang dengan H1N1.Ini untuk mengelakkan mereka yang sihat2 ni akan diinfeksi di negara-negara yang sudah diserang dengan penyakit ni.Mungkin juga sudah sampai masanya kerajaan mengawal pintu masuk ke negara memandangkan ada juga penyakit ini diimport dari luar.Johor misalnya dah 5 orang mati. Adakah ini disebabkan kemasukan rakyat Singapura ke Johor lalu menyebabkan penularan wabak ini?Itu tidak dapat dibuktikan dengan kukuh melainkan kerajaan mula mengambil perhatian yang lebih serius di pintu2 masuk ke negara ini.
5. Dan satu lagi persoalan yang timbul dalam fikiran aku ialah: kenapa Malaysia tidak mengambil langkah inisiatif untuk menemukan vaksin H1N1 ni? Tak silap aku Malaysia ada institut penyelidikan perubatan dan ramai je pakar2 perubatan domestik tetapi kenapa kita tidak berusaha mencari penawar bagi wabak ini?Mana tahu nanti perubatan di Malaysia berjaya menemukan vaksin tersebut dan sekaligus menjadi 'hero' kepada seluruh dunia. Tak bolehlah 'stop and stare' dan terus mencatatkan kematian demi kematian.Kumpulkan semua pakar2 yang ada di Malaysia dan mulakan usaha mencari vaksin, jangan harapkan pakar2 dari luar nak temukan dulu. Why don't us?Why we should rely on other countries?
6.Atau mungkin memberi topeng penutup mulut secara percuma?Kuarantinkan semua pelajar2 di kampus masing2?Bekukan cuti? Idea lain?
STPM: SWINE THREATEN PEOPLE OF MALAYSIA

6 comments:

  1. saya stuju dgn cdngn z..n ptotnye..mne2 bdk UiTM yg nk g overnite ke nk g b'cti ke..rsenye bt mse ni xpyh lg kot sb skang ni msim slsma bab 1..n owg d'luar sna pn bt mse ni xpyh la g b'cti or g ke luar ngara..kalu diowg ni kuar g tmpt laen...myb diaowg akn bwk blk wbk ni b'sma diaowg..
    ptotnye UiTm bg mask pcma untk studnt dia...bru la wbk ni dpt d'kurngkn..
    nape pmpuan yg slalu kne??..yeke??
    nnt nk siasat dlu..haha

    ReplyDelete
  2. salam...

    nina setuju part yang cuti tu...

    sebab whether kita sedar atau tak, lepas cuti je, tetibe je byk la, student yang sakit...

    tapi yang pasal ppuan yang selalu kena tue, mcm xjugak la...

    well, maybe sebab antibody diorg lemah, and yang kna kuarantin stakat nina tahu, bdak laki..
    huk3...sedey xckup mmber sekelas...

    ReplyDelete
  3. swine flu's vaccine has been found. here in australia and also in us if i am not mistaken. but i was told that they can't actually market it commercially until december. whichy is quite weird though. i mean people are dying but the can't commercialised the meds. perhaps they need more test though.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..
    mmg betul, takut gak benda2 nie merebak dgn cepat sgt..alangkah bagusnya klu Malaysia yg menemukan vaksin yg sesuai utk penyakit nie..maka mmg pakar la para pakar2 kita kat Malaysia nie kan ..
    =)

    salam kenal

    ReplyDelete
  5. hush Z ni bgs ah! uitm kuarantin je lah sume student suh balik. tanak bg blk kuarantin kat bilik tp doktor hensem ari2 dtg suap makan.hahaa.mcm lah nazak nk suap2 lak.

    okay sory zack main2.eheh

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)