Perkataan.
Word.
Kalimat.
Selain daripada menarik perhatian pembeli, banyak syarikat2 yang besar menggunakan perkataan-perkataan yang melambangkan kejiwaan yang besar. ''Nothing impossible'', ''Just do It'' adalah sebahagian daripada perkataan-perkataan tersebut.Tidak kurang juga para pemimpin menggunakan perkataan-perkataan yang menggetarkan jiwa yang memacu semangat para pengikutnya untuk turut serta dalam perjuangan dan bersedia untuk berjuang bersamanya.
Raja Leonidas dengan perkataan ''Never Retreat Never Surrender''
Winston Churchill dengan khutbah agungnya '' Never give up''
Marthin Luther King dengan empat perkataan keramat ''I have a dream''
Tun Mahathir pula menaikkan inspirasi rakyat Malaysia dengan mentaliti ''Malaysia Boleh''
Barack Obama meyakinkan bahawa beliau layak menjadi presiden dengan perkataan ''Change''.
Itu adalah sebahagian perkataan-perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu bersemangat, berfikiran dan berjiwa besar.Bukan sahaja memberi inspirasi kepada diri sendiri bahkan menyuntik semangat kepada orang lain untuk juga terus 'hidup' bukannya hidup 'setengah mati' atau 'total mati' yakni hidup tanpa semangat dan halatuju.
Meskipun datang dengan perkataan yang berbeza mereka mempunyai satu kayu pengukur yang sama.Inilah kayu pengukurnya:
kau seorang yang biasa berbual
bahwa sesuatu yang besar
akan kau capai pada suatu hari nanti
Sebenarnya kau hanya mau pamer
betapa luas pengetahuanmu
dan betapa jauh yang akan kau tempuh
Setahun sudah kita lewatkan
gagasan baru apa yang muncul di benakmu?
Berapa banyak peristiwa bernilai yang sudah kau lakukan?
12 bulan penuh di tanganmu
Apa yang sudah kau perbuat untuk meraih peluang-peluang baru?
Di daftar nama orang-orang berhasil, namamu tidak tersenarai
Jelaskan kenapa?
Bukan peluang yang kau tidak punya
Seperti biasa...kau tidak berbuat apa-apa
(Herbert Kauffman)
Inilah perkara yang sangat ditakutkan oleh mereka yang berjiwa dan berfikiran besar kerana mereka khuatir kalau perkataan yang mereka laungkan itu tidak disertai dengan usaha, janji-janji tidak ditunaikan dan akhirnya mereka tidak berbuat apa-apa, tetap dengan status 'manusia biasa'. Dan kerana itu ia juga telah menjadi kayu pengukur dalam hidup aku dalam memastikan nama aku tidak tercicir dalam daftar nama orang-orang berhasil.
Jika kalian, para pembaca blog ini juga tidak mahu ketinggalan dalam tersenarai sebagai mereka yang berhasil maka jadikan kata-kata Herbert Kauffman itu sebagai kayu pengukur dan pastikan tidak ada satu pun yang tersisa dan tertinggal. Sungguh daftar nama untuk mereka yang berhasil atau manusia kelas pertama masih sedikit, lebih sedikit daripada mereka yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi manusia biasa, tidak berbuat apa-apa, manusia kelas dua. Lakukan sesuatu dengan perkataan yang diucapkan dan teruskan langkah tanpa perlu mendengar kritikan atau ramalan sesiapa.
Kerana hukum kejayaan tidak terletak dalam perkataan manusia lain. Ia terletak dalam sejauh mana seseorang itu menaruh keyakinan terhadap perkataan yang diucapkan.
Lakukan sesuatu, mulakan dengan diri sendiri maka dengan tidak langsung anda akan berbuat sesuatu kepada manusia lainnya.
''Berani untuk bermimpi.Berani untuk melakukannya''
How about yours?Have you choose your word recently?
i dream therefore i am
ReplyDelete