Wednesday, September 2, 2009

MERDEKA DAN PUASA

1. Saya berasa sangat kagum dengan beberapa rakan saya yang menggunakan bulan puasa untuk menambahkan amal ibadat. Ada yang beriltizam untuk mengkhatamkan Quran lantas membaca satu juzuk satu hari.Ada juga yang menghabiskan masa-masa terluang di Pusat Islam dan melaksanakan ibadat.

2.Begitu juga dengan muslimat yang sanggup berjalan kaki untuk menunaikan solat terawih dan jika dibandingkan kediaman perempuan lebih jauh dari kediaman lelaki dengan Pusat Islam.

3. Merdeka yang jatuh pada bulan Ramadhan bererti kebebasan fizikal dan maju dengan berdiri di atas kaki sendiri. Berpuasa pula bererti kebebasan jiwa dari belenggu hawa nafsu dan menahan diri daripada melakukan maksiat.Sangat signifikan apabila sambutan kemerdekaan tahun ni disambut sederhana, tidak perlu konsert dan sebagainya. Ini merupakan satu petanda positif dan merupakan hikmah jatuhnya hari merdeka dalam bulan Ramadhan.

4.Saya pernah bekerja sambilan di sebuah kedai makan dan malam Merdeka adalah malam yang sangat ditunggu kerana biasanya pelanggan datang lebih ramai daripada biasa dan gaji pun akan dapat lebih banyak dari hari-hari biasa. Sepanjang malam itu juga saya berkesempatan untuk melihat sendiri golongan-golongan muda meraikan kemerdekaan bersama botol-botol arak dan kebebasan yang sangat melampaui batas. Mereka bergerak dalam satu kumpulan besar dan sebaik sahaja berada di ambang merdeka maka masing-masing akan keluar dengan perangai sendiri. Mana yang hebat menunggang motor akan menjadi mat rempit, mana yang mempunyai pasangan akan menjadikan malam merdeka sebagai malam pesta nafsu, mana yang haus akan meneguk botol-botol bir dan tak kurang juga yang mengambil pil-pil dadah.

5.Ternyata merdeka kita hanya pada nama. Tetapi moral dan peradaban kita sudah sangat jauh dari pegangan dan nilai timur yang sebenarnya. Mereka yang tertulis di kad pengenalan beragama Islam hanya memandang ia sekadar nama tetapi tidak menjadikan agama sebagai landasan hidup. Itu soal merdeka belum cerita lagi tentang malam tahun baru. Siapa yang hendak disalahkan?

6.Bulan puasa perlu dijadikan bulan memerdekakan diri daripada hawa nafsu dan menjadikan bulan ini sebagai bulan tarbiyah untuk mengukuhkan keimanan menghadapi bulan-bulan yang akan datang.Adalah sangat merugikan jika perilaku dan moral kita sebelum, semasa dan selepas berpuasa sama dan tidak berubah maka dikhuatiri lebih teruk.

7.Bulan puasa ini juga kita digalakkan untuk mengerjakan perkara-perkara sunat seperti tadarus Al-Quran.Jangan lupa untuk membaca maksud dan terjemahan al-quran kerana membaca dengan pengertian adalah lebih baik dan lebih meresap ke dalam jiwa. Saya sendiri hanya menyedari kehebatan dan keagungan Al-Quran apabila diberikan naskah Al-Quran berserta terjemahan oleh moyang saya. Kebetulan beliau Ketua Wanita UMNO dan mempunyai banyak naskah Al-Quran beserta terjemahan di rumahnya maka dihadiahkan satu untuk saya. Alhamdulilah kini saya sudah ada satu al-quran beserta terjemahan yang dibeli sendiri dan insyallah dalam masa terdekat akan membeli tafsiran al-quran secara lengkap.

8. Dalam bulan puasa ini juga eloklah mengukuhkan silaturrahim bersama keluarga ketika berbuka dan bersahur. Lagi-lagi yang duduk universiti tu tak salah kalau hujung minggu kita balik sebentar dan berbuka bersama keluarga walaupun cuma sehari dua. Tapi mujurlah pelajar UiTM Kedah akan bercuti minggu hadapan jadi jangan lepaskan peluang untuk berkumpul dan berbuka bersama-sama keluarga. Kalau di universiti tu berbukalah bersama kawan-kawan dan pasti ada keberkatan dalam berbuka bersama-sama insyallah.

9. Kita tidak tahu samada bulan Ramadhan tahun hadapan masih dapat kita tempuhi. Tetapi kita punya kesempatan pada hari ini untuk berada di bulan Ramadhan. Jadi jangan sia-siakan sisa Ramadhan yang hanya berbaki sekitar dua puluh hari lagi. Mudah-mudahan bulan Ramadhan akan sentiasa memberi hikmah dan kekuatan baru untuk diri kita amin.

Selamat Berpuasa.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. merdeka yang jatuh pada ramadhan seharusnya dapat menghindar kita daripada melakukan maksiat ketika sambutannya, ini tidak lebih ramai yang didapati melakukan beberapa perkara yang terkutuk lagi tidak bermoral, dimana secara tidak langsung mendatangkan penghinaan terhadap bangsa kita sendiri.

    ReplyDelete
  3. apakah erti kemerdekaan pada remeja zaman sekarang??..ptot lbh bnyk mnddhkn psl mrdka kpda mreka yg xphm erti mrdka..

    moga bln puasa ni m'eratkn lg hbungn ssma kluarga n kwn2..n moga bln puasa ni d'pnuhi dgn amln snt..

    ReplyDelete
  4. Salam Zharif,

    Bangga kak zai baca N3 Zharif ni krn jelas Zharif adalah remaja cemerlang yang masih bersih dari noda2 kebebasan hidup remaja...

    Tahniah dik..semoga adik juga turut menjadi antara salah seorang pemimpin yang menerajui Malaysia ini nanti insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. selamat menjalani ibadah puasa..
    dan terima kasih :D

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)