Sunday, September 6, 2009

DISIHIR MARYAMAH KARPOV


1. Perbezaan membaca buku ilmiah dan novel adalah buku ilmiah itu harusnya menggunakan banyak otak kiri-menghafal dan memahami. Akan tetapi novel adalah satu bentuk eskapisme daripada realiti hidup,kesesakan hidup yang tidak habis sulitnya, membolehkan otak kanan bergerak dalam imaginasi yang sangat membahagiakan.
2. Dalam masa kurang 72 jam, atau lebih tepat 37 jam novel setebal 471 mukasurat berjaya kukhatamkan. Tidak ada perkataan pelik kerana jika sudah jatuh cinta maka apapun bisa kau lakukan. Pelajaran kedua yang kuambil dari novel tersebut; cinta adalah kuasa luar biasa yang satu-satunya terlepas dari hukum alam. Ia membawa kita terlepas daripada hukum alam yang membatasi keupayaan manusia.Kita tidak akan berasa pelik jika seseorang sanggup mengharungi ceruk benua dan laut semata-mata untuk mencari cintanya; cinta sejati.
3. Tetapi bagiku pelajaran pertama yang sangat terkesan dalam novel Laskar Pelangi dan juga novel ini-Maryamah Karpov yakni siri terakhir daripada Laskar Pelangi adalah pendidikan. Sungguh pendidikan adaah satu anugerah Tuhan dan tidaklah semua orang dapat meraihnya. Boleh sahaja mereka yang tidak bersekolah itu mempunyai otak segenius Albert Einstein, sekreatif Thomas Edison dan segigih Henry Ford. Kemiskinan seringkali menghambat jalan manusia untuk mencapai taraf kemuliaan dengan mendapatkan pendidikan.
4.Menerusi novel ini aku menghargai pendidikan setinggi-tingginya. Aku terasa rendah membandingkan diri ini dengan kesulitan yang dihadapi sang penulis(Andrea Hirata) bersama teman-temannya untuk mendapatkan sesuap ilmu pengetahuan. Tidak ada perkataan malas, susah dan payah dalam kamus hidup mereka.Yang ada cuma belajar dan ilmu. Nyata pendidikan adalah tongkat ajaib yang dapat mengubah hidup seseorang daripada hina menjadi mulia.
5. Andrea sekali lagi menyihir pembacanya dengan ayat-ayat yang terkesan bahawa ilmu beliau bukanlah ilmu kelas dua. Penceritaannya sangat kemas dan teliti; anda akan takjub apabila menyedari bahawa keseluruhan novel setebal 471 mukasurat itu hanya menceritakan satu perkara; bagaimana Andrea berusaha mencari cinta lamanya A Ling. Sangat hebat, ayat-ayatnya berupa magis dan jalan ceritanya masih sahaja unggul seperti siri pertamanya:Laskar Pelangi.
6. Membaca novel ini membuatkan kepalaku menjai seperti mengembang, besar dan aku kelihatan tidak ubah seperti orang yang tidak berjisim berjalan di atas permukaan air, sangat ringan dan tidak berperasaan. Sepanjang 37 jam membaca novel tersebut, otak kananku tidak henti-henti menghamburkan kata-kata indah; seakan novel itu telah menjadi pemacu atau 'turbo' untuk menghidupkan semula kerinduanku pada satu perkara; menulis. Menulis kata-kata indah yang kadang-kala hanya difahami oleh si penulis sahaja, tidak kurang juga Maryamah Karpov telah menghidupkan semula api menulis bait-bait kata puisi yang indah, lantas menyuburkan semula intuisi untuk menyambung tulisan novel yang sudah terhenti hampir 6 bulan.
7. Percaya atau tidak sejak novel ini dibeli tiap kali aku berhenti membaca maka akan disarungkan semula ke dalam plastik.Aneh bukan? Sedangkan novel aku sendiri pun aku tak melakukan seperti itu. Kerana Maryamah Karpov telah mengajarku dua perkara; pertama: rangkap kata yang indah adalah alunan hati yang tidak perlu dipaksa atau dicari dan kedua: haruslah berbesar hati untuk mengorbankan duit seminggu makan untuk menemukan sebuah novel pembangun jiwa yang lebih penting daripada pembangun fizikal. Itu, adalah keberanian yang mungkin tolol di mata orang yang tidak menghargai apa itu seni dan tidak pernah masuk ke dalam dunia penulisan.
8. Maryamah Karpov menjadikan aku lebih suka bermain bahasa, benarkah? Sangat berbeza dengan dunia undang-undang yang lebih menjurus kepada permasalahan terus tanpa banyak bicara; akan tetapi jawapannya boleh sahaja disimpulkan dengan bahasa-bahasa yang menyakinkan pendengar bahawa kita berada di pihak yang benar. Bahasa; satu seni yang paling sulit untuk difahami oleh manusia meskipun ia adalah instrumen komunikasi sejak adanya tamadun manusia.
Dalam kebingitan suara tanpa harmoni
Dalam ketidaktentuan nada yang memekik
Dalam kepedihan cahaya yang mengeras
Di situ terletak kesunyian yang sangat menenangkan
Dalam jiwamu sahaja ia bisa merasakan kesunyian itu
Dalam kesunyian itu ada bahasa yang sukar difahami
Bagi mereka yang menderita makna ketenangan...
Ini adalah satu puisi daripada sekian puisi yang telah berjaya aku simpulkan menjadi satu kalimah yang harmoni akibat disihir dengan Maryamah Karpov....

6 comments:

  1. so like jelous...
    z u dh beli novel tu...

    ReplyDelete
  2. mcm best jeh...nnt blk cri jgk la...xsabo nk blkkk...:-)

    ReplyDelete
  3. i'm wondering why i cannot even finish a novel?
    apatah lg 417 pages?

    ReplyDelete
  4. u r so puitis, man. neva heard of tat writer b4..mcm teringin pla baca,,,=)

    ReplyDelete
  5. wahh..lpe plak bab kueh mueh test neh..hehe..gud luck 2..
    GAMBATE!!!

    ReplyDelete
  6. cuba baca sang pemimpi dan edensor,....lagi best

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)