Saturday, September 12, 2009

MALAYSIA-INDONESIA 2009:SEDANG LIDAH LAGI TERGIGIT;

1. Saya sangat kecewa dengan apa yang sedang berlaku antara Malaysia-Indonesia.Ketegangan yang berlaku gara-gara wujud sentimen provokasi budaya telah membawa kepada satu gerakan yang dipanggil ''Sweep Malaysian'' gara-gara kononnya Malaysia telah mencuri satu budaya yang asalnya dari Bali,Indonesia menerusi satu dokumentari yang diterbitkan oleh media asing.

2.Pastinya ini bukan satu petanda baik kerana sebelum ini hubungan antara kedua-dua negara adalah baik dan tidak mempunyai masalah yang besar. Kalaupun ada masalah seperti isu Ambalat, krisis ini berjaya diselesaikan tanpa perlu provokasi yang berpanjangan.Tetapi dalam kes yang terbaru ini nampaknya krisis ini akan berlarutan untuk beberapa waktu.

3. Dahulu Ganyang Malaya disuarakan oleh mantan presiden Soekarno kerana menganggap Malaysia adalah negara neo-konservatif barat.Kalau dibaca lebih lanjut mengenai Ganyang Malaysia anda akan tahu bagaimana krisis ini juga disebabkan insiden memijak lambang negara Indonesia oleh pemimpin Malaysia yang pastinya bukan direlakan. Bacalah lebih lanjut catatan Zainuddin Maidin dalam Mingguan Malaysia dan anda juga akan tahu bagaimana krisis ini boleh dihentikan dengan cepat dengan bantuan seorang wartawan wanita Malaysia.

4.Sudah pastinya krisis yang berlaku antara negara adik-beradik ini disebabkan kurangnya persefahaman atau dipanggil 'mutual understanding'. Masalah sebegini harus diselesaikan dengan cara yang tenang dan tidak mengikut emosi- sepatutnya lebih berdiplomasi dan tidak diikut dengan provokasi yang melampau. Sejarah hubungan Malaysia-Indonesia sangat panjang dan mendalam maka tidak boleh dilihat hubungan tersebut atas permukaan sahaja- perlu juga diteliti masalah-masalah yang berakar dan lebih mendalam.

5.Discovery Network Asia-Pacific menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam telah menafikan bahawa Malaysia bertanggungjawab dalam menyiarkan klip tarian pendet sebagai promosi pelancongan Malaysia.

6.Kadang-kadang masalah yang ditimbulkan oleh kuasa luar atau lebih spesifik pengaruh barat telah menegangkan hubungan Malaysia-Indonesia. Harus diingat kedua-dua negara saling bergantungan; 1.8 juta rakyat Indonesia mencari rezeki di negara ini. Tsunami Acheh 2004 telah memperlihatkan Malaysia begitu prihatin untuk membangunkan ia semula. Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan perkongsian ini adalah satu persefahaman yang harus dikekalkan dalam suasana yang harmoni tanpa perlu provokasi melampau.

7.Saya memberi worth of respect kepada Presiden SBY kerana telah mengambil jalan diplomatik untuk menyelesaikan krisis ini.Ternyata bapak presiden tidak terikut dengan emosi yang melampau sebaliknya memilih jalan tenang-jalan dingin untuk menyelesaikan masalah ini kerana pertalian antara Malaysia dan Indonesia sangat rapat dan jika mahu Ganyang Malaysia dilancarkan kali kedua maka fikirkanlah nasib 1.8 juta rakyat Indonesia yang bekerja di sini dan juga hubungan masa depan antara kedua-dua negara ini.

8.Masalah dengan Indonesia?Saya tidak berfikir terlibat dalam perkara ini bahkan saya sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan siswa-siswi Universitas Indonesia untuk menyertai PGPYO.Pasti juga saya tidak take it into deep heart berkenaan suara-suara provokasi di ruang siber terutama di Facebook kerana suara-suara ini adalah mereka yang tidak memahami hubungan antara kedua-dua negara dan lebih menggunakan emosi daripada intelektual. Saya yakin golongan intelektual Indonesia juga sangat memahami keadaan kritikal ini dan tidak mengambil tindakan terburu-buru untuk 'menyapu'(sweep) Malaysia.

9.Saya berdoa semoga hubungan Malaysia-Indonesia akan kembali tenang dan harmoni. Moga ruang diplomasi dan kebesaran jiwa yang diwarisi oleh kedua-dua negara akan terus dikekalkan oleh generasi akan datang.

Sedang lidah lagi tergigit, hubungan saudara pun ada pasang surutnya tetapi kekerasan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

5 comments:

  1. ok. checklist jum!
    -bakar jalur gemilang? check
    -guna jalur gemilang sebagai kain kapan olok2? check
    -berarak macam nomad menhina negara kita? check
    -vocalist band ngetop yang perasan as if lagu dia macam sedap sangat mengeluarkan statement mengenai malaysia? check
    -media massa indonesia yang selalu salah lapor? check
    -mintak plak gaji amah indon dimalaysia minima rm800? check

    so, apa kita nak buat sekarang?
    melancarkan "Sayurlah Indonesia" @ "Ko Goyang Gerudi lah sorang2 indonesia oi~" sebagai membalas "Sweep Malaysia" & "Ganyang Malaysia?"

    Haha XD

    papepun, kelakar tengok mereka (radicalist sweep malaysia) bukan main buat persembahan silat murahan yang tak ubah macam 'Breaking The Magician's Code'

    kononnya bersiap sedia untuk berperang dengan malaysia. macam-macam~

    selamat menyambut hari raya!

    ..dan mintak2 lah mereka memohon maaf kpd kita kerana tindakan mereka yg terlalu keanak2an.


    usaha taqwa mulia!

    ReplyDelete
  2. terfikirkah kita jika provokasi itu dirancang semata-mata? mungkinkah melibatkan opponent side dari malaysia? provokasi berbayar?
    sebab perarakan nomad itu hanya melibatkan segelintir rakyat indonesia sahaja...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya berkongsi pandangan dengan saudara Zharif, sebab itu saya bolayan isu ini kerana ia tidak mewakili majaroti, tetapi izinkan saya menarik pelayar untuk membaca laporan dari jakarta oleh rakyat Malaysia

    http://profabdullah1.wordpress.com/2009/09/12/laporan-daripada/

    ReplyDelete
  5. kita serumpun..betul tu zharif, seharusnya masing2 harus saling menghormati jiran tetangga dan rakyat indonesia juga harus bersyukur kerana malaysia telah menjadi lubuk emas bagi sesetengah rakyatnya...isu yang remeh spt ini tak perlu diperbesarkan oleh mereka..kak zai percaya yang sengaja mengembar-ngemburkan isu ini adalah mereka yang cacat fikiran kerana tidak berpandangan jauh.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)