Friday, September 18, 2009

BAGAN PINANG


1. Seorang doktor begitu bersungguh-sungguh untuk mengubati pesakitnya yang menghidap barah. Selain pembedahan doktor juga boleh menggunakan sinar gamma untuk membunuh barah tersebut.
2. Tetapi adalah satu tindakan yang kurang berkesan jika doktor membunuh satu barah dan membiarkan barah yang lain terus hidup. Lebih mengharukan jika barah yang dibunuh itu kemudiannya tidak diambil langkah pencegahan supaya tidak muncul semula.
3. Pilihanraya kecil Bagan Pinang tidak akan membawa apa-apa kesan dalam landskap politik negara kita buat masa ini. Pilihanraya kecil pasca PRU 2008 kesemuanya adalah status quo- tidak ada parti lain yang menggantikan parti sebelumnya di kawasan tersebut.Andaikata BN menang pada pilihanraya kecil ini juga tidak ada sesuatu yang boleh dipanggil indikator perubahan melainkan majoriti undi sahaja yang akan berubah.
4. Tan Sri Isa Samad disebut-sebut bakal bertanding dalam pilihanraya tersebut. Kesemua cawangan dan bahagian UMNO memberikan petanda positif akan hal ini dan hingga setakat ini cuma ada satu calon sahaja yang kelihatan layak untuk bertanding atas bendera UMNO iaitu Tan Sri Isa.
5. Tidak hairanlah pada satu ketika dahulu seorang yang sudah terbukti bersalah atas rasuah politik masih lagi diundi dan memenangi jawatan ketua pemuda. Ternyata UMNO lebih berminat atas faktor populariti, terkenal daripada faktor peribadi calon samada bersih atau tidak.
6. Pola PRK di Manek Urai memperlihatkan UMNO boleh menembusi kubu kuat PAS dan hanya tewas dengan undi majoriti yang sedikit tetapi apabila bertanding di PRK Permatang Pasir UMNO kalah teruk di kubu kuat PAS. Apakah sebabnya? Maka jika dilihat secara teliti ada dua faktor yakni: (1) Jentera pilihanraya yang lemah dan (2) peribadi calon yang bertanding
7. Dari segi jentera UMNO dilihat tidak mempunyai masalah kerana mempunyai kekuatan dari dalam dan luar kawasan tersebut bahkan UMNO di cawangan negeri lain juga turun padang untuk berkempen dan meraih undi. Maka yang akan menjadi pertaruhan adalah peribadi calon.
8.UMNO boleh menang di Bagan Pinang meskipun meletakkan seorang calon yang telah dijatuhkan hukuman kerana rasuah politik satu ketika dahulu tetapi ini merupakan satu kekuatan untuk pembangkang membuktikan betapa UMNO sudah ketandusan calon yang bersih sehingga terpaksa mengambil calon perasuah. Atau mungkin UMNO akan kalah kerana yang mengundi adalah masyarakat tempatan, bukannya ahli UMNO semata? Sama-sama kita lihat dalam pilihanraya yang akan berlangsung bulan depan.
9.Jika Tan Sri Isa diletakkan juga sebagai calon maka UMNO telah dihukum dengan kesalahan strategi dalam arus politik semasa. Bahkan mengikut pandang sisi psikologi adalah ''lebih baik kalah di pertempuran daripada kalah dalam peperangan.''
10. Tetapi nampaknya UMNO lebih berminat untuk menang dalam pertempuran daripada memenangi peperangan.
11. Janganlah mengharapkan bahawa UMNO akan memenangi pilihanraya umum akan datang jika rasuah politik terus membarahi parti dengan calon-calonnya diangkat sebagai wakil rakyat. Adalah sangat memalukan jika kita tidak belajar dari masa lepas. Pilihanraya Bagan Pinang akan menjadi tumpuan samada UMNO benar-benar serius dalam menangani rasuah politik atau tidak. Jika UMNO masih lagi berdegil dan selesa dengan stigma populariti dan tidak memikirkan masa akan datang maka bersiap sedialah untuk menerima parti baru yang akan memerintah Malaysia pada pilihanraya akan datang.
12.Manakah yang lebih penting: sokongan di kalangan ahli parti sendiri atau sokongan di kalangan rakyat keseluruhan?

2 comments:

  1. Setuju dgn pendapat zack..popular di dalam parti, xsemestinya popular dalam kalangan masyarakat..Cthnya, Samy Vellu cukup popular dalam parti, tetapi kalah dalam pilihan raya umum. Ini kehendak rakyat.

    Akan tetapi, ape pendapat zack kalo Umno xletak Isa Samad kat tempat tu? X ke rasa penyokong2 kuat mereka akan membantah dan akan memberikan kesan kepada pola pengundiaan? Mungkin mereka akan mengadakan mogok x mahu keluar mengundi, seperti sabotaj kepada parti sendiri?

    Dan tidakkah rasa tindakan tidak mencalonkan Isa Samad ini merupakan "hukuman lanjutan" kepada beliau. Mungkin xadil, sebab beliau dah terima hukuman (walaupun hukuman di dunia) atas kesalahan sebelum nie..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)