Thursday, September 10, 2009

SIAPA KATA?

1. Tamat sudah semester tiga. Sekejap. Sangat sekejap.Yang tinggal sekarang hanya peperiksaan akhir dan kemudian...jadilah frictional unemployment. Pasti ramai nak tahu tentang pengalaman dan overall review berkenaan semester akhir ini dan aku simpulkan apa yang aku rasakan, yang sangat terpendam dalam hati melalui untaian kata-kata yang tidak menyinggung perasaan. Tidak ada mohon maaf yang akan saya ucapkan kerana semuanya telah diucapkan dengan ikhlas.Pastinya apa yang saya tuliskan akan merujuk kepada bangsa Melayu, bangsa yang telah membentuk komuniti UiTM Kedah bersama-sama dengan kaum bumiputera yang lain.

Kukata Melayu mudah lupa
Semester lepas tidak kau ambilkan sebagai pengajaran
Kegagalan boleh diubah ujarmu
Tapi apa yang diubah untuk satu semester baru ini?
Malammu berjaga di hadapan kaca maya
Siangmu dipenuhi dengan mimpi indah
Sehingga kelas-kelas yang wajib kau hadiri
Dilepaskan begitu sahaja...cukup mudah seperti melepaskan hembusan nafas

Kukata Melayu mudah lupa
Datangmu di sini hanya mencari hiburan
Ada sahaja sesuatu yang tidak memerlukan otakmu berfikir dan bekerja
Maka itu akan menjadi kiblatmu, menjadi pedomanmu di sini
Kau bisa membual itu dan ini tetapi hasilnya sedikit
Hasil kerjamu sedikitpun tidak membanggakan malah makin menghinakan
Kau kata dia menjadi pemusnah hidupmu semester lepas
Kau kata itu menjadi penghalang untukmu berjaya semester lepas
Tetap sahaja kau mengejar dia dan itu
Apa maksudmu membual kosong?Apakah kau lupa surah Mumtahanah?
Surah yang menempik orang-orang yang bercakap tetapi tidak berbuat
apa yang dicakapkan.

Kukata Melayu mudah lupa
Bicaramu bisa sahaja menyihir telinga yang mendengar
Bahawa kau itu dan ini, kau adalah dari keturunan yang mulia
Kau bisa melakukan itu dan ini, kau mempunyai sesuatu sehingga
Menyebabkan manusia menjadi hamba kepada sesuatumu itu
Tetapi tidak pernah aku melalak
Kerjamu dihantar lebih lambat daripadaku..bahkan lebih daripada masa yang ditetapkan
Kerana orang Melayu itu sangat menjaga hati dan perasaan orang lain
Kubiarkan sahaja hormatku padamu dikhianati dengan biadap dan kurang sopanmu
Kerana orang Melayu itu tidak kisah, tidak apa.

Kukata Melayu mudah lupa
Lupa bahawa engkau masuk ke sini atas ihsan kerajaan
Memberimu tempat kosong dan wang ringgit
Supaya kamu menjadi manusia yang mulia
Tapi kau telah menutup satu peluang seorang manusia lagi
Yang lebih layak untuk masuk ke sini
Tetapi dirinya dihambat nasib yang sial dangkal
Sehingga tidak dapat beroleh nikmat yang satu ini
Tetapi kau mensia-siakan nikmat Tuhan ini
Adapun yang masuk ke sini juga melalui pintu belakang
Tidak juga kau syukuri dan menjaga nikmat tersebut
Bahkan kau menjadi tanggungan kepada kerajaan
Untuk menyara dan memberimu tempat dan peluang
Tetapi alhasil: apa yang kau boleh lakukan?

Kukata Melayu mudah lupa
Kau kata aku tidak sayangkan bangsa kerana berkata begitu
Kukata Melayu mudah lupa
Kerana kutahu itulah perkara sebenarnya
Meski hanya segelintir yang lupa
Tetapi itulah cerminan bangsa lain kepada bangsa kita
Bila salah maka disalak orang lain agar bertanggungjawab
Bila berjaya dengan angkuh memberitahu bahaa dirimu memang layak untuk itu

Melayu mudah lupa
Kerana tidak pernah berubah
Kerana itu akan terus melupakan
Dan akhirnya nanti akan dilupakan
Oleh sejarah dan peredaran masa
Jika tiada yang berani berkata benar
Siapa yang berani kata mana silapnya

Jangan cerita soal Melayu
Kalau dirimu tidak beramal dengan adat Melayu
Jangan cerita tentang membela nasib Melayu
Kalau dirimu melanggar pantang-larang agama
Jangan cerita Melayu itu dan ini
Kalau dirimu masih dibelenggu zina, arak,judi dan maksiat sewaktu dengannya,
Kerana Melayu dan Islam adalah kepingan syiling
Kedua mukanya tidak mungkin berpisah

Jagalah dirimu wahai bangsaku Melayu
Kerana kita tidak tahu
Siapa pula yang kata
Melayu sudah tiada..Melayu sudah dilupakan
Satu saat nanti
Di masa hadapan!

7 comments:

  1. assalammualaikum

    wah berpuisi pula ya...

    nak tanya, dah dapat barang dari cikgu?
    cikgu pos hari selasa haritu...

    ReplyDelete
  2. Melayu?


    hehehehe ... kita masih tercari melayu yg benar2 berjiwa melayu tuk bangkit pertahankan agama & bangsa ... kita kah itu?



    xoxooxoxoxo~mantap x?? hohohoho .. sajal sendiri kew ko cilok dr mana ni? (untuk record, aku pencilok tegar jugak)) menarikk ..

    ReplyDelete
  3. Melayu tidak pernah berubah yang berubah manusia-manusia yg ntah mana jati dirinya..

    Teruskan perjuangan!!

    ReplyDelete
  4. Selamat datang ke Shah Alam! Anda bakal saksikan lebih ramai lagi anak-anak Melayu tak sedar diri, yang lupa agama dan bangsa, terzahir terang-terangan pada akhlaknya, pada penampilannya, pada jiwanya. Sedih sekali, kerana mereka inilah yang bakal mencorakkan agama dan negara 20 tahun lagi.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    zharif , tadi , jumaat kul 913am cikgu telefon pos laju HQ, tanya barang yang cikgu hantar tu.. diorang kata dah serah semalam khamis 10/9 pukul 5 petang...

    mesej cikgu balik kalau dapat @tidak : 0192081706

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)