Wednesday, September 23, 2009

RAYA?YEKE?

1. Orang tua kata kalau dah ingat lain kemudian buat benda lain itu tandanya dah kena satu penyakit yang dinamakan penyakit angau.Penyakit ini sangat aneh kerana hanya menyerang orang-orang yang jatuh cinta atau sedang bercinta.

2.Saya berdoa moga-moga kesilapan saya yang sudah merancang untuk membeli air kopi pagi tadi dan apabila tiba giliran untuk memesan saya tersilap cakap dengan meminta air teh bukanlah disebabkan penyakit angau.Mungkin agak tersentak seketika apabila melihat Kfc dah ada menu nasi lemak di waktu pagi.

3. Raya keempat.Sejak bermula D-DAY pada minggu terakhir Ramadan memang dalam kepala otak tak berenggang dengan kerisauan kalau-kalau tak sempat nak studi semua silibus undang-undang.Baca memang boleh baca tapi nak hafal atau faham itu cerita kedua.Ada orang menghadap nota berjam-jam tetapi akhirnya tak faham satu apa. Yang penting bukanlah masa tetapi samada faham atau tidak dan cara untuk faham itu terletak pada cara masing-masing.

4.Raya pada umur 19 tahun dah tak semeriah sangat macam masa budak-budak dulu. Semuanya ok cuma entah rasa cam tahun ni tak banyak kuih raya yang dimakan, lebih cenderung untuk makan kacang putih yang boleh dimakan bila-bila masa sampai dah timbul dah jerawat kat muka nih haish.

5.Cuma yang menariknya raya tahun ini memang habis-habisan berkampung di negeri Johor. Raya pertama di Johor Bahru dan Pontian, raya kedua bergerak ke Labis dan raya ketiga ke Johor Bahru semula. Ketika berada di Labis adalah satu perkara yang paling aku suka sebab time tu gerenti aku pulang dengan khazanah-khazanah ilmu baik politik ataupun jati diri. Dah moyang pun bekas ahli politik patutlah menurun kepada anak cucu hehe. Dan raya kali ni juga membuatkan aku semakin tahu dari mana asal usul sebenar keturunan dan sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman yang terletak di negara seberang bila cuti nanti.

6.Naik cuti exam.Ye exam terakhir di UiTM Sungai Petani Kedah. Tak boleh nak cakap banyak tentang pengalaman atau perasaan sebenar sebab nanti bila dah betul2 last nanti baru aku akan ceritakan semuanya bermula dari semester satu sampai semester tiga.Bagaimana UiTM telah menjadi satu tempat perubahan untuk aku meniti fasa terakhir sebagai seorang remaja.

*Jutaan terima kasih kepada cikgu Normah yang telah menghadiahi aku buku 21 kunci efektif menjadi pemimpin.Terima kasih cikgu dan doakan saya berjaya.Doa para mualim biasanya mustajab

3 comments:

  1. salam Zharif...

    Hmm..dah 19 tahun erk..muda belia tetapi berotak geliga macam pemimpin yg dah berusia 91 tahun tapi bukan nyanyok tau..maksud akak pintar banget nie...

    Dapat hadiah buku juga dari aklcitizen ye ? baiknya hati teacher normah tu kan..kita sama2 doakan utk orang baik2 cam die yer dik.. Al fatihah n Ameen..

    ReplyDelete
  2. Salam raya,
    Dulu Melayu hebat dgn empayar dan kepulauan Melayu..itulah cara penjajah memecahbelahkan ,nah skrg kita begaduh sesama snd mengungkit asal usul yg sebenarnya sama-sama kita miliki.

    Moga berjaya!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)