Thursday, August 6, 2009

GADUH-GADUH BAIK SEMULA

1. Lepas naik cuti semester ni dah takda kesempatan nak beli suratkhabar.Alhasil tertinggal beberapa isu-isu yang penting yang sedang terjadi di negara kita.Memandangkan kehidupan di UiTM ini menyukarkan aku untuk membaca akhbar maka dapatlah juga tahu cerita-cerita yang berlaku di negara ini melalui blog-blog penulisan mereka di luar sana.

2.Sekarang ini sedang hangat isu di Selangor.Kerajaan Pakatan Rakyat sedang mengalami krisis pergeseran sekali lagi apabilah ahli DAP Ronnie Liu mencampuri urusan hal ehwal Islam yang berkaitan dengan penjualan bir. Kehangatan ini mula timbul apabila Ronnie meminta PBT Shah Alam memulangkan 70 tin bir yang dirampas dan memohon maaf kepada peniaga kedai tersebut.

3.PAS yang mewakili 8 kerusi di Selangor bertindak balas dan terdengar cerita akan berlaku demonstrasi oleh Pemuda PAS mendesak MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memecat wakil DAP tersebut.

4. Isu sebegini bukanlah isu yang pertama.Mula-mula isu perpaduan apabila DAP 'mengherdik' PAS kerana hendak bekerjasama dengan UMNO.Beberapa minggu yang lalu kecoh isu masalah penyembelihan babi di Kedah.Kemudian baik semula. Tak reda lagi kemudian isu di Selangor ini pula timbul. Kalau kita lihat masalah-masalah sebegini adalah masalah yang dipanggil 'straight fight' antara PAS dan DAP. PKR pula duduk di tengah-tengah seperti kayu. Bila dah meledak dah jadi semakin kusut barulah PKR di bawah 'kegeniusan' DS Anwar Ibrahim akan menjadi mediator dan menyelesaikan masalah ini. Jadi akan kebarangkalian besar isu di Selangor ni pun akan menjadi seperti isu-isu sebelum ini.

5.Kalau dahulu PAS boleh 'berlembut' dengan masalah Elizabeth Wong yang masih dikekalkan sebagai Exco Selangor walaupun dilanda kontroversi jadi dalam isu ini siapa pula yang nak berlembut?DAP nak berlembutkah? Saya tak yakin mereka akan berlembut.

6.PAS tidak boleh berada di bawah satu payung dengan DAP. Kalaupun PR boleh menang dalam PRU yang akan datang jangan mimpi hukum hudud dapat dilaksanakan.Akan bergaduh dan bergaduh lagi tentang prinsip-prinsip kenegaraan Islam dan alhasilnya, masyarakat akan jadi kacau-bilau dan tak stabil.Siapa yang jadi mangsa?Jawapan mudah:Rakyat dan rakyat juga.

Pemuda UMNO nak join demo PAS?

1. Difahamkan Pemuda UMNO sedia bekerjasama untuk menyertai demonstrasi PAS berkenaan isu Ronnie.

2. Samada betul atau tidak, saya berpendapat tak perlulah nak join ke apa.Tak perlulah nampak terdesak sangat.Ini hal 'rumahtangga' Pakatan Rakyat biarlah mereka yang uruskan.

3.Lebih baik Pemuda UMNO menyiapkan diri untuk berhujah dalam debat dengan pemuda PAS kelak.Carilah ahli-ahli UMNO yang layak untuk berdebat.Itu lebih baik daripada menyibukkan diri menjaga 'dalam kain' parti lain.

3 comments:

  1. DAP =rocket
    PAS =bulan penuh
    PKR= bulan yang terbelah dua (kan?)

    roket tembak bulan penuh and terbelah dua...hahha...

    P/S : siapa yang untung?

    ReplyDelete
  2. btol tue...

    sape yang finally akan dapat keuntungan dari pergaduhan dan sikap enggan bertolak ansur antara mereka??

    ReplyDelete
  3. xkn sttle mslh 2 kalu asek b'gdoh..
    ini b'kaitn ngn islam jgk...
    apakh jln yg t'baek??

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)