Thursday, July 2, 2009

SENDIRI

1. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya mendengar pertanyaan 'sorang je?' setiap kali keluar makan di UiTM Kedah.

2. Saya akan membalas dengan senyuman dan mengiyakan sahaja.

3.Bukanlah bermaksud saya tidak suka makan beramai-ramai bahkan kalau di rumah saya akan pastikan makan tengahari dan makan malam semua ahli keluarga akan berkumpul bersama.Cuma di universiti ni bukannya apa, saya suka keluar sendirian untuk makan sebab boleh balik awal dan studi. Lagipun kawan-kawan bilik ada yang sudah makan awal seawal 6 petang.Waktu itu saya masih berjoging lagi.

4.Sejak memegang title mahasiswa dah banyak perkara saya lakukan sendirian.Pergi balik dari Johor Bahru ke Kedah sendiri.Balik ke Kuala Lumpur secara sendirian berhad untuk menyelesaikan urusan lawatan semester lalu.

5.Hari ini saya pergi ke Shah Alam bersama sahabat saya Nizam untuk satu urusan penting yang akan saya perjelaskan nanti insyallah. Tetapi yang menjadi luar biasanya ialah saya tidak berjumpa dengan kedua ibu bapa saya kerana kesuntukan masa.Esok pagi mereka akan bertolak untuk menghantar abang pulang ke Muadzam Shah.

6. Saya suka bersendirian ketika makan mahupun ketika perjalanan dalam bas kerana pada ketika itulah saya dapat merehatkan diri dan kembali memusatkan fikiran ke arah perkara-perkara tertentu.Biasanya berkaitan dengan diri sendiri.Meskipun ke Shah Alam bertiga hari ini tetapi saya masih sempat mengambil masa 'bersendirian' untuk berfikir dan merenung kembali keadaan diri ketika ini.

7.Biasanya saya akan memanggil keadaan ini sebagai 'Self-argument' kerana waktu itulah saya akan berbincang dengan diri saya sendiri, berdebat dan berhujah tentang pelbagai perkara.Perkara pertama pastinya tentang isu-isu semasa.Daripada masalah hak bumiputera,UiTM, muzakarah UMNO-PAS hinggalah isu ekonomi semasa.Kemudian saya akan beralih kepada studi atau pelajaran;sejauh mana saya telah belajar dan mengikut perancangan studi.Dan yang terakhir pastinya tentang hubungan rakan atau perasaan. Tapi kebiasaannya tentang perasaan tu tidaklah saya fikirkan sangat sebab tak ada apa yang perlu difikirkan.

8. Dan sesi self-argument ini akan berakhir dengan berehat dan mendapat kesegaran semula.Semangat dan motivasi baru. Ah lega.

9.Saya akan menulis tentang perkara-perkara yang sudah saya rancang untuk menulisnya.Barangkali bermanfaat untuk pre-lawrians yang mengambil paper global issues. Berkenaan FIC, Felda, Muzakarah pemuda UMNO-PAS dan lain-lain lagi. Insyallah semuanya akan saya tulis dalam post blog yang berikutnya.

10.Teruskan membaca dan pastikan anda 'berbincang' dengan diri anda sendiri untuk mendapatkan semangat dan motivasi semula!

*Start to say goodbye for everything and everyone who made up my past life and no longer in my life right now.As the song 'menghapus jejakmu' along with me during the self-argument session, I claimed to start a new life now.

5 comments:

  1. interesting view...btw,im very impressed with ur debate style.....hehe..

    oh yeah,its me..hmm we've met during the debate competition ..i was in group B ,together with zaidi.....i held the role as timb. ketua pembangkang..:)
    first timer,anyway....:0
    anyway, its a good experience to see the skills of the seniors of pre lawrianz..:0

    ReplyDelete
  2. slalu jer nmpak zack dgn kawan2...?

    ReplyDelete
  3. aimi-thanx =)
    famous- time joging or pergi kelas memangla dengan kawan2.Tapi kalau makan malam selalu sendiri. Keluar pun kadang2 sendiri jugak

    ReplyDelete
  4. adakah saudara mengikuti jejak langkah sy?
    Dengan berjalan berseorgan? bgus2..kalau jalan sorang jimat masa n leh jalan laju2 smbil dengar lagu fav..krn sy dah biasa berseorgan..mungkin saudara inginka tips? sila inform sy..(mengarut tul)

    *nway, lawak la z ckp 'ah lega'...i like that phrase...

    ReplyDelete
  5. sendiri kadang2 lg baik.
    tak payah risau pk pasal org lain.
    ehehe...like ur style.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)