Thursday, July 9, 2009

SONGKOK

1. Pagi tadi isu perbincangan kami adalah seputar keputusan PPSMI semalam dan saya memohon maaf atas kesilapan memberitahu 2012 adalah tahun selepas PRU yang akan datang. Hakikatnya tahun tersebut mungkin berlangsungnya PRU.

2.Tetapi menurut saya ia tidak mengubah sebab tahun 2012 dipilih untuk dasar tersebut ditukar. Ya politik, itulah sebabnya barangkali. Saya bukannya jurusan sukan jadi saya tidak terfikir dasar PPSMI ditukar untuk diselarikan dengan tahun Sukan Olimpik yang akan dilangsungkan di London.

3. Mood perbincangan beralih pula kepada laporan akhbar hari ini apabila keluar kenyataan Ahli Parlimen Kota Alam M.Manoharan meminta supaya bukan Melayu juga perlu diberi status bumiputera.

4.Alasan yang saya fikir diberi oleh beliau dari keseluruhan cerita tersebut cuma dua: ada wakil DAP yang memakai songkok di mana beliau mendakwa songkok tidak boleh dipakai oleh bukan Melayu kerana bukan bumiputera dan konsep 1Malaysia.

5. Jika tidak silap saya Manoharan merupakan seorang peguam.Seorang peguam perlu teliti dan cermat dalam menyampaikan setiap perkataan sebab setiap perkataan adalah bermakna.

6.Hak bumiputera iaitu Artikel 153 bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk penduduk asli di negara ini seperti orang asli dan juga penduduk etnik Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Iban dan lain-lain. Kalau tidak tak berjumpalah Jimi(Melayu) dan Rita(Iban) di UiTM ni.Jadi bukan Melayu iaitu orang asli dan penduduk etnik Sabah dan Sarawak juga mendapat hak istimewa ini.

7.Kalau berdasarkan isu songkok, songkok bukanlah hak eksklusif yang termaktub dalam perlembagaan 153.Tunjukkan pada saya artikel 153 menyatakan hak istimewa Melayu termasuklah pakaian dan budaya tetapi jika jawapan saya ini tidak memuaskan hati juga, silalah baca buku 500 tahun Cabaran Bangsa Melayu tulisan Kamaruddin Said dan anda akan menemui gambar Tunku Abdul Rahman dan Tun HS Lee memakai songkok. Terlalu dangkal untuk menggunakan isu pakaian supaya bukan Melayu juga mempunyai hak istimewa. Dan tak perlulah pada saya untuk tuliskan isi kandungan artikel 153 kerana saya yakin Manoharan juga mempunyai buku Perlembagaan Persekutuan keluaran ILBS yang hanya berharga RM10.00

8. Kalau berkenaan 1Malaysia ni saya tak mahulah ulas lanjut.Biarlah yang menubuhkan idea ni memberi penjelasan yang mendalam. Tetapi saya suka para pembaca menggunakan analogi kerusi yang saya berikan dalam entri blog yang lepas.Kalau yang dah tinggi pun nak pakai kerusi untuk betulkan lampu, itu tak normal aka kurang waras.Silap-silap lampu tu pecah kena kepala si tinggi.

9.Masih ramai orang Melayu dan bumiputera yang ketinggalan di luar bandar dan hak istimewa itu bukan untuk dimanipulasikan tetapi untuk membantu golongan ini.Sehingga orang Melayu berjaya melepasi ekuiti 30% dan sehingga bumiputera luar bandar sudah berjaya lepas dari belenggu kemiskinan dan cemerlang dalam bidang pendidikan barulah saya fikir hak itu boleh dipertimbangkan untuk pemansuhan.

10.Hak bumiputera adalah sebagai 'compensation' atas dasar pecah dan perintah British yang jelas menindas orang Melayu.Masih teringat di ingatan saya kata-kata pegawai British tentang pendidikan untuk diberikan kepada orang Melayu yang berbunyi lebih kurang seperti ini ''Kita berikan pendidikan kepada orang Melayu untuk menjadikan mereka lebih baik dari ibu bapa mereka tetapi mereka(orang Melayu) mesti tetap menjadi nelayan dan petani seperti ibu bapa mereka. Jika tidak kita(British) akan mengalami penentangan seperti di India (kerana pendidikan yang luas telah diberikan kepada penduduk India)''

11.Kalau Manoharan nak juga hak bumiputera tu saya cadangkan dia pulang ke India sahajalah. Tak perlulah nak keluarkan idea ni untuk dapat publisiti ditangkap semula ke ISA.Lepas tu cakap kerajaan zalim dan diskriminasi padahal salah sendiri tak pernah pula nak mengaku.

3 comments:

  1. mugkin sy patot consider berfikir dulu sebelom brkate kot lepas ni...

    ReplyDelete
  2. huru hara betul kenyataan manoharan tu...

    it such a 'hot' thing to be said...

    making non malay as bumiputera as well?? NO way..!rite.,?

    ReplyDelete
  3. tadi masa baca paper tu, kelakar betul M. Manoharan cakap cam tu....songkok pun boleh jadi isu...then..betul gak, hantar balik jer dia ke India, x sedar diri...dah beri betis nak paha..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)