Tuesday, July 7, 2009

APABILA SEMUANYA TERLINTAS DI FIKIRAN

KERUSI

1. Ketika pulang dari perpustakaan saya mula 'self-argument' tentang isu DEB dan liberalisasi. Tun Mahathir menurut laporan sebuah akhbar tidak berapa 'gembira' dengan langkah tersebut. Begitu juga dengan beberapa komentar yang saya terima dalam entri blog yang lepas.

2.Lalu muncullah analogi ini dalam fikiran saya:

3. Ada dua orang:satu tinggi(A) dan satu rendah(B). Ada lampu dinding yang perlu ditukar. A yang sudah memang tinggi tidak mempunyai masalah untuk menukar lampu tersebut tetapi pastinya B mempunyai kesukaran untuk menukarnya. Justeru B memerlukan kerusi untuk dia mencapai dan menukar lampu tersebut.

4.Persoalannya: Apakah 'kerusi' tersebut dikatakan mendiskrimnasi si tinggi dalam mencapai matlamat yang sama? Apakah kerusi tersebut perlu dibuang supaya si B dapat menukar lampu tersebut? Adakah penggunaan kerusi itu salah dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada si A?

5.Gunakan kerusi tersebut untuk yang betul2 memerlukan sahajala.Kalau yang dah tinggi nak guna kerusi juga itu bermasalah namanya.Gunakan hak istimewa untuk yang benar-benar memerlukan sahaja.

6.Saya tetap yakin dengan pendirian saya bahawa diskriminasi positif masih diperlukan di negara kita akan tetapi saya tidak menolak bahawa satu hari nanti bumiputera tidak lagi memerlukan 'kerusi' tersebut kerana mereka benar-benar sudah tinggi. Bila?Saya tidak tahu. Mungkin apabila mentaliti bumiputera sudah bertukar kepada keyakinan bahawa mereka sudah boleh berdikari dan sasaran 30% dalam DEB itu sudah berjaya dicapai dan pencapaian bumiputera melebihi dari apa yang disasarkan.

7.Dan semua itu memerlukan proses dan usaha panjang yang berterusan tanpa henti.

High Chaparral

1. Masalah tanah di Pulau Pinang menjadi lebih kritikal apabila Lim Guan Eng meminta kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah tersebut.

2.Lepas tangan?Ya mungkin. Tapi saya lebih suka jika YB Lim membaca Perlembagaan Persekutuan Artikel 74 dan rujuk lanjutan ninth schedule yang menggariskan bidang kuasa kerajaan negeri. Masalah tanah merupakan matter of states, bukannya matter of federal.Sudah jelas pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan.Jadi tak perlulah lepas tangan dan minta kerajaan persekutuan campur tangan pula.

3. Sesuatu yang lazim apabila seseorang dilanda masalah sanggup meminta tolong orang yang pernah dihina dan dikutuk sebelum ini dan.Apabila tidak ditolong maka akan dicemuh sebagai sombong dan tidak bertanggungjawab tetapi apabila masalah itu telah selesai, ucapan terima kasih pun jarang diberikan dan selalunya akan berakhir dengan kritikan dan cemuhan yang berterusan.

MANEK URAI

1. Saya kagum melihat pemimpin tertinggi UMNO-PAS bersalaman dan mengadakan sesi bergambar bersama ketika penamaan calon PRK Manek Urai. Ternyata orang Melayu masih lagi lembut hatinya dan mempunyai semangat bersatu padu dengan membuang ego dan ideologi politik untuk berjabat tangan dan beramah mesra.

2.Yang lebih menyenangkan hati apabila proses penamaan tersebut tidak diganggu dengan sebarang insiden yang kecoh dan kontroversi.Satu petanda dalam kematangan berpolitik di negara kita mungkin.

UIA

1.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Hafizzudin atau dean yang menyatakan minat beliaud an UIA untuk menyertai Global Peace Youth Organisation.

2.Satu penghormatan untuk saya sebuah universiti yang memang terkenal dengan kursus undang-undangnya yang cemerlang menyertai organisasi ini dan saya berharap fakulti undang2 UIA bersetuju dengan kerjasama ini.Bagi pihak saya tidak ada masalah untuk UIA menyertai organisasi NGO bertaraf global ini.

3.Saya sedang meneruskan usaha mencari wakil2 universiti lain di Malaysia ini untuk menyertai GPYO. Kemungkinan besar saya akan mencari wakil dari UKM atau UM untuk memantapkan lagi organisasi ini!

7 comments:

  1. emm..teknik menjawab tu where we can get? any idea or tips?

    ReplyDelete
  2. good idea..i agreed with teacher

    ReplyDelete
  3. another question...pelajar part 3 elaun dah masuk ke?

    about the teknik m'jwb soalan tu...z nak explain ke ada notes?

    soalan ketiga: mana nak dptkan "rantai yg gantung kad matrix"?

    ReplyDelete
  4. gembira tgk org melayu lain parti tapi sehati sejiwa..bersatu..ni la yg kita mahukan..xder pertengkaran tetapi adanya kerjasama n ukwah sesama kita..bagusnyer~

    ReplyDelete
  5. ops bukan tali matrix yg biasa tu...kwn tanya yg khas utk budak pre-law...something like rantai...dy ckp ada senior part 3 yg jual. his name is arif...any idea..?

    ReplyDelete
  6. again,interesting view......

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)