Friday, July 24, 2009

FROM MERBOK WITH LOVE



The depression is high. When Leonidas had been denied to enter the war he defied and went it by his way.I feel the Leonidas feeling right now. UiTM will be closed for a week.It stucks my GPYO works. The tension is heightened arouse. The burden makes me more tough and here we go: PLAN A and PLAN B. Emergency plan. But no plan to retreat.No plan to surrender. We stand and we fight till the last sweat!!

1. Ok cukup. Itu adalah situasi yang aku hadapi untuk cuti seminggu di KL ini. Terus-terang semester kali ini, semester yang betul-betul membuatkan aku menjadi manusia. Manusia bukan kelas kedua.Jauh sekali kelas ketiga tetapi kelas pertama. Kelas manusia yang tidak dimiliki oleh setiap manusia. And I have to face it all.

2.Mari aku tunaikan janji kali ini: From Merbok with love. Tajuk macam filem James Bond tapi diubah menjadi Merbok, bukan Russia. Heh. Ironi. Apa tema untuk semester kali ini?Masih tak ada jawapan. Untuk lebih faham tentang situasi sebagai pre-lawrian part3( junior2 sila ambil perhatian hehe) aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian.

A-AKADEMIK
: Lebih baik dari semester lepas. Mungkin dah banyak masa sejak tidak lagi menjadi hicom dan waktu malam sangat diperuntukkan khas untuk studi. Puas kerana dapat jawab soalan law dengan sepenuh hati dan puas hati dengan result kuiz pertama ekonomi.Tapi masih permulaan.Akan lebih banyak lagi benda baru yang akan dipelajari dan mesti jangan tertinggal jauh supaya tak penat nak kejar balik. Jadual dah cantik dah cuma praktikalnya tu kena lebih keras dan disiplin sikit.

B- DEBAT
: Hah agak teruk sikit time AGM aritu then telah diimprove balik ketika latihan debat aritu.Itu pun hancus jugak sebab tak pasal2 dapat peranan pendebat kedua.Aku takat jadi yang pertama bolehlah sebab kerja2 membidas ni memang aku xmahir sangat nak me'laha' itu ini. Insyallah akan cuba ditingkatkan selepas naik cuti nanti.

C-TUGAS
:Lepas pencen dari hicom aku mula fokus untuk Global Peace. Sebagai founder untuk sayap baru Global Peace iaitu Global Peace Youth aku perlukan majlis perasmian dan aktiviti-aktiviti yang akan dirancang selepas perasmian tersebut.Keadaan menjadi semakin menarik apabila makin bertambah halangan untuk menjadikan ia kenyataan tapi aku cuma menganggap 'the game is just to begin'. Dan bersyukur kerana dapat sokongan dari orang2 kuat GPYO iaitu Don Nizam, Fyza and the Gang, ajk2 GPYO dan tak lupa 60 orang delegasi UiTM Kedah yang telah sanggup mengorbankan duit MARA untuk pergi ke majlis perasmian.Sorilah semua tapi aku janji kalau dapat duit lebih sponsor ke ape memang aku open table untuk korang semua.(fyza,ain,nadia korang punya kes lain cerita-carl's junior k haha)

D- KELAS
:Inilah kelas yang terbaik yang pernah aku masuk sejak dari sekolah rendah sampai masuk universiti.Sangat sempoi dan relaks. Cukup best dan barulah kali ni aku terasa sangat rapat dengan classmates semua. Mungkin sebab jumlah kami x ramai tapi itulah yang membuatkan kitaorang senang nak buat assignment dan kerja-kerja lain. Sangat best bila miss Rafidah belanja kitaorang kek time dapat gaji, macammana aku bersama Jim serta team produksi yang lain membuat birthday prank untuk Rita dan bagaimana aku terpaksa 'menurunkan' Mawi dari class rep untuk diberikan kepada Jimi.Kepada Mawi inilah kenyataan yang ikhlas keluar dari aku setelah tragedi 'penggulingan' tersebut(ayat touching): Assignment law yang baru dihantar hari khamis lalu telah menjadi ujian terbesar untuk semua class rep. Kalau tak kuat fizikal dan mental memang hancur assignment tu. Sebab tu aku rasa Jimi lebih sesuai untuk handle benda tu dan bukan tu je, assignment global pun sangat mencabar sebab kena pembahagian assignment dan apa benda alah lagi tu.So itulah sebabnya, bukannye suka2. Mungkin orang lain fikir anda(mawi) 'dipecat' sebab masalah fotostat tu tapi kalau tanya aku, jawapan aku:tak kisah pun berapa ringgit kena bayar yang penting ada.Aku melihat perkara ni dengan lebih jauh so no offence k.Still pre-lawrian dude!

E-FRIENDSHIP AND LOVE
:Aku tau korang memang tertunggu2 benda ni kan.Saje je aku letak last sekali kalau tak takdela korang nak baca blog ni hehe. Friendship macam biasa, ok dan takda konflik sangat.Semuanya berjalan seperti biasa dan aku sekarang sedang dalam proses meninggalkan masa lalu. Well I don't have any interest to fix my past. So mana yang ada dalam hidup aku sebagai friends sekarang ni moodnya baik dan sangat baik. Love?Siapakah yang telah menyebabkan zharif tak tidur malam kalau tak tengok?Haha cerita dia jadik camni: aku dah baring kat katil tapi tak boleh tidur setelah setengah jam melelapkan mata. Terus aku ambik hp dan tengok video.Ha video apa tu?Apa lagi kalau bukan WONDERGIRLS!!!hahaha. Ya merekalah itulah yang telah membuatkan aku dihipnosis. Masa start2 jatuh cinta tu 5 kali sehari tengok tapi sekarang tengok dua tiga kali pun dah ok lah. Even masa on the way ke kl pun aku layan lagu diaorang dekat tiga empat kali. Jobless punya pasal. Kalau dulu masa first sem lagu yang kerap didengar ialah I'm yours. Sem kedua takde lagu yang spesial sangat, semuanya dengar tanpa ada bias yang ketara tapi semester tiga without no doubt lagu Nobody. Aneh kan tapi itulah kenyataannya. Tak sangka Zharif yang nampak nerd(macam sesetengah orang tu cakap =p) dan serius rupanya 'cair' dengan wondergirls.Wonder why?Ask the wonder girls and wonder how me use to follow their dance steps haha.

3. Itulah secara kasarnya tentang kehidupan selama 2 bulan sebagai pre-lawrian part3. Sibuk sangat sibuk(busy like crazy u know) tapi makin banyak pengalaman yang aku timba. Pengurusan kewangan juga semakin matang dan baik.Kerusi di Shah Alam sudah dijamin dan hanya perlu untuk menamatkannya dengan cara terhormat.

*Blog seterusnya: Calon isteri sudah dijumpai.Eh?Perempuan berkalung serban?Itukah dia?

7 comments:

  1. ".Kerusi di Shah Alam sudah dijamin dan hanya perlu untuk menamatkannya dengan cara terhormat."

    ~gerunnnye baca~


    "*Blog seterusnya: Calon isteri sudah dijumpai.Eh?Perempuan berkalung serban?Itukah dia?"

    ~ fuuh, who's that lucky girl huh??~ :P

    ReplyDelete
  2. Salam Zharif...

    Berfikir memang....dan sangat berinformasi.

    Perempuan berkalung sorban...ceritanya sangat bagus walau sedikit kontroversi

    ReplyDelete
  3. :) hahaha.. carl's junior taw!!! xD

    ReplyDelete
  4. Esok nk p singgah jap kat Merbok..

    ReplyDelete
  5. haha...lagho dowh tgk wonder girls...so..leh ar lepas ni anda menunjukan kepada kami semua steps yang depa menari tu an..tunjuk kan lah bakat anda yang terpendam..bile lagi weh..haha...

    ReplyDelete
  6. hmm..
    wondergirls?
    no doubt, 'nobody' is a great song..^^

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)