Friday, July 31, 2009

DUA BENDA SATU MALAM

1. Baru balik 'mesyuarat' di Syed Bistro bersama encik Azli Shukri, blogger yang sangat aku kagumi kerana kemampuan beliau untuk berhujah menggunakan fakta2 yang sangat bernas dan perbualan kami berdua dirancakkan lagi dengan kehadiran saudara Dayat, seorang lagi blogger berasal dari UiTM Melaka.

2. Tiga jam berbincang itu ini dan semestinya bila dah sama-sama blogger berjumpa komfem tak lari cerita politik.Bukan tu je aku juga dapat banyak cerita2 di sebalik tabir daripada encik Azli kerana beliau orang DBP dan banyaklah tahu sejarah majalah2 terbitan DBP ni.Macammana Mastika dulunya berkonsepkan seperti majalah reader digest kini bertukar menjadi isi kandungan perihal 'sisi gelap' bumi Malaysia.Bukan tu je perkara2 utama seperti rasuah sampailah kepada sejarah2 dulu pun dimasukkan dalam topik perbualan.

3.Tapi itu bukanlah isi kandungan utama aku postkan entri ni.Pastinya ia akan berkisar tentang organisasi yang menjadi 'brainchild' aku iaitu PGPYO. Dan mungkin ini satu berita gembira untuk semua: insyallah melalui bantuan encik Azli aku akan berusaha untuk dapatkan sponsorhip waktu majlis perasmian nanti. Kiranya masalah bajet tu insyallah tak perlu dibimbangkan.Cuma sekarang ni diperlukan kertas kerja dan surat untuk dapatkan sponsorship tu. So jika ada di antara kalian(macam tajuk lagu la plak) yang ada pengalaman dapatkan sponsorhip sangat2lah dialukan untuk memberi contoh tersebut kepada aku. Dan ini bukan paksaan ye, ini kerja sukarela dan sukahati.Sesiapa pun diberi peluang tak kira tua atau muda untuk membantu sebab terus-terang menurut aku usia bukanlah satu perkara yang penting.Yang penting adalah kemampuan untuk memberi sumbangan dan kalau bekerja dengan aku tidak ada satu cadangan yang akan ditolak gara-gara faktor usia.

4.Tapi cerita PGPYO tak habis lagi.Banyak lagi benda yang masih belum disetelkan.Keadaan semakin menekan dan waktu event pun makin dekat. Sekali lagi, multitasking diperlukan dalam hal ini dan berdoalah yek presiden korang ni sihat dan masih hidup untuk teruskan organisasi ni(mestila masih hidup kalau tak siapa yang menulis blog ni haha).

5.Itu cerita pertama.Cerita kedua adalah berkenaan projek Encik Azli sendiri untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan 1Malaysia menurut perspektif orang muda. Jadi aku dan abang Dayat akan menyumbangkan artikel untuk buku ni.Ok konsep buku ni adalah mengumpulkan idea-idea orang muda yang kemudiannya dibukukan.Dan idea tu mestila pasal 1Malaysia janganlah cerita pasal benda lain plak. Insyallah aku akan menulis artikel yang tajuknya mungkin seperti ini '1Malaysia: Kedudukan Hak Melayu' ataupun 'Status UiTM dalam konsep 1Malaysia.' Tapi rasanya aku akan menulis pasal tajuk yang pertama la kot.Komfem kena beli buku lagi untuk aku benar2 mahir dalam isu ni. Aku diberi masa sebulan untuk siapkan artikel tu dan buku ini akan dilancarkan paling lewat hujung tahun ni.

6.Jadi aku menjemput blogger2 lain terutama saudara idealogi anak bangsa untuk turut menyumbangkan artikel dalam menjayakan buku ni.Dan satu lagi: jangan fikir disebabkan usia anda terlalu muda dan ini menyebabkan anda tidak layak untuk menulis pendapat anda mengenai isu2 nasional.Buktikan orang muda mempunyai tahap intelektual yang tinggi, bukan setakat gah bercakap itu ini, menjuarai perhimpunan2 menuntut itu ini tetapi juga berjuang dalam kelas yang tersendiri, kelas intelektual.Menegur dan mengkritik dengan cara yang bijaksana.

7.Itulah dua perkara yang sangat penting aku dapat dalam pertemuan dengan Encik Azli malam ni.Satu lagi pintu peluang terbuka. Dan membuatkan aku semakin yakin dengan pegangan aku selama ini 'Orang yang tahu tapi tak buat sama seperti orang yang tak tahu'. Dan sekali lagi, walk the talk terus dijadikan prinsip dan jangan takut untuk menghadapi masalah kerana masalah itu sentiasa ada.Dan kita diberi pilihan untuk menjadikan masalah itu sebagai peluang atau alasan.Selagi amanah sebagai pemimpin PGPYO itu digalas selagi itu aku akan tetap berjuang untuk menjadikan ia satu kenyataan bukan sekadar berdiri megah meminta itu ini dan akhirnya satu benda tak jadi.

Once again pray for the strength and luck!

entri seterusnya: Budak2 sekarang pun dah rasuah.Eh betul ke?Ingatkan orang politik je berasuah...

7 comments:

  1. can't believe it (blinking), but it's not impossible...always pray for the best!

    btw, Z camne kita nk bg pendapat tu? melalui apa ye?

    ReplyDelete
  2. salam Z,

    terima kasih atas jemputan untuk sumbangkan artikel untuk buku 1Malaysia dari sudut perspektif anak muda :). Saya amat terhutang budi dan menghargai jemputan itu. Maka dengan itu, insya-allah saya akan cuba menerbitkan 1 1 artikel yang terbaik dari pihak saya. Mungkin, saya akan menyentuh perkara berkaitan mahasiswa malaysia. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. fatin- buat pakai microsoft word then hantar kat z

    ideologi- alhamdulilah boleh.Setiap artikel tu kalau boleh dalam 10 mukasurat. Kalau dah siap nanti juz notify me k =)

    ReplyDelete
  4. 1Malaysia-Penerusan Agenda Membina Negara

    1Malaysia-Toleransi vs Penerimaan ??

    ......dari sudut pandang orang muda, bersediakah menghadapi 2020?

    ReplyDelete
  5. begitu teruja membaca entri ini..

    semoga dipermudahkan dan sukses

    ReplyDelete
  6. rasuah ni mcm virus jkg kdg2...

    1Malaysia:Kedudukan Hak Melayu..
    ptot d'bncgkn spya owg mlyu xjd plrian d ngra sndri stu ari nnt...

    GAMBATE!!!

    ReplyDelete
  7. bab rasuah 2 untk entry yg t'bru tuh..da t'msok skali..jgn confius..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)