Wednesday, July 22, 2009

INTERNATIONAL DINING

1. Terkejut Aaron(budak part1) bila dia tanya aku 'Kau ada kelas ke sekarang?'.Aku mengangguk sambil tertawa.Dia hanya menggelengkan kepala, tergelak dan xpercaya budak 4flat time kelas boleh pegi sarapan.So korang2 semua kalau nak skor 4 flat ikutlah cara macam aku ni haha. (Actually arini kelas hantar assignment first term paper jek.So lepas2 hantar aku keluar balik untuk sarapan dan masuk balik untuk siapkan entri ni).

2.Dah lama tak merasa telur separuh masak.Akhirnya dapat juga aku lepaskan 'kerinduan' untuk bersarapan dengan telur separuh masak ni.Dua telur seringgit(err maksud aku telur separuh masak tu).

3. Makcik yang bertanggungjawab untuk menjaga bahagian membuat omelet dan telur separuh masak tu macam terpegun bila aku tanya ''Buk, telurnya udah siap?'' Dia hanya mengangguk dan senyum.Mungkin sekian lama bekerja kat dining tu ini kali pertama dia dengar ada budak yang fasih berbahasa indonesia hehe. Eh kalau UiTM Shah Alam ada tawarkan bahasa Indonesia sebagai bahasa ketiga akulah orang pertama akan amek dan komfem2 boleh skor subjek tu hihi.

4.Bukan tante(makcik) tu je yang aku akan guna slank indonesia tapi dengan makcik yang jual nasi ayam pun aku berlatih cakap bahasa seberang.Sampai dia pun dah kenal muka aku; muka nasi ayam haha.Hari2 makan nasi ayam je, dah sedap nak buat camna. Tapi yang aku xsangka ialah cashier tu pun cewe(bukan tante) Indonesia. Waduh manis bangat deh. Mulanya aku pikir ya dia itu umurnya muda dari gue tapi iya teman gue bilang kalau dia itu umurnya sebaya macam gue.Wah rezeki nih hehe. Dah sudah cukup2la tuh unrequited love dengan cewe Indonesia yang dulu pun xhabis lagi. Takpe doa2kanla ada siswi Indonesia kat UiTM Shah Alam nanti baru best sikit hoho.

5. Sungguh mengagumkan apabila dining kali ini berubah wajah. Kalau dulu aku just kasi 1 bintang dari 5 bintang. Tapi untuk semester ni aku berpuas hati untuk kasi 4 bintang. Mau taknya makanan dah makin banyak pilihan.Air panas pun boleh disediakan.Paling best semalam waktu hujan2 makan roti planta dengan teh tarik.Kalau malam2 pun lepak kat dining 'mamak teh tarik satu!'. Semua pekerja2 kat dining tu aku perhatikan berbilang negara dan mencapai tahap international; Indonesianya ada, Bangladeshnya ada, Kembojanya ada, Melayu pun ada. Dah macam nasi campur la pulak.

6.Bila ada pekerja asing ni tahap kerajinan diaorang ni tinggi siket. dining sentiasa bersih dan kemas. Walaupun servis agak lambat tapi rasa makanan tu sedap so servis lambat tu tak menjadi masalah. Lagipun kalau tiap2 ari aku joging(biasanya pukul 6.00 atau 6.30) time tu pekerja Indonesia dan Bangladesh yang bekerja kat tempat pembinaan still lagi bekerja dan baru nak balik. Dari tahap kesungguhan dan kerajinan memang aku salut. No doubt of that. Bukan nak cakap bangsa sendiri pemalas ke apa tapi contoh dari pekerja asing ni boleh diambil. Yela diaorang ni datang ke Malaysia bukannya untuk bersenang-lenang kena kerja nak sara hidup. kalau yang dah ada keluarga kat negara asal lagi susah. Kadang2 bila tengok pekerja Bangladesh tu termenung mula terfikir dalam otak aku ' Agaknya dia tengah fikir keadaan famili dia kot'. Tapi itulah pengorbanan. Kalau tak boleh menerima pengorbanan maka jangan harap akan menang dalam perjuangan hidup.

7. Esok akan pulang ke Kuala Lumpur.Wohoo tak sabar rasanya nak lepak dengan big boss kat kedai minum; sambil minum teh tarik tu memang perbualan kami akan berkisar tentang isu2 global atau international affair. Mind argument, i like that much. Then ari sabtu akan pulang ke Johor Bahru untuk 'refreshing' sebelum menyiapkan kerja2 lain di waktu cuti ini.

*Entri seterusnya: review dua bulan sebagai pre-lawrians part3. Apa benda yang baru dan sedang diusahakan dan bagaimana aku yang mungkin dilihat sebagai orang yang serius, tegas dan 'nerd' telah 'jatuh cinta' dengan sesuatu hingga membuatkan aku x tido malam kalau tak tengok ******.Siapakah ****** itu?Tunggu........!

6 comments:

  1. aiseh. glamour pulak si aron kat sini ;P

    ReplyDelete
  2. t'gzut nme aaron da kt entry nih....
    laen la aaron time klas gnti (mlm) dia bleh lri g dinner..huhu
    mcm jiwang je ayt..
    smp xtdo mlm plak..
    jgn smp xmkn dh la..!!

    ReplyDelete
  3. can't wait to read ur blog! :P

    ReplyDelete
  4. hahahahah...
    pekerja2 asing mmg rjin..so org Malaysia yg memilih sgt keje tu, arap2 jgn komplen kalau tempat di isi oleh org asing..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  5. hurmm...
    kat blog ni pown aaron femes gak er??
    ish3....

    ReplyDelete
  6. Uihhh ... saspen lak ek! Sapalah tu yer, yang bisa membuatkan orang len tak tidur malam ...

    Precious

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)