Thursday, July 2, 2009

CERITA DALAM BAS

1. Dalam mengharungi perjalanan bas ke Kuala Lumpur saya menghabiskan sejam yang pertama dengan berbual dan bertukar pendapat dengan rakan saya Nizam. Kami begitu teruja dengan berita-berita yang terpampang di dada akhbar hari ini.

2. Salah satu ceritanya berkenaan Felda Global yang bakal menjadi syarikat multinasional negara. Satu anjakan yang mengagumkan.

3.Saya berpendapat DS Najib sedang mengikut rentak pentadbiran Tun Mahathir apabila cuba membawa perubahan demi perubahan kepada negara. Kalau dahulu allahyarham Tun Abdul Razak yang mengasaskan Felda kini DS Najib cuba membawa Felda ke satu tahap yang lebih tinggi.

4.Setakat ini Felda bekerjasama dengan IFFCO yang merupakan syarikat makanan dan barangan pengguna merangkumi beberapa negara di Indonesia, China, Turki, Afrika Selatan dan Malaysia.

5. Saya berpendapat Felda perlu menggunakan konsep yang sama digunakan di awal 'kelahiran' mereka di negara ini.Felda membuka tanah rancangan baru dan penduduk2 di tanah baru itu akan terlibat dalam sektor perladangan terutama kelapa sawit. Justeru kenapa tidak selain daripada bekerjasama dengan syarikat lain, Felda menggunakan konsep ini untuk pelaburan di negara lain?

6.Saya ambil contoh Indonesia. Apabila Felda membuat pelaburan, membuka tanah rancangan baru di sana maka secara tidak langsung Felda dapat membantu penduduk Indonesia yang tinggal terpisah dari aktiviti ekonomi untuk terlibat sama dalam sektor perladangan.Mereka(penduduk Indonesia) akan tinggal di tempat perumahan yang lebih tersusun dan sama-sama menjana ekonomi Indonesia dari segi sektor perladangan kelapa sawit. Dan Felda dapat menjana keuntungan jangka panjang dengan terlibat sama dalam aktiviti eskport kelapa sawit dan dividen saham. Bukan itu sahaja Felda juga dapat menjana eksport negara apabila membekalkan teknologi dan kepakaran untuk membangunkan tanah baru rancangan. Saya berpendapat tidak timbul masalah kekurangan tenaga buruh kerana kita maklum Indonesia mempunyai sumber manusia yang mencukupi. Justeru modus operandi Felda ini sama seperti yang dilakukan oleh Petronas yang menjadi syarikat multinasional negara yang juga membuat pelaburan cari gali di Sudan.

7.Dan Nizam mencelah dengan menyatakan perlu ada pertimbangan jika Felda mahu meneruskan konsep yang saya utarakan kerana perlu mengambil kira faktor-faktor lain seperti cukai dan pulangan keuntungan yang perlu dikompromi dengan negara yang menjadi sasaran pelaburan tersebut.Benar, saya tidak menolak idea Nizam tersebut kerana Felda juga perlu memastikan pelaburan mereka itu mendatangkan hasil yang positif kepada mereka dan juga kepada Malaysia. Tetapi kami berdua tidak menolak bahawa konsep ini boleh dilaksanakan.

8.Mungkin keterlaluan dan dianggap wishful thinking tetapi saya tidak pernah takut untuk mencadangkan sesuatu yang dianggap mustahil atau 'gila'. Sebab itulah perkara pertama yang harus menimpa sesebuah idea sebelum diterima dan digunapakai. Sudah pasti perlu ada penambahbaikan atas cadangan yang saya berikan dari segi ekonomi kerana saya bukanlah pelajar ekonomi(meskipun salah satu subjek yang sedang dipelajari sekarang adalah ekonomi) dan jika benar Malaysia mahu benar-benar setanding dan mencapai standard negara maju maka perlu ada banyak syarikat multinasional yang bukan sahaja menjadi pemegang saham atau 'join venture' tetapi punya rancangan dan business sendiri!

*Kena tanya Mr Wong(pensyarah subjek ekonomi) untuk rancangan yang lebih efektif...

5 comments:

  1. erm..bgus jgak idea tu..tetapi..ladang2 felda di Malaysia ni dah betul2 diusahakan ker? org2 felda ni betul2 berjaya ker dgn tanah mrk? knpe byk yg msih miskin xpun sederhana..kwan hani anak felda..tapi, kehidupan diorg xpenah berubah jadi lebih baik wpun ade tanah sendiri..Knpe hal ni boleh terjadi? Ape yg kurang? Nama felda tu yg untung besar ker atau rakyat2 felda? Sampaikan kwan kpd kwan hani tadi tu ayah dia jual tanah tu sbyk RM 2 juta kat org cina sbb xmampu nak support anak2 dia di U..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    antara langkah liberalisasi ekonomi najib razak ialah syarikat asing dibawa (dibaca= terpaksa diterima) ke dalam negara dan diberi peluang seluas-luasnya untuk menguasai ekonomi negara, dengan alasan membantu ekonomi negara dalam kemelesetan.
    ini sama langkah penswastaan mahathir akhir 90an.semua telah diswastakan.

    aku pun bukan pandai ekonomi tapi aku tahu yang dasar utama kapitalis adalah untuk mendapat keuntungan paling maksimum.mereka ini takda langsung niat untuk membantu rakyat miskin atau orang felda.(kalau adapun sebab nak elak cukai)

    makcik timah felda taib andak dan pakcik husin felda palong kena tahu dan tak boleh ditipu dengan dasar baru ini.

    ReplyDelete
  3. cadangan yang bernas. namun pada pendapat saya, untuk memantapkan lagi rancangan felda ini, generasi muda felda perlulah memahami peranan mereka dalam rancangan ini.

    menurut pemerhatian yang dilakukan oleh saya (correct me if i'm wrong) masih ramai lagi warga-warga felda yang ketinggalan dalam bidang pendidikan dan masih ramai lagi yang terlibat dalam masalah-masalah sosial. negara juga pernah digegarkan dengan kes video2 lucah yang banyak datang dari felda, masalah penyalah gunaan dadah yang banyak datang dari felda. dan beberapa lagi masalah sosial yang rata-rata anak-anak muda felda terlibat.

    namun, ini tidak bermakna semua yang terlibat dalam masalah ini. ada juga yang berjaya dan sebagainya. tetapi, melihat perkara ini secara menyeluruh perkara ini perlulah diberi perhatian kerana pembangunan modal insan itu bagi saya adalah pemangkin kepada pembangunan-pembangunan lain di masa depan kelak.

    sekian, sila beri tunjuk ajar

    ReplyDelete
  4. salam
    terima kasih atas komentar yang diberikan oleh anda bertiga.Saya faham bahawa Felda di negara kita belumlah maju sepenuhnya.Masih banyak kekurangan yang boleh diperbaiki.Contohnya anak2 felda ini perlu diberi bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan saya berfikir apabila felda mula menuju ke arah multinasional maka ia satu anjakan untuk dari tahap sederhana ke arah yang lebih maju. Dan untuk menjadi multionasional kita tidak boleh hanya bekerjasama sahaja tetapi perlu mempunyai projek dan rancangan sendiri.Sebab itu saya mencadangkan Felda perlu keluar dan melabur di negara lain supaya secara tidak langsung status Felda dan pekerja2nya juga dapat ditingkatkan melalui pulangan dividen,koperasi dan jualan.
    Maaf jika ada sebarang kekurangan dan kedangkalan ilmunya.

    ReplyDelete
  5. LB Johnson dl dtg ke msia nak tgk mcm ne konsep felda ni,walau ia ditiru dr konsep estet .Jika ari ini dia hidup lg mungkin dia akan berkata 'hebatnya org felda skrg..dah duduk banglo bernilai Rm300,000 (wpun kos sebenar tak sampai RM 100ribu pun)..mereka hanya goyang kaki..

    ...yg penting berapa ramai yg senang dgn felda ni,walau byk isu berkaitan felda-hutang tak bayar,cukai tak bg kat kjaan ng,masalah sosial, digelar rakyat subsidi,masalah pengurusan dan ntah apa-apa g.Namun mereka patut SYUKUR byk yg berjaya hasil dr Felda ni.

    Generasi kedua ,ketiga perlu lebih terbuka dan
    tak perlu la nak harap felda yg tanggung g...keluarlah dr lingkungan felda;Felda Global!

    berapa ramai anak felda di Lim Kok Wing,tinjau lah agar mereka tidak terjerat dgn kejutan budaya!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)