Tuesday, July 21, 2009

JOGING

1. Gara-gara menonton filem Armageddon semalam secara teknikal aku terlambat untuk ke kelas feveret aku, BEL 332. Masuk2 jek terus kena buat mock debate. Better than the previous mock masa AGM aritu. But not fully 100%.Save the rest for the best hehe.

2. Mungkin sebab aku x joging petang semalam?Eh?Logik ke?

3.Biasanya kalau lepas joging malam tu komfem aku akan tidur awal.Pukul 12.30 malam dah tidur dah.Tapi semalam nak dekat pukul 3 baru tidur. So secara tak langsung akan membuatkan aku bangun awal dan rasa segar lepas bangun pagi tuh.

4.Kat UiTM ni cuma joging jela sport yang aku join. Kalau dulu masa kat Johor selain dari joging aku join jugak bola sepak.Tapi setakat main gitu2 jela takde ambition pun nak wakil apa-apa pasukan ke ape. Last wakil pun masa form 4, itupun wakil kelas jek. Dan posisi terbaik aku ialah Pertahanan ataupun last man.Masa sekolah rendah biasanya jadi midfield kemudian aku rehat kejap masa form 1-3. Then naik form 4 baru masuk balik bola sepak kemudian masa form 5 barulah masuk marathon dan seterusnya ter addict dengan sukan berjoging.

5. Masa form5 jugak aku dapat menguasai sukan yang baru; swimming.Mula-mula serius aku xsuka berenang dan tak ada niat langsung nak berlatih benda alah ni.Tapi masa cuti penggal aku mula dihinggapi rasa bosan so aku pun joinla abang dan mak aku yang dah expert dalam swimming ni.Dekat 3 hari jugak baru dapat skill untuk berenang tu. Terima kasih kepada trainer yang jugak jurulatih renang untuk tentera laut.Floating dan lompat dari papan anjal menyusul pada hari keempat dan kelima. Paling tinggi aku pernah lompat ialah dari tingkat dua( basically ada 4 tingkat). Itupun dah tersalah teknik kalau aku buat teknik tu dari tingkat 4 komfem dah pecah dah dada. Setakat ni aku cuma boleh swimming kuak dada(froggy style) dan swimming dengan tangan diikat dari belakang. Yang freestyle xreti lagi.

6.Sukan alternatif yang tidak mengeluarkan peluh adalah boling dan memanah. Dan aku sedang pursuit untuk mendapat skil sukan yang baru iaitu bola tampar atau bola keranjang( tapi nampak gaya tinggal impian jela sebab malas nak training). So aku just nak memantapkan skil2 sukan yang ada. Tak sabar nak balik cuti ni sebab boleh berenang, boling dan memanah. Maka joging akan ditinggalkan buat seketika waktu.

7. Siapa cakap budak 'buku' tak join sukan?Korang pun kena join sukan jugak untuk kesihatan!

4 comments:

  1. Hahah..budak buku?? budak pembuli ada la :0)

    ReplyDelete
  2. wah..z ni mcm2 boleh..malaysai boleh!!..huhu..
    bdn cergas otak cerdas..
    moga enjoy time mmntapkan skil2 skn anda..

    ReplyDelete
  3. bagusnya, aktif...i wish i could.

    ReplyDelete
  4. aku lg bes
    blaja berenang mase kecik2
    tp dh lupe dah skrg cane..
    bole pulak kn cmtu
    tp yg still bole bwat terapung lah
    hihi

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)