Friday, July 31, 2009

3R

RASUAH RANTAI REMAJA
1.Suratkhabar The Star hari ini mendedahkan bahawa kajian yang dilakukan oleh UKM menunjukkan 30.5% mahasiswa negara tidak mempunyai 'masalah' untuk memberi dan menerima rasuah jika mempunyai kuasa dan peluang.
2.Walaupun peratusan tersebut masih dianggap kecil dan tidak melebihi 50% tetapi angka 30% itu bila-bila masa sahaja boleh naik mendadak dan akhirnya mentaliti siswa negara akan merasakan bahawa rasuah bukan lagi satu jenayah.
3. Banyak masalah bila cerita pasal rasuah ini.Perkataan rasuah itu sendiri vague dan tidak jelas; apa yang dimaksudkan rasuah?Adakah rasuah ini hanya sekadar memberi dan menerima wang?Bagaimana dengan memberi hadiah dan belanja makan supaya menang dalam sesuatu perebutan jawatan?Adakah itu dianggap rasuah juga?
4.Barangkali mentaliti siswa sendiri yang telah membentuk peratusan 30% itu sendiri.Mungkin ada yang berpendapat 'apa masalah menerima rasuah sebanyak 200 ringgit?Adakah menerima 200 ringgit itu akan menjejaskan maruah bangsa?Apa kena mengena 200 ringgit dengan masa depan negara?
5. Ada dua jawapan untuk menjawab soalan 'bijak' di atas. Pertama: kalau dah 200 ringgit pun sanggup terima supaya pendirian dan prinsip diri boleh dijual beli maka diri individu itu sendiri tak ubah seperti pelacur(maaf menggunakan perkataan kasar di sini). Harga diri dan kehormatan mempunyai harga dan nilai untuk perkara yang haram dan salah. Apa bezanya seorang penerima rasuah 200 ringgit kemudian mengundi calon yang memberinya rasuah dengan seorang pelacur yang dibayar 200 ringgit kemudian memberi perkhidmatan seks kepada pelanggan yang membayarnya? Orang yang menerima rasuah ini juga sanggup menggadai negara sendiri jika disogok oleh kuasa asing untuk membuat huru-hara dan kekacauan di negara sendiri dan hal ini akan membawa kepada campurtangan kuasa asing.Hasilnya negara tergadai,bangsa menjadi hamba kepada penjajah dan agama kita dipinggirkan di negara sendiri.
6. Hujah kedua pun senang untuk digunakan: pemberi rasuah tu sebenarnya seorang yang sangat desperate dan terdesak untuk dapatkan jawatan dan sesuatu. Bila seseorang meminta-minta jawatan maka berhati-hatilah dengan manusia jenis ini; spesies macam ni akan kuat cakap daripada kerja. Minta jawatan itu ini tapi kerja tak buat dan dilepaskan kepada orang lain. Pemberi rasuah ni pun tak da masalah untuk terima rasuah. Kalaulah pemberi rasuah ni menjawat jawatan2 penting dalam pentadbiran negara agak2 apa jadi? Kalau kuasa asing kasi sekian2 duit pun sanggup untuk jual dan gadai negara sendiri. Memanglah 200 ringgit tak banyak tapi kalau dah sedap sangat terima rasuah maka ia akan menjadi tabiat dan budaya dalam masyarakat. Akhirnya negara kita akan korup teruk dan akhirnya orang2 yang tak layak memegang sesuatu jawatan itu akan memimpin kita semua.Yang pandai2 tapi tak mampu nak kasi 200 ringgit akhirnya akan menjadi rakyat biasa, kepandaiannya itu tidak dapat membantu negara. Negara akan kehilangan banyak bakat dan kemampuan dan seterusnya negara Malaysia akan tersekat pembangunan ekonominya dan menjadi mundur kembali.
7.Ini adalah satu petanda kritikal untuk generasi muda sekarang ini. Ini baru rasuah.Kalau buat kajian tentang isu2 sosial yang lain, dah berapa kali 'test' sebelum kahwin, minum arak dan lain-lain komfem boleh masuk Malaysia Book Of Records.
8.Badan-badan politik dan NGO juga kena ambil serius hal ini untuk menyelamatkan siswa daripada membudayakan amalan rasuah ni. Tapi kepada Pemuda UMNO saya rasa susah sikit kalau mereka sendiri yang nak banteras rasuah sebab ketua mereka sendiri menang sebab rasuah.Itu bukan tuduhan yang melayakkan orang memanggil saya fitnah dan boleh disaman sebab buktinya sudah ada dan jelas. Terimalah kenyataan ini kerana telinga anda semua yang memilih beliau sebagai ketua pemuda telah 'tersumbat' dan mata anda telah buta dengan wang2 yang ditaburkan. Dan kami pun siswa atau generasi muda akan memandang rendah terhadap kredibiliti kalian kerana telah memilih seorang perasuah yang telah mencemarkan imej sebuah parti yang dahulunya berjuang demi agama,bangsa dan tanah air.Tak susah untuk bayangkan perasaan dato Onn Jaafar jika dia masih hidup dan melihat situasi ini berlaku.
9. Rakan-rakan anda dan orang di sekeliling anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk menerima sampul surat anda(yang berisi wang ringgit) tetapi Yang Di Atas Sana tidak sudi memandang sampul surat anda sedikitpun.
10.Filem Anak Bapak arahan Allahyarham P.Ramlee menunjukkan watak Harun bin Mahfiz memarahi dan mengugut untuk memecat penasihatnya sebab memberi cadangan supaya mengambil duit syarikat untuk kepentingan sendiri. Itu orang dulu punya sikap.Orang sekarang macammana pula?

2 comments:

  1. kadang si pemberi jua memain peranan..
    contoh... bila masalah saman kereta.. polis A nak saman, sempat pula 'bertanya'..kalau saya tak saman tak ada duit kopi ke?30 pun jadi...

    si pemberi ada pilihan nak bagi atau tidak, kalau tak bagi.. melayang RM300...

    tapi.... tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete
  2. walau bagaimanapun, saya sebagai ahli jawatankuasa SPR prelaw amatlah telus dan menyingkir segala bentuk rasuah! haha. rasuah itu haram. haram itu dosa. dosa itu jalan neraka. so, pandai2la orang itu ingatkan diri sendiri nak letak ke jalan mana. ;)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)