2.Moderator awal-awal lagi telah mengingatkan penonton supaya diam dan tidak bersorak mahupun beremosi saat debat berlangsung dan kedua-dua pendebat(Obama dan Mccain) sangat menjaga etika-etika perdebatan dan tidak beremosi secara keterlaluan.Kedua-duanya memperlihatkan kematangan politik meskipun kadang kala agak hangat apabila masing-masing bertegang urat untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik dari pesaing.
3. Saya terfikir bagaimana suasana perdebatan DS Najib dengan Tuan Guru Nik Aziz jika ia benar-benar berlaku. Dua bekas PM telah menyatakan ia membuang masa. Benarkah?
4.Pada saya ia membuang masa jika nak membuktikan siapa betul dan siapa salah.Membuang masa jika dijadikan platform untuk menuduh orang ini kafir orang itu nasionalis orang ini sesat dan orang ini yang masuk syurga. Membuang masa jika hanya seputar kisah politik yang telah melemaskan rakyat selama ini.
5.Kalau nak berdebat tentang isu ekonomi,masalah pemberhentian kerja, isu ekuiti bumiputera, tentang keberkesanan pakej rangsangan ekonomi kerajaan, tentang dasar terbaru FIC atau biasiswa nasional, isu-isu pendidikan berkaitan dengan PPSMI atau dasar mewajibkan bahasa Inggeris untuk lulus SPM dan isu2 sosial seperti masalah dadah,HIV/AIDS,anak luar nikah,seks bebas dan lain-lain pada saya itu baguslah.Barulah kita dapat lihat strategi kerajaan dan pembangkang bagaimana mereka hendak menyelesaikan masalah-masalah rakyat, bukannya menyelesaikan masalah peribadi.
6.Dan tak perlulah nak tentukan siapa yang menang atau kalah menerusi juri.Nanti berat sebelah.Jauh sekali saya minta ia diadili dengan SMS sebab sesiapa pun boleh mengundi(mereka yang tak tahu pasal debat ini pun boleh mengundi kalau sudah diminta oleh rakan2 atau pemimpin mereka). Jadi biarlah rakyat yang menilai sendiri siapa yang bagus dan mempunyai nilai intelektual yang tersendiri.
7.Janganlah gajah berperang pelanduk mati di tengah-tengah.Janganlah berdebat debik, berapi-api untuk soal peribadi akhirnya soal rakyat dilupakan!
especially no 7,betol tuh!hehe...=)
ReplyDeletesokong2....
ReplyDeletebetul cakap z..
ReplyDeletejgn pandai ckp, tapi action xda..
politik msia mmg mcmni..
ish2..
Undian (?)yg dibuat skrg menunjukkan lebih ramai yg TAK setuju dgn cadangan perdebatan ni..
ReplyDeletebuang masa, isu tak selesai malah makin kusut, makin pecah belahkan,fakta akan dikelirukan,peluang PAS menonjol,cermin kelemahan Najib..dll
Secara positifnya perdebatan bukan cara relevan.Muzakarah tak sesuai, debat tak sesuai..so apa yg sesuai?
No.7,siapa gajah, siapa pelandok dan Akhirnya siapa pula yg bersorak tepuk tangan? ,...
umat malaysia ni masih belum matang nak hadir dalam majlis berdebat...kebudak-budakan, emosional
ReplyDeletetengok je la, kalau menonton perlawanan badminton ke... bising
cuba tengok org putih menonton tenis ke, bersorak bila perlu sahaja... bab ni memang kena angkat topi kat org putih ni...
so... xyahla debat.
beeeeeeeeeep.... dapat ke lari dr perkara sebegini??
ReplyDeleteTeruskan selagi masih ada semangat perjuangan dlm diri...darah muda memang bagus.
ReplyDelete=)
hmm perang mulut je lah.
ReplyDelete