1. Pertamanya korang mesti fikir aku akan post blog tentang matematik atau sedang membuat latihan matematik semula.Atau mungkin sedang membuat teori baru tentang perkara di atas.Tapi sebenarnya takde kena mengena pun sebenarnya entri kali ini nak menceritakan pengalaman lama dahulu dihidupkan semula pada minggu ini.
2. Setelah hampir setahun meninggalkan dunia perdebatan aku membuat kemunculan pertama di universiti.Awalnya memang terkejut sebab cara debat di universiti berbeza dengan sekolah dahulu. Jadi nak dapatkan kembali rentak debat itu aku perlukan masa kira-kira dua hari jugak dalam bengkel debat yang menjemput bekas-bekas pendebat seperti Sol,Yazid,Akeem,Muafi dan Syahid.
3.Tak mahulah jelaskan satu per satu tentang pengalaman dari hari pertama sampai habis cuma banyaklah pengalaman yang aku dapat dan paling penting istilah2 dalam dunia debat iaitu laha, margin,konseptual telah menjadi perbendaharaan kata yang baru untuk aku sepanjang bengkel berlangsung.
4.Sebenarnya ketika semester pertama tu aku memang xde niat pun nak masuk debat yela junior lagi kan taknaklah nampak over2 sangat tapi ada niat nak masuk debat ketika part2 tapi terikat dengan hicom.Jadi tumpuan aku hanya untuk hicom dan hicom sahaja tidak untuk benda2 lain.Bila dah masuk part3 aku dah xda jawatan hicom, aku mula mempertimbangkan cadangan Sol untuk masuk debat dan aku setuju.
5. Tugas dalam debat masih sama seperti dahulu; first speaker dan menjadi tradisi dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 memang dalam debat komfirm aku dapat pihak kerajaan dan jarang sekali dapat pembangkang.Tapi fungsi first speaker tu dah lain apabila dia perlu membawa konsep debat yang betul.Kalau salah konsep habislah usul tersebut.
6.Dan perkara itulah yang menyebabkan aku kecewa apabila tewas pada pertandingan debat intra-asasi prelaw ni apabila kekalahan pasukan kerajaan disebabkan konsep yang dibawa oleh aku rapuh dan hancur.Tapi itulah, kita akan banyak belajar dan mula kembali bersemangat apabila kita tewas dan gagal.
7.Malam semalam dua debat 'pemanas badan' dengan satu menang dan satu kalah. Hari ini bila pusingan debat tu bermula,alhamdulilah masuk ke separuh akhir.Aku pun x pernah expect boleh masuk sampai separuh akhir sebab tak bercita2 pun nak masuk; hanya nak timba pengalaman sahaja. Tapi itulah spirit apabila aku kalah maka 'waktu kekalahan' itu telah menjadi ubat dan senjata untuk aku lawan dan berjuang semula.
8.Pusingan pertama tewas sebelum diikuti dengan dua kemenangan pada pusingan seterusnya dan ketika sampai di peringkat separuh akhir kami tewas.Tewas dengan margin yang lebih kecil iaitu margin 1(kami menentang pasukan yang sama pada malam semalam apabila tewas dengan margin4) dan tewasnya kami itu bukan sebab fakta tetapi boleh aku katakan atas dasar 'pengalaman'.Meskipun hanya menentang pasukan part1 tetapi pasukan lawan tersebut pernah diasuh dan diajar oleh UIA sewaktu sekolah dulu.Diaorang lagi fasih dan pandai bercakap tapi kekuatan fakta dan idea memang berpihak kepada kami.
9.Dalam 6 debat yang aku masuk bermula dari malam semalam, 3 kali aku jadi pendebat terbaik. Tapi pendebat terbaik ini pada aku tidak dapat diraih tanpa sokongan member2 sepasukan iaitu Adeela,Adik Ila dan Adik Ain.Sekali lagi pendebat terbaik itu patutnya bukan aku yang dapat sebab menurut perkiraan aku pengalaman Adeela sebagai pendebat Uitm itu sebenarnya menjadi kekuatan pasukan kami.Dialah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada aku dan dia juga terpilih sebagai pendebat terbaik ketika pusingan kedua hari ini apabila Adeela berjaya menyelamatkan pasukan kami.
10.Alhasil, syukur dengan nama Tuhan aku terpilih untuk masuk dalam tim debat elit Pre-Law Kedah.Aku sehingga sekarang rasa xlayak untuk perkara itu kerana masih banyak lagi perkara yang harus aku perbaiki dan aku melihat perkara ini dengan lebih jauh iaitu status elit pre-law itu akan membawa maruah pre-law club dalam apa2 jua pertandingan debat sebelum ini. Jadi tim baru aku ialah dengan adik Alya dan Quratu Ain.
11. Apabila melihat kembali komen rakan sekelas iaitu Sakinah apabila dia menulis aku layak masuk debat ketika semester lepas,aku mula ragu-ragu akan hal itu dan pada selama bengkel debat yang bermula pada hari khamis sehingga sabtu keraguan itu hapus sama sekali.Insyallah aku akan cuba untuk memperbaiki lagi perfomance dan bukanlah dengan terpilih sebagai tim elit pre-law kedah itu telah membuktikan bahawa aku benar-benar elit tetapi itu satu cabaran untuk dipikul dan untuk dibuktikan.
12.Dan terima kasih juga kepada keluarga dan member2 lain seperti Ustaz Firdaus dan Hanisa serta member2 lain seperti Zaidi,Dee,Bob dan Azri yang juga memberi sokongan untuk aku berdebat.Oh ya tidak lupa juga kepada Presiden Sukarno kerana saya telah menjadikan cara beliau berucap dan gaya percakapan beliau itu sebagai contoh untuk saya berhujah dan berucap.
*Membuka tawaran untuk Adeela join tim elit debat =)
uhuhuh...
ReplyDeletelpe nk ckp dkat abg smlm...
mse semi final...tahniah dpt best speaker...
salam.
ReplyDeletehye PM. ;))
nk wat pembetulan name.
my full name,rabiatul adawiyah.
but call me are-da@rda for short.
bukan alya yeah.
tahniah anyway.
dga cite z mmg hebat dlm fakta.
bonus untuk team kita mungkin.
;))
tahniah...
ReplyDeleteantara pendebat yang saya kagumi ialah Dr Zakir Abdul Karim Naik
semoga zharif juga seperti beliau
.... janganlah menjadi pendebat yang hanya pandai ber'rhetoric' sahaja..
assalamualaikum... juz saying all da best lah to you.. perkara yang baik perlu dilakukan dengan terbaik... wassalam
ReplyDeletewaaa...best speaker tuh!hehe...
ReplyDeletegudluck!(^_^)
congrats bro coz layak masuk team elit...
ReplyDeletesmoga troskan kecemerlangan di hari yg mendatang...
pertahankan kejuaraan feskem prelaw...
wah...z truskan usaha anda sebagai pm yang baik...anda mampu mengubahnya hu hu hu
ReplyDeleteSemoga nanti Zack tak berhenti setakat di Kedah aje, teruskan minat dan kesungguhan itu sampai ke Shah Alam. Ramai senior budak-budak law panas masa awal-awal aje, bila sampai kat Shah Alam, macam-macam alasan diberi untuk mengelak join debat, selalunya alasan bebanan studies. Sebab tu team UiTM Malaysia ramai budak dari course lain.
ReplyDeleteAlhamdulillah, akak dapat peluang dilatih oleh jurulatih debat UiTM pusat yang hebat-hebat. Terlalu banyak benda boleh digali dan dikongsi dengan mereka ini. Hubungan antara mereka juga cukup akrab, macam adik-beradik, kami kongsi suka duka bersama, tak kira menang atau kalah, gelak ketawa dan menangis sama-sama. Bila kita bertembung dengan pasukan dari universities seluruh Malaysia, terasa sangat semangat cintakan UiTM ni...
salam.. sy hope sgt msuk debat kat (sini) uitm.. tp mggu lps sy blik kmpung... adehh... adakah itu menutup pluang sy utk join debat kat sini???
ReplyDeleteZack ko mmg sesuai berdebat..
ReplyDeletetp aku taw ko ade benda lain yang lebih penting...
pe2 pon gudluck bro..