Sunday, June 28, 2009

SETAHUN SUDAH

1. 28 Jun 2009. Tarikh yang membawa aku dan member2 pre-law intake Jun 2008 meraikan ulangtahun pertama di UiTM Kedah.Ya sudah setahun kami berada di sini.Tak sangka masa berlalu terlalu cepat sampai tak sedar yang kami hanya tinggal lebih kurang 3 bulan untuk menamatkan pengajian di sini.

2. Walaupun cuma setahun sudah berlalu tetapi banyak kenangan dan pengalaman yang telah aku lalui di sini. Yang pahit,manis,masam mahupun masin telah membentuk siapa diri aku sekarang. Meskipun semua peristiwa yang berlaku tidaklah dapat aku ingat tetapi setiap peristiwa tersebut telah membawa aku untuk terus bertahan hingga ke hari ini.

3. Memang dah jadi impian aku untuk mula berdikari dan tinggal berjauhan dengan keluarga.Sebab pada aku itulah 'gentleman' yang sebenarnya.Bahkan masa first time masuk sekolah rendah aku sorang je yang mintak ibu balik padahal mak bapak lain dok menunggu kat luar tingkap. Tak tahulah kenapa aku bersikap demikian tetapi itulah yang membuatkan aku berani dan tidak bergantung sangat kepada parents(meskipun stigma anak bongsu adalah manja sukar dikikis masyarakat).

4.Belajar untuk bertolak ansur apabila dah duduk satu bilik dengan member2. Sebab semua orang tak sama dengan kita. Belajar untuk basuh baju tanpa menggunakan mesin basuh. Belajar untuk mula berjimat.Belajar untuk menggunakan pengangkutan awam yang lebih jimat dan meyakinkan(bas Mara Linear).Belajar untuk berbuka puasa beramai-ramai tanpa panggilan ibu untuk turun berbuka bersama ketika berada di rumah. Belajar untuk mengawal diri dan perasaan.Belajar untuk memahami dan mengerti suasana kampus.

5.Belajar undang-undang adalah satu perkara yang menyeronokkan meskipun kadang-kala istilah perundangannya mengguris jiwa dan menekan perasaan minda untuk memahami dan menghafalnya.Aku sendiri pernah merungut mengapa Tuhan 'mencampakkan' aku ke dalam bidang yang aku langsung tidak minat jauh sekali terfikir untuk mempelajarinya. Stail seorang bakal doktor telah ditukar seratus lapan puluh darjah menjadi seorang bakal pengamal undang-undang.Aku sengaja menggunakan perkataan pengamal undang2 kerana cita-cita aku bukan peguam.Tetapi menjadi diplomat.Itulah jawapan setiap kali orang bertanyakan matlamat aku masuk undang-undang.

6.Tetapi dunia undang2 ini juga membuatkan aku lebih halus untuk berfikir, berbicara setelah mengambil pertimbangan kiri dan kanan, memandang semua perkara dari sisi syiling depan dan belakang, tidak lekas mengatakan orang itu salah atau benar. Semuanya harus dilihat dengan akal yang jernih dan pertimbangan yang sihat. Daripada tidak mengetahui sesuatu perkara hinggalah aku jatuh cinta untuk mengupas lebih lanjut tentang sesuatu isu semasa yang berkaitan dengan undang-undang. Menjadikan aku tergelak kecil jika mendengar orang berbicara tentang isu-isu berkaitan perundangan tanpa bukti dan dasar yang kukuh.Bukan untuk menyombongkan diri tetapi hanya jauhari yang mengenal manikam.

7.Setahun di UiTM mengembalikan semula minat lama terhadap boling dan marathon. Juga kepada dunia perdebatan. Mengendalikan program2 yang mencabar dan tidak semua yang aku lakukan itu berjaya.Hanya orang lain sahaja yang berhak mengadili apakah lawatan dan majlis restu ilmu yang aku handle semester lepas berjaya atau tidak. Kurang atau lebih aku serahkan pada Tuhan.Kerana Dialah sebaik-baik membuat perhitungan dan pengadilan.

8.Kalau semester pertama tagline-nya ialah 'HOMESICK', semester kedua sinonim dengan perkataan 'KUSUT', semester ketiga?Belum lagi difikirkan.Tetapi benarlah kata-kata mereka yang telah mengharungi tiga semester di Merbok bahawa di semester akhir inilah baru kalian akan merasakan dunia perundangan yang sebenarnya.Ada benar di situ. Tetapi mungkin tidak kepada mereka yang masih hidup dalam putaran masanya sendiri tanpa mempedulikan untung sial di masa hadapan.

9.Setahun berlalu.Langkah masih jauh.Perjuangan masih menghembuskan nafas.Pengorbanan akan mematangkan kehidupan. Tetaplah berada di jalan yang benar dan jangan sesekali membiarkan mimpi itu berakhir tanpa sempat digapai.Kerana orang yang berani bermimpi adalah mereka yang berani mengejarnya.Dan meraihnya.Kemudian bermimpi lagi dan mengejar mimpi yang baru itu.Begitulah seterusnya kitaran hidup yang tidak akan putus sehingga ke nafas yang terakhir.

10.UiTM Merbok Sungai Petani akan menjadi sejarah yang berhitam putih saat peperiksaan akhir tahun selesai. Tetapi akan kekal sebagai salah satu daripada jalan cerita hidup yang akan membawa aku ke masa depan yang belum ditentukan kepastiannya....

*Dah lama x guna bahasa-bahasa novel seperti di atas.Sangat rindu untuk kembali menulis...

11 comments:

  1. hmmm... sekejap je kn?
    mula2 masuk lia merungut ble la nk habis kt sni..
    tup tup lebih kurh 3 - 4 bulan lg kte kt sni.. :((

    ReplyDelete
  2. best nye da setahun kat sini.
    ;))
    all da best in ur future.
    law is da best!

    ReplyDelete
  3. kte same la z. (no 3) tapi kes ija lain sket. 1st day dkt sekolah, ayah ija antar. kitorg ad exam nk tentukan kelas. ija tk suruh ayah ija blek tp ija tnye "nape ayah tak balik lagi?". haha. mase tue ija tk sedar pa pe pon. haha. bile fikir balik ija mmg jenis camtue kot. jenis tk hirau org.

    tadika dulu pon berani je masuk kelas dkt kampung sepupu. time tue 4 tahun. sepupu ija ajak ija teman dye. pelik kan?

    bile time f1, 1st time duduk dkt asrama. 1st week tue ija tk call langsung. sampai ayah ija ckp ija ney keras hati. haha.

    kdg2 ija fikir, sume ney buat ija jd independent dan tk hirau org. kdg2 ija tnye diri, baikkah begitu? tp ttp tak jumpe jwpan.
    and kdg2 ija pelik bile org sibuk2 tnye nape ija sorang2. ija rase cam bese je. but my friend ckp ija lah org pertame yg rse bese je klau makan, jln sorang2. ija pelikkah? haha. da merapu pulak.

    ReplyDelete
  4. life's short...don't give an inch until the last buzer sound.

    ReplyDelete
  5. tak lama lagi kita kat kedah nie.
    sekejap je masa berlalu.
    tak sedar pon orang sekeliling kita.
    tak kenal lagi semua.
    sedih.

    ReplyDelete
  6. btul tu z..tapi, hani xmacam z..hani xbole berenggang skejap pun ngan abah n umi hani..smpai wktu antar hani for this sem pun hani dah menangis mcm bdak kecik..hani xsampai ati nk berpisah..sape nak bancuh coffee utk abah? sape nk kemas rumah? main ngan anak kucing? hani takut klau jadi apa2 kat diorg sewaktu hani di sini..
    sbb tu hani nk dptkan result cemerlang agar dpt gembirakan diorg n blajar kat U sebelah umah jer..hehe..

    ReplyDelete
  7. betul3!!
    sokong z 300 peratus..
    hidup nie buat kita memahami dn sedar..
    hehehehe..
    mcm2 rase ade kt sini..
    1st sem..perfume cap getah
    2nd sem..hidup ini 'bebas' temanya(bnyk main kn)
    3rd sem..dugaan dn msti kuat!!
    tempuh jer lar..mane blh telan,
    dayakn je lar..

    ReplyDelete
  8. alamak..siyesly touching gler ak bce ayat2 ko nih!!bila teringatkan pengalaman selama setahun ak di sini rse berat jew nk tglkn Merbok nih.. Sumpah cdey gler!klo sblum nih ak tgk jew mmber2 bli tiket blik KL tp pasnih ak lak kne bli tiket blik Kedah.terbalik dowh..kt cni mcm2 pglmn ak tmpuh :

    1st sem : mabuk bcnta
    2nd sem : sibuk wat show..huhu
    3rd sem : sibuk hafal criminal,contract,tort law..haisyyh..

    pasnih myb kta bwk haluan msg2 kan? bkn smue nk smbung law..tmsuk ak lar..ssh lar nk jmp pasnih...yg pntg ak doakan ko n rakan2 lain sukses slalu..Amin!

    ~in hoc signo velices~

    ReplyDelete
  9. sekejap je rasa duk kat sini.ni last sem.rasa seronok nk abes sem.tapi pikir balik.tipu lh aku tak sedih.setahun..langsung tak sedar

    ReplyDelete
  10. salam z...ye la sedar tak sedar dah setahun kita kat sini kan.....tak lama lagi adios kepada UiTM Kedah ni....banyak kot pengalaman manis and pahit kat sini....bagi kita pengalaman banyak time part 2 sebab waktu tu dah kenal banyak orang...dan part 2 la bagi banyak kenangan yang tak mungkin senang2 akan kita lupakan....

    ReplyDelete
  11. well, see you in shah alam soon junior! ahah.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)