Sunday, June 14, 2009

PILIHAN


1.Salah satu perkara yang saya tidak gemar sebagai seorang manusia ialah membuat pilihan.Bukan kerana saya akan menyesal dengan pilihan yang dibuat kadang-kala sukar bagi saya menentukan mana yang lebih bagus dan mana yang lebih sesuai.
2.Tidak semua perkara kita boleh setujui dan sanggup tetapi jika tidak ada satu perkara yang kita setujui bererti kita tidak hidup dan menikmati kehidupan ini.
3.Belum sampai sebulan ada beberapa event yang sedang menyesakkan ruang fikiran saya: de facto leader of Global Peace Youth, Pembantu MMS dan debat serta assignment2 yang harus disiapkan mengikut keutamaan.Tidak lupa juga topik2 yang perlu diulangkaji supaya tidak stres di akhir2 saat.
4.Baru sebentar tadi saya menolak tawaran menjadi pembantu Minggu Mesra Siswa atau MMS. Kalau saya mengatakan ya bererti saya akan menghabiskan masa selama DUA Minggu di luar kuliah dan saya akan tertinggal pelajaran selama dua minggu dengan assingment2 yang harus disiapkan dan presentation2 yang perlu dilakukan. Minggu depan sahaja sudah ada dua presentation yang akan memberi kesan kepada markah final exam.
5. Memang tidak sukar untuk membuat keputusan tetapi tawaran menjadi Pembantu MMS ini bukan senang untuk dapat apatah lagi inilah masa untuk mencari glamor dan mendapat elaun. Tetapi jika itu matlamat sebenar saya maka saya telah kehilangan sesuatu yang lebih besar yakni sesi pembelajaran dan tugasan dalam kuliah. Itu menurut saya lebih penting untuk melengkapkan lagi 'penamat yang baik' untuk proses pendidikan saya di UiTM Kedah ini. Meskipun sudah komfirm masuk ke UiTM Shah Alam tetapi itu bukan tiket untuk saya bersenang2 dan sambil lewa untuk semester ketiga ini.
6.Minggu ini juga kemungkinan besar akan ada bengkel debat. Saya tak tahu sejauh mana perkara ini akan berlaku tetapi saya sudah menerima tawaran bekas presiden Pre-Law Club untuk berlatih sebagai speaker pertama dalam debat. Sejujurnya tugas sebagai speaker pertama bukanlah tugas asing bagi saya kerana sejak di sekolah menengah, form1 sampai form5 memang saya dipilih untuk menjadi perdana menteri dan juga yang akan menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang.Cuma sekali sahaja saya menjadi speaker ketiga dan saya yakin speaker pertama adalah yang terbaik untuk saya seperti halnya ketika bermain bola; posisi pertahanan adalah posisi terbaik untuk diri ini.
7. Saya juga akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk global peace department untuk membuat persiapan satu event yang akan dianjurkan bersama Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War di UiTM Kedah. Ini merupakan satu aktiviti pertama untuk department yang baru sahaja ditubuhkan di universiti ini. Tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut kerana kata putusnya adalah pada 27 Jun nanti.Insyallah saya akan memberi maklumat lanjut tentang hal ini.
8.Pilihan adalah satu perkara yang menyusahkan.Tetapi selepas kita membuat pilihan maka kita akan masuk dalam permainan kehidupan yang sungguh menyeronokkan!

4 comments:

  1. Timun dan pisau di tangan anda..
    masa tetap 24 jam sehari,uruskan dgn baik.

    ReplyDelete
  2. lihat kembali matlamat anda ke u.... pastikan apabila konvo nanti bukannya anak orang lain yang mendapat anugerah terbaik ....

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)